Followers

27 September 2013

Aku & Shaklee


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

Aku harap korang dalam keadaan sihat dan ceria selalu okeh ! Baik, hari ini entri aku mungkin memBOSANkan sesetengah orang - jadi, kalau kalian rasa tajuk diatas sudah menaikkan rasa-ras meluat kalian, angkat kaki dua belah ya :)

Alhamdulillah, kira-kira kurang lebih dalam sebulan aku bersama SHAKLEE,
Aku jadi member Shaklee untuk mulanya hanya sekadar untuk makan sebab aku tahu produk ini bagus dan well-established ! Sebab apa aku cakap macam tu? Sebabnya, ayah aku sendiri makan dan jadikan Shaklee ini sebagai kerjaya dia sejak aku berumur dalam 15 - 16 tahun.. Seminggu sekali ayah akan buat perjumpaan untuk bagi penerangan pada orang2 yang berminat untuk gunakan atau berbisnes dalam Shaklee..
Serius seronok ! Dan aku rindukan saat tu..
Sebab ayah aku stop - takde dah orang nak sambung usahanya, aku tak cukup umur pulak..

Dan sekarang, aku disini..
Aku bersyukur sebab Allah bukak pintu hati aku ni - seperti sebelum ni yang aku cerita - ayah lebih suka aku bekerja sendiri, dan aku rasa Shaklee is one of the best platform untuk aku bertapak..
Shaklee is awesome ! kenapa ? Sebab produknya - suplemennya..

1 aspek yang aku paling suka dalam Shaklee adalah fungsi setiap suplemennya..
Ia tidak terhad kepada satu2 fungsi - dan ia mampu milik..

Macam-macam , contoh macam sekarang aku consume :
ESP (sejenis soya non GMO)
Lecithin
Alfafa (Tumbuhan)
GLA

Secara asasnya - ini set kurus (tanpa GLA) tapi dalam masa yang sama aku tambah lagi dua set , iaitu :

Set Anjal
ESP + Alfafa

Set Kesuburan (Wanita)
ESP + Alfafa

Dan banyak lagi set2 lain - muka, subur, hamil, pantang dan macam2 lagi..

:))

Wassalam..


Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

21 September 2013

Aku & Emosi



Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ..
Hai kawan-kawan !
Confirm korang tak jengah blog aku, sebab aku pun dah seminggu lebih tak buat apa-apa pon..
Maaf !! Sebab aku kesibukan dengan dunia kampusku - semoga ia juga menyumbang sedikit saham untuk kehidupan yang abadi kelak..
Semoga kalian sihat-sihat saja ya..

Emosi ?
Ada apa dengan emosi ?
Ya - sewaktu aku tulis entry ini - aku agak beremosi..
Kenapa ?
Banyak sebabnya..

Cek jap definisi emosi -
Emosi didefinisikan sebagai suatu ekspresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang, gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya. Iaitu kehebatan dan kesensitifan perasaan yang selalunya diluahkan dari dalaman kepada tingkah laku tertentu atau cara kita menyampaikan perasaan. Perasaan-perasaan yang kuat ini akan mempengaruhi tindak balas luaran sama ada pada perubahan tubuh fizikal terkawal seperti mimik muka dan tidak terkawal seperti badan berpeluh kerana ketakutan. 
(Sumber)

Bagi aku - orang yang hebat, adalah orang yang dapat mengawal emosi dia..
Aku teringin untuk jadi orang yang hebat itu sebab aku belum menjadi begitu lagi..
Aku masih bertatih - ada masa aku mampu - ada masa tidak..
Hmm.. macam waktu sekarang !

Ahha ! Tapi itulah dinamakan proses pembelajaran..
Aku kecewa, marah, bengang, meluat, sedih saat ni..
Namun, untuk mengawal emosi ini - aku cuba mencari seribu satu sebab / faktor kenapa aku perlu merasakan begini - kalau alasan / sebabnya tidak kukuh - kenapa perlu aku menyakitkan diri..

Nahhh! Sebagai Muslim - kita pasti diajar untuk bersangka baik dan memaafkan..
Dan yang paling penting - sentiasa muhasabah diri kita.

Ya ! Aku sedang lakukan itu.. Memang payah, tapi akan aku cuba..

Be rasional dan optimis Nadia..
I am Psychology student - study about yourself / human..
Dont be a judger !

Wassalammm!
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

12 September 2013

Alhamdulillah :)

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Kaifa hal ya sodiqoti ??
Apa khabar kesayangans !
Semoga korang dalam keadaan sihat, ceria dan sentiasa tenang dalam apa jua dugaan yang kau hadapi..

Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah,
Minggu pertama untuk sem ini telah pun berlalu..
Huh ! Macam biasa, untuk kos aku ni - kelas sampai khamis je.. Jumaat tu kira holiday tapi lecturer still boleh buat kelas ganti atau mungkin nanti akan jadi waktu untuk group discussion - sekarang relek lagi le..

Macam mana dengan minggu ini untuk korang? Moga berlalu dengan mudah ya..
Kalau agak kureng , jangan lupa ngadu pada Allah dan yang penting azam untuk memperbaikinya..
Untuk aku jugak ni..

Hoho :)

Tolong like page aku boleh ?





Wassalam.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

11 September 2013

Paused


Pause seketika updates !
Meeting2 kelab tertangguh, study plan reschedule dan bla bla bla..

Jangan rindu aku okeh !

Wassalam :)
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

7 September 2013

Personal VS Business Entry

Assalammualaikum Warahamatullahiwabarakatuh :)

Selamat Malam kawan-kawan ?
Tengah blogwalking kah itu? Haha.. apa pelan korang malam minggu ni?
Jaga diri okeh ~

Alhamdulillah !
Online business semakin baik pengurusannya - walaupun masih dipermulaan..
Walaupun - dalam sehari atau dua hari tu belum tentu dapat customer, sebab aku baru sangat..
Ada kala macam nak putus asa - tapi mana ada benda yang mula-mula kita buat terus dapat hasilnya..
Kan ??

Yang bulat takkan datang bergolek,
Yang pipih takkan terbang melayang..
Usaha!

Okey.. Dah melalut daripada tajuk entri..
Aku dah buat keputusan untuk update personal entri dan business entri di dalam blog ini..
Aku tahu - mungkin ada sahabat2 blogger yang tak suka kait ngait bussiness ni..
Tapi ada aku kesah? haha..

Taklah - you have a right too as a reader.. Terima kasih sebab datang jengah blog aku !!

Aku akan update dua-dua jenis entri dalam tarikh yang sama..
Nak tengok cerita niage ke personal ke terpulang..
Kalau terpikat dengan cerita niage aku - boleh terus roger ya ..

By the way -
Aku sah menjadi pengedar2 produk dibawah :
Sophie Paris , Shaklee Malaysia

P.s - Tolong like page aku boleh? kat atas nuh ! kalau sudi laaa   ^___^

Wassalam..

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

6 September 2013

Finally...


Alhamdulillah !
Sampai jugak aku di bilik aku yang dirindui ini..
InsyaAllah, bilik terakhirku di UIAM untuk sesi pembelajaran kali ini..

Maap ! Dua tiga hari tak hupdate dan jalan blog [blogwalking] ..
Sibuk kemas2 barang mak dan ayah sebelum aku balik UIAM..

Apa updates / entry blog korang? Tinggalkan la kat komen. Nak jengah gaakk !

Wassalamm.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

3 September 2013

Cerita 20 sen


Apa komen korang?

Cer cite :)

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

1 September 2013

Welcome September

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)
Selamat Datang Bulan September !!
Apa khabar kalian semua?
Puas dah berehat hari ini?

Alhamdulillah !
Jeng .. Jeng.. Jeng..
September menjengah..
Another 4 month ++ nak tamatkan pengajian di UIAM & menamatkan zaman single..
[ Okeeyy.. aku excited !! ]

Sebenarnya masa ni memang cepat berlalukan..
Semacam tak perasan..
Dan dunia ini semakin tua..
Menanti masa kembali pada penciptaNya..

Allah !!
Jom manfaatkan masa sebaik mungkin - jangan tinggal solat fardh ya..

Apa plan korang bulan 9 nih ???


Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign