Followers

30 October 2013

I want counting..



Mohon doa daripada teman2 blogger...
Ia waktu genting tatkala si durjana Syaitan mencari 1001 cara untuk menggunakan jalan ini...
Moga Allah permudahkan segala urusan perkahwinan kami...

:')

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

29 October 2013

PRK 2013 : UIAM



Assalammualaikum..
Berdebar aku macam akulah calon MPP !
Hihi - cuma nak khabarkan pada teman , UIAM bakal menempuh PRK untuk sesi baru..
Dan aku akan selalu turun mengundi..

InsyaAllah , ini kali ke 4 dan kali terakhir aku mengundi di PRK..
Moga Allah mudahkan segala urusan calon2 dan moga yang terbaik , ikhlas menang untuk selalu memperjuangkan hak mahasiswa UIAM

Dan aku memilih untuk mengundi adik junior aku ni..
Aku pernah berkerja dengan dia , baik budaknya..
Elok pekerti dan kuat usaha !

Moga menang dik !

Untuk info lanjut , pi terjah sini - Vote For Wan Khairi IRKHS Constituency


Institusi pengajian korang macam mana ?
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

26 October 2013

Produktifkah kita ?



Jom tengok video ini..
Kita sama-sama muhasabah , aku pun terkedu .
Banyak betul masa yang aku habiskan dengan hal dunia..

Aku rasa , entah beberapa masa dan ketika aku sedar bahawa aku ini seorang hamba..
Yang mempunyai Tuan..
Yang aku abaikan segenap kala..

Allah :(
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

25 October 2013

Ajal Maut

Assalammualaikum sahabat !
Salam Jumaat yang barakah ...

Apa khabar teman2 ?
Semoga dalam keadaan sihat hendaknya..
Jom muhasabah sama-sama pada penghulu segala hari ini..

Mesti korang aware pasal kejadian tikam , bunuh , amuk di Taman Melati , Kuala Lumpur semalam..
Allah , takziah kepada mereka2 yang tak berdosa..
Haa.. kalau korang nak tahu cerita lanjut - terus ke LINK INI.. siap dengan gambar sekali..

Tapi , sekarang ini - kawan bukan nak kupas pasal benda / isu tu..
Nak cerita , ajal dan musibah memang kita tak jangka..
Maut - kita tak boleh yakin pun sesaat lagi kita masih bernafas , ye dok ?
Dahtu , kenapa kita senang2 tak solat , tak jaga aurat , buat maksiat ?

Gulp !

Jom sama2 perbaiki diri kawan.. dari hari ke hari.. biar selalu ingat mati :)

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. "
(QS. Ali-'Imran : 185)


Luv u lillahi ta'ala :)


Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

24 October 2013

Shaklee - Ada apa dengan Chewable Vitamin C Plus




Chewable Vita C Shaklee kini sudah ditingkatkan formulasinya dengan tambahan Citrus Bioflavanoid Complex dan menjadi antara supplement vitamin C paling lengkap di pasaran. Kini nama baru Chewable Vita C adalah Chewable Vita C Plus.


Menariknya, manfaat vitamin c dalam Chewable Vita C plus ini bukan sahaja boleh dinikmati oleh kanak-kanak berusia dari empat tahun dan ke atas, tetapi juga boleh dinikmati oleh orang dewasa yang tidak suka atau sukar menelan tablet atau pil.


Apa bezanya dengan Sustained Release Vitamin C ?
Sama je , sebab apa ?

Anda boleh ambil 5 biji Chewable Vita C setiap hari iaitu bersamaan 1 biji SR Vitamin C Shaklee. Mungkin ada yang kata, tak bestnya kena makan banyak-banyak. Hakikatnya RASA OREN SEMULAJADI Chewable Vita C Shaklee JAUH LEBIH SEDAPPPP dari SR Vitamin C Shaklee yang pahit sedikit.

Manfaat Vitamin C dalam Chewable Vita C Shaklee setara dengan SR Vita C Shaklee

- Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
- Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan
- Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat
- Meningkatkan sistem imun tubuh
- Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet
- Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasan
- Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
- Tabletnya lebih kecil dari SR Vitamin C Shaklee jadi mudah untuk makan atau telan
- 1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1/2 biji oren iaitu bersamaan 100mg
- Manfaat Vitamin C Sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit dan awet muda


Jom dapatkannya daripada saya !!
FB Link
013 2558600 (SMS / Whatsapp)

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

23 October 2013

Shaklee - Manfaat Sustained Release Vitamin C






















Vitamin C dari jenis vitamin larut air ini sebenarnya mempunyai pelbagai fungsi lain selain dari memastikan kulit cantik. 

Antara kepentingannya:

Bertindak sebagai barisan pertahanan sel tubuh untuk memerangi radikal bebas yang menyerang sel-sel badan (dalam air) manakala Vitamin E menjadi barisan hadapan untuk radikal bebas yang menyerang dalam lemak. Radikal bebas ini didapati daripada asap rokok, asap kenderaan, asap dari persekitaran -- bayangkan betapa banyaknya musuh sel kita hari ini!

Meningkatkan tindakbalas imun -- orang yang selalu rasa nak demam, sebaiknya meningkatkan pengambilan Vitamin C sama ada dari makanan atau supplemen.
Membantu mengurangkan hormon tekanan -- Orang-orang yang banyak masalah, susah tidur, risau perlu memeriksa kembali diet harian. Adakah nutrien yang diperlukan tubuh dipenuhi dengan baik. Sekiranya selalu rasa tertekan, maka keperluan vitamin C juga meningkat.

Membantu masalah anemia -- Anemia atau kekurangan darah (low hb) sering berlaku pada ibu mengandung yang boleh mengancam nyawa ibu dan kandungan. Vitamin C sebenarnya membantu penyerapan zat besi yang menjadi asas kepada pembentukan darah yang sempurna dan sihat. Kegagalan untuk menyerap zat besi dari makanan/supplemen akan menyebabkan anemia. Jadi, pastikan anda mengambil vitamin C secukupnya sekiranya mempunyai masalah ini.

Membantu penyembuhan luka -- Vitamin C (dan vitamin lain) berfungsi sebagai pasukan penyelamat yang saling membantu untuk memastikan tubuh sentiasa dalam keadaan baik. Kekurangan salah satu nutrien akan menyebabkan ketidakseimbangan dalam badan lalu menjadikan tubuh kurang efektif.

Membantu meredakan demam/selsema
Paling penting untuk wanita, vitamin C menjadi asas kolagen yang bertindak sebagai 'gam' untuk memegang sel-sel bersama. Bayangkan, kulit yang kendur kembali tegang setelah sel-sel ini bersatu dan tinggal berkelompok. Supaya mereka kekal berkelompok, marilah makan vitamin C banyak-banyak. hehehe.
Memandangkan betapa besarnya pengaruh dan kepentingan vitamin C, mari pilih vitamin C yang terbaik untuk kita.Pilihan saya?

Semestinya Vitamin C Sustained Release dari Shaklee. Lengkap dengan Bioflavonoid complex untuk serapan dan keberkesan optimum!

Kelebihan Vitamin C sustained release ini adalah:

✔  Formula Sustained release (Formula mengikut pelepasan masa)
✔  Setiap tablet mengandungi 500mg vitamin C, sesuai dengan RDA yang dicadangkan untuk keperluan harian. Namun, oleh kerana vitamin C mudah termusnah dan juga perlu sentiasa diambil dari semasa ke semasa, formula mengikut pelepasan masa ini amat berguna.
✔  Setiap jam, 100mg vitamin akan dilepaskan dan digunakan oleh badan. Jadi, vitamin C ini mampu kekal dan beraktiviti dalam badan selama 5 jam. Sekiranya kesan segera diperlukan, contohnya kalau dah rasa hampir-hampir nak demam tapi nak elak demam, cepat-cepat telan vitamin C yang dipatah dua.
✔ Rasionalnya, supaya kesemua 500mg dilepaskan serentak.
✔ Mengandungi Bioflavonoid complex:
Ekstrak tumbuhan yang memberi warna pada tumbuhan dan juga bertindak sebagai antioksidan.
Bioflavonoid melindungi vitamin C dari teroksida dalam badan jadi vitamin C akan kekal lebih lama dan berfungsi dengan efektif. Lebih nilai untuk wang anda.
✔ Selain berperanan sebagai antioksida, ia turut membantu mengekalkan kesihatan tubuh dengan menjadi agen anti-mutan, anti karsinogen, DAN anti penuaan.

Setiap botol Vitamin C Sustained released mengandungi 180 tablet. Untuk kegunaan 6 bulan dengan kos sehari serendah 50sen! Dengan kelebihan yang ada, ia memang nilai yang berbaloi untuk dilaburkan.

PM fb - Nor Nadia Syakila
Sms / Whatsapp - 013 2558600


Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

19 October 2013

Days to go...


Aku sedang mengira - ngira ...
Semua perasaan bercampur - baur ...
Ketepikan sekejap debaran ini ...
sebab aku kena tempuh beberapa perkara penting sebelum sampainya tarikh keramat yg ku nanti ..

FINAL EXAM 
as 
GRADUATING STUDENT

28/12 , 31/12 , 7/1 , 8/1

Mohon doa dan restu kalian secara terusss..

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

5 October 2013

Shaklee - Kelebihan ESP

7 khasiat utama ESP SHAKLEE

Energizing Soy Protein atau ESP sebenarnya telah mendapat pengiktirafan seantero dunia kerana proses kajian klinikal yang dijalankan berkali-kali bagi memastikan kualiti protein yang tinggi bersumberkan tumbuhan semulajadi dapat dihasilkan untuk manfaat optimum kepada bakal pengguna. Protein kacang soya adalah 2 kali ganda lebih dari daging, 12 kali lebih dari susu dan 4 kali ganda lebih dari telur. Ia juga rendah kolestrol, rendah lemak dan mudah diserap oleh tubuh manusia.

Ramuannya terdiri daripada:
Kacang soya yang tidak diubahsuai secara genetik (non-GMO) dan diproses di bawah suhu rendah.
Satu tin ESP (1kg) dihasilkan dari 30 kilogram kacang soya.
Mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

7 kebaikan dan khasiat ESP Shaklee yang utama perlu anda tahu:

1. Rahsia Awet Muda / Anti Penuaan

Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan memperkuat otot bagi memastikan kita sentiasa bertenaga. Kandungan yang terdiri daripada Asid Amino membina dan memperkuat otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar. ESP juga mengandungi 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.

2. Mempertingkat Fungsi Hormon Wanita

Khasiat berikutnya adalah untuk mempertingkat fungsi hormon wanita. Ramuan yang ini terdiri dari kacang soya. Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

3. Rahsia Kulit Cantik Dan Anjal

Bagi wanita yang mementingkan kecantikan kulit. Anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan ESP. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping memperkuat otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.

4. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki

Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser darip merebak. Ia berfungsi dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikal bebas sempat bermutasi daripada DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga melindungi dan menjaga rahim dan ovary serta kitaran haid dan prostat.

5. Memulih Dan Memberi Tenaga Segera Untuk Individu Aktif

Salah-satu rahsia yang menjadi pilihan kebanyakan para pembeli adalah kerana ESP Shaklee terbukti berkesan dalam memulih dan member tenaga segera untuk individu yang aktif, ibu menyusu, wanita bekerjaya yang sibuk dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak. ESP membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya.

6. Jawapan Kepada Masalah Pigmentasi

Ramuan utama ESP Shaklee adalah kacang soya. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain. Fungsi lecithin soya ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesai masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam. Disamping mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat.

7. Meningkatkan Keupayaan Memori

Semakin meningkat usia seseorang bermakna daya keupayaan untuk mengingat akan menurun. Keupayaan memori seseorang memang berkadar langsung dengan peningkatan usia. Pengambilan ESP Shaklee secara konsisten akan dapat mempertingkatkan keupayaan daya ingatan. Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori manusia.

Kesimpulannya, ESP Shaklee mempunyai 1,001 manfaat dan setiap individu dalam keluarga anda berpeluang untuk berkongsi dan mengambil ESP Shaklee bagi pelbagai tujuan.

Haa.. apa tunggu lagi ??
Roger2 tau..

Nadia Syakila
SID : 1028241
013 - 2558600
FB Pages : PASG Online Store / Nor Nadia Syakila Jamal



Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

3 October 2013

108 hari


Lagi 108 hari untuk menamatkan kisah 5 tahun lepas dan memulakan permulaan yang baru..
Aiiii.. banyak betul prosedur dan perkara-perkara penting nak kena setelkan bersama sampaikan kadang2 tersalah faaham.. 

Positif nadia.. positif !

Doakan aku k !


Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Kebaikan GLA Complex Shaklee

 

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !
Bermulalah ceritera pertamaku !
Hari ini - nak cerita pasal GLA Complex, apa penting dan hebat sangat dengan GLA ni?
GLA also known as Gama Linolenik Asid yang mana berfungsi untuk ;

- Menstabilkan hormon dalam badan
- Khas untuk wanita TETAPI lelaki pun boleh ambil jugaa oke!
- Ia sangat membantu dalam masalah kitaran menstrual , menopous , kencing manis dan darah tinggi
- Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
- Meningkatkan kesuburan
- Mengurangkan PMS (sindrom pra-haid)
- Membantu dalam menangani menopus
- Menguatkan kuku dan rambut
- Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
- Membantu menangai ekzema
- Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
- Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
- Menguatkan imuniti tubuh
- Memperlahankan proses penuaan
- Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
- Mengawal kencing manis dan darah tinggi
- Mengawal kolesterol
- Untuk fungsi saraf

Haa.. kesimpulannya ada dibawah ini ya..


Untuk pertanyaan lanjut dan pesanan ;
Boleh hubungi saya di FB Pasg Online Store
atau
Whatsapp / SMS di 013 2558600
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign