Followers

31 August 2013

Happy Indipendence Day Malaysia !!


Merdekaaa :)
Jom kita reflek semula erti merdeka..
Bukan hanya takat melaung tak tentu hala sambil bersuka ria..

Merdekaaaaaaaa !!
Al-Fatihah untuk para pejuang yang syahid semasa mendapatkan kemerdekaan tanah air kita..

Wassalam..
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

30 August 2013

Isk.. Isk.. Kena Sabarkan?


Ujian dan musibah yang Allah bagi tu penuh dengan hikmahkan?
Dengan ujian lah - Allah ajarkan aku untuk muhasabah balik kesalahan diri, mencari potensi dan kekuatan diri....

Tapi aku tahu - berkata sabar dan bertahan itu memang mudah, cuba buat tengok !
Boleh gila ! [ ngomel setengah orang ]
Lantas, apa gunanya iman?
Kau kan berTuhan, 24/7 senantiasa bersama kita..
Lantas, kenapa mencari kekuatan dan ketenangan di tempat lain?

Allah !
Kawan, kau tengah berduka? Kuat ya! Cerita je kat Dia..
Teman, kau tengah bersuka? Ucapkanlah syukur, supaya jangan kau mendabik dada..

Dan aku di sini - sedang sabar yang pahit dan menanti manisnya buah sabar itu..

Wassalam.
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

28 August 2013

Kerja VS Kerjaya

Assalammualaikum teman..

Sedang blogwalking kah?
Aku in the way nak habis - tu yang update dengan entry ni..
Terima kasih pada kawan2 blogger yang singgah dan follow sini..
Jazakallahukhairan kathiraaaa...

Kali ni nak cerita pasal Episod Kerja vs KerjayaBagi aku kerja dan kerjaya adalah dua perkara yang berbeza..
Kerja kau boleh buat walaupun kau tak nak buat..
Tapi kerjaya - biarlah kerja tu orang tak ramai buat - tapi kau enjoy dengan apa yang kau buat untuk sara hidup kau..
Itu definisi aku [ kalau tak setuju , terpulang dan kalau nak makna betul , pi bukak kamuih nuh ]

InshaAllah, moga2 dipermudahkan segala urusan - Januari tahun depan aku bakal menamatkan pengajian aku di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia..
Dan aku rasa, bila nak-nak ending ni - mesti ramai memikirkan pasal kerja..

Mana nak cari - kena tak dengan pilihan hati dan sebagainya..
Aku pun dalam keadaan runsing dan dalam erti kata lain - aku lebih banyak rasa nervous aka debauu !



Ayah aku, dia lain kot daripada yang lain..
Dia lebih suka aku berkerja sendiri - sebab dia pun bekerja sendiri sejak umur dia dalam 30-an..
Aku memang minat dan suka berkerja sendiri - lebih2 lagi aku memang teringin nak bukak pusat pendidikan aku sendiri [ macam gempak ] seperti taska, tadika, pusat tuisyen, tarbiyah dan sebagainya..

Dan inshaAllah, ia membuatkan aku seronok..
Namun, apa yang menebeskan ialah - bila kau berkerja sendiri - kau yang akan creat gaji kau..
Kerja lebih - dapat gaji lebih - dan perlu berjimat cermat :)

Mampukah?
InshaAllah ! Boleh!

So - kalau korang2 ada mana2 lubang / supplier2 yang menyediakan peluang2 bisnens pada orang2 muda macam aku dan kau bolehlah letakkan link di bawah , terima kasih banyak korang..

P/s : Sebelum aku terlupa - mungkin ada orang tak setuju bekerja sendiri, aku hormat. Korang mungkin ada strategi sendiri - semoga kita berjaya dengan apa yang kita lakukan :)

Jazakumullah.
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

27 August 2013

Blogwalking - Blogger - Newbie ke?

Assalammualaikum Warahamtullahiwabarakatuh
Apa khabar kawan-kawan? Baru hari ini baru aku ada kesempatan nak berjalan-jalan di blog korang..
Adalah dalam 10-12 blog malam ni.. Mungkin lepas ni nak sambung lagi..
Korang tinggalkan je pesanan korang kat sebelah ni ha..

Hihi - dah lama jugak aku deactive as a blogger.
Seingat aku time2 umur aku 18 tahun macam tu aku mula ada blog sendiri..
Time tu pakai template biasa je, blogwalking pon aku tak tahu apa benda..

Masa umur aku 19 - 20 ++ masa tu memang aku aktif gile, blog pon dah bertukar..
Kalau-kalau korang mungkin ingat dan ada singgah ke blog aku tu, nama dia Blog Si Pengembara - warna biru dan design / template aku tu by WanHazel...

Haaa.. gilak time ni.
Macam-macam2 kot aku kongsi..
Tapi tak tahulah kenapa dia hilang dalam dashboard aku...
Sedih !

Takpela, mungkin ada hikmah..
So aku start de new one. Lama jugak dah ni.. Cuma aku biarkan dia bersarang.
Dan, mungkin aku akan mula semula..

Menjadi femes!

haha! Masuk bakul (eh ! tak muat) keluarkan kaki , jalan sendiri..

Tenkiu kawan baca sampai habis dan follow blog aku.

Wassalam.
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Kacang Lupakan Kulit


Assalammualaikum Warahmatullahiwabarakatuh :)

Apa khabar teman? Baru jengah sini ke? Terima kasih lah..
Blog ni dah bersarang betul.. Idea untuk tulis blog memang mencurah-curah.. Banyak yang aku nak kongsikan dengan korang, cuma dek kemalasan aku yang lebih banyak daripada cerita... 
Aku simpan semua..

By the way, sepanjang perjalanan hidup aku untuk tahun ni.. memang banyak ujiannya, nak list memang tidaklah.. tapi aku belajar sesuatu mengenai ketenangan dan kebahagiaan...
Kita semua kena jangan amalkan prinsip kacang lupakan kulit..

Kalau kau nakkan ketenangan - kebahagiaan walaupun musibah atau masalah bertimpa-timpa datang, kau kembalilah kepada Pencipta kau yang mengetahui segala-segalanya..

Cubalah sekali andai belum mencuba - izzah yang damai..

Jom kembali kepada fitrah, menjadi diri sendiri..

Siapa? Hamba Ilahi...

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign