Followers

28 April 2013

My Shawl

Assalammualaikum rakan taulan :)
Aku ada stalker tak agak-agak?

LOL ! Apa khabar korang?
Semua dalam keadaan sihat dan walafiat serta ceria?
Alhamdulillah, aku? macam ginilah.. semakin hari semakin sihat..
Erk, bahaya..

By the way, macam mana dengan pilihan parti yang korang akan pilih 5 Mei ni?
Make a wise choice k :)

Dahulukan Islam, at least..

Ok, next..
Masa untuk aku berceloteh tentang shawl..
Seriously geng, aku memang kurang berkenaan dengan shawl ni.
Tapi aku suka tengok orang pakai, I wish I can wear it too..

Tapi lately, sejak dua menjak ni..
Aku cuba dan ianya menjadi..
Dapat-dapat pulak ada salah sorang sahabat sekampus aku ni jual shawl yang labuh dan kainnya yang best !!

So, cubalah.. just nice, hee.. bagi aku la..
mungkin aku excited sebab ini boleh dikatakan 1st time la aku cuba..

Sebelum ni ada jugak pakai pashmina tapi tak menjadi..
So, let check my pictures !!












































All these shawls from PIXIE DUST at Facebook :)
Pergilah jengah..

Wasallamm...
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

24 April 2013

My BFF's wedding


Kami mula berkenalan sejak darjah 3..
Banyak benda dah kami kongsi sama-sama.,
Dari main ronders, naik moto c70 comel tu dan macam2 lah..
Pernah jugak bermasam muka , terpisah kejap..
Haa.. mungkin jodoh kami kuat dan masing2 dah besau :)

Dan hari ni, Alhamdulillah dia sudah bergelar PUAN..
Barakallah babe! Moga ko jadi cinta Mirul sampai syurga..

Amin n luv you :)
p/s : Ambil kesempatan jugak survey - murvey segala persiapan wedding dia..
InsyaALLAH, menanti giliran aku pula..


Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

14 April 2013

Rasmi.. Pembelian Pertama


Assalammualaikum !
Tadaaa.. hahaha.. Salam sejahtera korang..
Macam mana dengan persiapan dan jantera pilihan raya?
Korang ada join tak? Tak kisah apa pun parti yang korang cuba promo, jangan sampai gadaikan maruah kita as a Muslim or Muslimah..

Ini peringatan untuk aku juak !

Alhamdulillah, aku sekadar ingin berkongsi cerita..
Hari ini aku ditugaskan untuk membeli - belah hadiah untuk pelbagai anugerah untuk dinner salah satu kelab yang aku masuk..

Dalam mencuci mata, memikirkan barang apa yang nak dibeli..
Tiba-tiba sahabat comelku menegur, its better untuk aku beli barang sikit-sikit untuk persiapan.
Nanti kalau beli sekali arung bak kata orang Melaka, sakit dan menangis..
Duit mengalir bagaikan air..

Dan dengan duit yang tak seberapa, itulah yang mampu aku beli.
Sebab murah dan comel, dan sebenarnya ada yang lagi murah..
Argh! hihih.. takpelah. Aku saja mengada.. Jauh lagi..

Korang tahu kan berapa lama lagi? Aku dah bagitahulah sebelum ni..
^___^

Jeng-jeng!
Kebetulan Encik Tunang ada tugasan di KL, sempatlah ikut kami bershopping dan merasmikan barang pertama kami..

Semoga Allah mudahkan ya..
Doakan ya!

Amin-Amin Ya Allah..

Merah itu Cinta


Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

13 April 2013

Propstick , Candy Booth & Photo Booth

Assalammualaikum kawan-kawan :)
Apa khabar? Alhamdulillah, semoga sihat - sihat sahaja..

AllahuAllah, segala pujian kepada Dia yang sentiasa ada bersama hambaNya..
Baiklah, kali ni aku nak membebel dan berkongsi pasal "seperti tajuk" di atas..
Sebenarnya, semua benda alah ni sekarang sudah menjadi trend..

Bagi sesetengah orang, ia mungkin membazir kalau dibuat dalam majlis perkahwinan..
Manakala untuk yang sesetengahnya pulak, mungkin boleh melepaskan rasa stress dengan buat benda ni . TAPI semua benda buat sendiri la k :) save budget dan persiapan awal !

Aku nak buat benda-benda macam ni, sebab aku suka. Candy booth ni hanya untuk si kecil.
Seronok bila tengok si kecil tu riang !

Ni ada CANDYBOOTH yang cantik-cantik.. Kalau rasa duit korang macam terlebih-lebih bolehlah tempah ye.. 





InsyaAllah, aku tertarik dan plan untuk buat macam design yang kedua.
Boleh buat sendiri cuma kena ra alip jin ! 

Then, pindah ke PROPSTICK !
Mesti kalian al-maklum tentang benda ni, sebenarnya aku tak pernah terfikir pun walimah aku ada benda ni semua.. Aku tahu ia trend dah wujud... Tapi atas semangat kawan-kawan aku, beria-ria benau nak tolong buatnya dan bagi cadangan untuk kami buat sendiri..
Jadi jatuh hati.. Ala kadar je.. RECYCLE ok..

Contoh propstick yang boleh atau biasa kita lihat seperti dibawah ;



Korang boleh buat sendiri atau tempah, banyak dah orang jadikan ini sebagai perniaggan..
Contohnya gambar yang aku ambil ni , dia ambil tempahan mengikut citarasa korang..
Jengahlah disini..

Dan bawah ni adalah sebanyak sedikit design yang aku buat sendiri pakai photoscape..
Nak dekat nanti, barulah aku letak stick dan sebagainya..







Seterusnya, PHOTOBOOTH untuk tetamu yang datang..
Special punya, mini pelamin aku tu la..
Pakai je sama-sama.. Ambil keberkatan walimah ya :)

Allah, moga Allah permudahkan segalanya..


Post kali ni bukan sebab takde kerja cuma saja buat, mengada-ngada..

Ok, got to go ! 
Ada assignment sebenarnya, entah kenapa nak buat kerja lain.

Assalammualaikum!

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

11 April 2013

Haru Biru

Lemau.
Malas.
Haru Biru. 


Semenjak dua tiga minggu lepas jadi macam ntah ape-ape.
Produktivi menjunam ke kaki graph.
Takda semangat macam biasa.


Alasan hanya alasan.
Takda alasan sebenarnya.
Kena re-check , kena muhasabah , kena usaha!


Mesti ada benda yang tak kena,
mungkin dalam perhambaanNya..


Bangun! Mujahadah! Ini kalilah!


p/s ; Ingin aku kongsi kalau-kalau ada yang merasa sama sepertiku. 
Sekadar motivasi sendiri agar diriku tak basi :)




Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

10 April 2013

Antara Maaf & Percaya


Pada mulanya, tertanya juga kenapa susah untuk melupakan apa yang terjadi..
Contohnya dalam persahabatan, bila saya dah minta maaf dan awak memaafkan,
kenapa kita tak boleh berkawan baik semula?

Itu kerana, aku ditempat orang yang melukakan.

Sekarang, aku baru mengerti mengapa sahabat-sahabatku begitu..
Kerana ia tak mudah memberi kepercayaan kembali..

Allah, semoga barakah Allah sentiasa ada pada aku dan sahabat-sahabatku.
Semoga ukhwah yang selalu terjalin akan jauh daripada segala fitnah.

Bukan sahaja, dalam persahabatan tetapi dalam setiap perhubungan :)
Amin ya Allah.
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Berusaha Mencapai Mampu

Berusaha Mencapai Mampu - Hilal Asyraf

Assalammualaikum Wbt sahabat !
Apa khabar iman dan kesihatanmu hari ini?
Moga sentiasa di dalam kedaan baik dan meningkat ketaatan kepadaNya :)

InshaAllah, hari ini nak review buku sedikit.
Alhamdulillah, saya dah habis baca dua buku di bawah, dengan sekali lalu.
Tapi, buku ini akan di ulang semula. Kerana ia cukup membuatkan saya jatuh cinta pada isinya..

Iya, ia adalah sebagai persediaan untuk ke fasa yang seterusnya.

Buku "Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta'' memberikan perancangan yang terbaik semasa membuat persediaan untuk ke gerbang perkahwinan. Ia lebih teknikal berbanding dengan buku yang keduanya.

Sinopsisnya ;
"Menjadi pasangan bahagia untuk selama-lamanya itu memerlukan perancangan rapi. Bukan sekdar menumpukan persiapan berbulan-bulan demi kenduri sehari, sehingga soal masa hadapan ditolak tepi"

Buku ini mendedahkan tip-tip hebat seperti ;

- Cara mudah mengumpul duit belanja perkahwinan
- Ilmu keewangan untuk bakal pengantin
- Senarai semak luar biasa untuk pengantin lelaki dan perempuan
dan banyak lagi !



Buku yang kedua, menyentuh hati saya..
"Sebelum Aku Bernikah"

Ia membuat saya merasakan sedar tentang apa itu cinta,
Apa itu beza perkahwinan dan rumah tangga,
Fantasi dan realiti cinta..

Allah, saya merasakan 9 bulan lagi tidak cukup untuk persediaan

- Rohani
- Emosi 
- Material

"Rumah tangga bukan seperti sesi sekolah menengah. Kita boleh jangka, dalam lima tahun kita tamat pengajian. Rumah tangga bukan seperti alam universiti semasa menerima ijazah. Kita boleh jangka, dalam tiga hingga empat tahun, kita tamat pengajian ijazah."


Mampukah aku bertahan dengannya? 



Perkahwinan bukanlah hanya semata-mata membina keluarga yang bahagia, ia juga penyumbang kekuatan ummah...


Persediaannya bukan mudah :)



Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

8 April 2013

Tema




Photographer professional :)


p/s : Mudah-mudahan masuklah dengan kulitku yang agak malap ini..

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

6 April 2013

Perancangan


Allah adalah sebaik-baik perancang..

Kau hanya perlu yakin dan terus berdoa, mengertilah di dalam firmanNya,
yang bermaksud (secara mafhumnya) ;

Kita merasakan sesuatu benda itu adalah terbaik untuk kita, padahal tidak menurut Allah,
kemudian, kita merasakan ia buruk pulak untuk kita, padahal sebenarnya itu adalah yang terbaik..

Aku juga perlu pernah merasa untuk berputus asa, terlalu kecewa..

Namun, itulah fungsi imanmu, mujahadahlah..
Percayalah ketentuanNya. Ikhlaskan dirimu..
Nescaya, Dia akan memberikan dan membahagiakan..

Kau mampu memotivasikan dirimu !
Ingat, kita adalah sebaik-baik makhluk !
Kita ada akal dan nikmat terbesar Islam sebagai panduan!

Pesanan ini untuk aku !

P/s : Aku sedang menuju ke fasa kedua dalam kehidupan ini..
Akanku ceritakan persediaannya nanti :)

6 tahun penantian..

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign