Followers

28 May 2013

Hati Kita



Dia,
Allah yang cipta..
Hati dia,
Allah yang pegang..

Kita,
Allah yang cipta..
Hati kita,
Allah yang pegang..

Beraninya kita,
sebab dia..
kita ketepikan Dia.

Sedangkan hati kita dan dia,
Allah yang pegang!
 
AllahuAllah :)
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

24 May 2013

Final Exam


Moga Allah permudahkan segalanya :)

Tak sabar nak habis exam, nak cuti masa short semester buat pertama kalinya..

InshaAllah !

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

21 May 2013

Asiah's Family Day


 
Assalammualaikum warahamtullahiwabarakatuh :)

Alhamdulillah, Allah bagi aku kesempatan untuk jejak kali yang ke-2 di Cameron Highlands..
Kali ini bersama keluarga besar di UIAM, warga kolejku atau lebih dikenali sebagai MAHALLAH di sini..

Ini adalah penggal yang keduaku sebagai wakil pelajar dalam mahallah, 
Itu yang kami ber-12 perlu pergi acakpali diadakan program sebigini..
Ini adalah salah satu kelebihannya selain daripada pengalaman dan ilmu yang tidak berbelah bahagi daripada principal, admin dan fellow mahallah ini..

Yet, it is a memorable time for me..
Dengan keluarga sebesar itu.. ia pasti mengait memori bila aku meninggalkan UIAM dalam beberapa bulan lagi..

Allah, moga Kau memberkati mereka semua..
dan panjangkanlah ukhwah ini..


Tak banyak yang aku beli, sekadar buah tangan untuk keluarga di Melaka..
Kali ini aku lebih tertarik dengan jagungnya, ulamanya..

Hahaha.. kalau trip aku kesini sebelum ni, aku kena muntah-muntah dan cirit birit yang teruk..
Tapi kali ni pulak, aku pening yang teramat sangat semasa menuruni bukit untuk pulang..

Allah, mencuci dosa aku yang banyak ini..

:)

Aku inginkan satu lagi destinasi baru  iaitu BUKIT TINGGI..
Korang pernah pergi?

Cer citer?
Aku nak buat tempat honeymoon lah..
Aiiish..

Babai , Wassalam.


Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

10 May 2013

Genting

Assalammualaikum..

Apa khabar teman-teman?
Kau pembaca setia kah?
Hahaha.. Terima kasih seandainya ada..

AllahuAllah,
Waktu yang sangat genting selepas usai PRU-13..
Disebelah adalah schedule aku untuk Mei kali ini..

Aku kena kerja kuat !
Hey kawan, status ini bukan untuk menunjukkan betapa sibuknya aku..
Aku cuma ingin berkongsi cerita dan perlukan doamu teman..

Agar aku kuat untuk menghadapi amanah2 yang sedang aku pikul :)

Moga buatmu jua..
Moga Allah permudahkan, InsyaAllah.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

7 May 2013

PRU 13


Alhamdulillah !!
Selesai sudah dengan keputusan yang ditungu-tunggu..
Aku rasa, entri kali ini tidaklah ingin menjadi penganalisis politik walaupun aku ada hujah dan fakta sendiri untuk menyokong sesuatu parti politik tersebut..

Macam korang jugakkan?
Apa-pun kita tetap saudara seIslam dan berkawan sampai bila-bila..
 
Tang ni, aku nak cerita..
Aku ada ramai jugak rakan FB yang berlainan arah, di FB kami seolah2 berperang sesama sendiri dalam memuat turun dan berkongsi apa2 saja fakta atau troll..

Sungguhpun begitu, ianya persaingan yang sihat..
Kami cuba berhujah dengan sihat :)
Dan tatkala berjumpa, bertepuk tampar seperti biasa..

Indahkan ? Moga kebenaran terbuka jua..
Moga Allah berikan hidayah untuk kita ambil ajaran Islam secara kesuluruhan dalam setiap aspek kehidupan termasuk dalam berpolitik..

Dan ini, cerita aku di PRU - 13
Maaf, gambar dibawah berunsur politik - jangan kau membenci aku..



FLASHMOB anak muda MELAKA



Ilal Liqa'
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign