Followers

30 September 2014

Adab Masuk Rumah Baru

Assalammualaikum bloggers & readers !
Apa khabar ? Nadia harap korang sihat dan ceria selalu.
Terusnya 2S yang penting ok, yakni SYUKUR dan SENYUM.

Baiklah, entri kali ni sangat-sangat berguna pada kawan2 yang nak masuk atau pindah rumah baru. Lebih kuranglah kan. Tak kisahlah rumah baru beli atau sewa..

Adab-adab ni pun Nadia jumpa dari FB, so Nadia kongsikan disini untuk manfaat kita bersama, original link di sini.

[ADAB-ADAB MEMASUKI RUMAH BARU]

Antara adab-adab bagi memasuki rumah baru anda adalah seperti berikut:

1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Jika tiada orang lelaki maka orang perempuan juga boleh azan. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam.
Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam.
Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikuti panduan berikut:
Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam (pusingan seperti tawaf di Ka'abah).

------------------------------------------------------------------------------------

InshaAllah, Nadia dah pesan kat suami untuk buat adab2 seperti yang disarankan.
Biarpun itu rumah sewa dan sebelum ni pernah diduduki orang tapi still tak salah kita buat macam ni. Ini bukan sahaja untuk halau or pagar daripada benda-benda yang ghaib tapi untuk keberkatan jugak sebenarnya..

Biar malaikat suka masuk rumah kita kan?

Doakan Allah mudahkan urusan saya nak berpindah ni.
Wassalam.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

{Quick GA} by Gudang Vitamin.Com

[STICKY POST]
Untuk entri terbaru, sila scroll kebawah.


Assalammualaikum.
Dush ! Tampar muka sendiri sebab dah lama tak update..
Ok, tak nak cakap banyak sebab nak bagitahu kat Gudang Vitamin.Com ada quick GA.



Hanya LIKE dan SHARE
Tolong terjah sekarang :)

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

29 September 2014

Menang Giveaway !

   

Alhamdulillah, anda menang GA by Karya Mahirah !!
Anda lah, bukan saya.

Eh, ada ke rakan blogger ku yang menang? Tahniah tau.
Nombor saya tidak bertuah kali ini, takpe. Mungkin ada rezeki lain.

Ok, rasa macam nak join GA lagi..
Ada sesiapa sudi TAG Nadia join GA ? AWARD ? CONTEST ?

TOLONG KOMEN SINI

Wassalam :)

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

26 September 2014

Resipi ESP Shaklee yang terbaik

Assalammualaikum.
Senyum ok ! Jangan marah :)
Haa.. kan comel.. Comey tak kak ton?

Merapu.
Baiklah... hari ni saya nak share something.
Resipe terbaik dari ladang untuk penggemar2 ESP Shaklee !
Eh ? Tak tahu lagi apa tu ESP Shaklee ???

Ish, nak kena babab ni.
Jom ketahui apa yang best pasal ESP Shaklee --- > DI SINI 

Tapi entri kali ni saya bukan nak cerita lagi pasal kandungan dan manfaat dia semua..
Nak cerita pasal resipi dia je...
Ingat apa? Masak-masak je ada resipi ye, Shaklee pun ada resipi ok !



Tadaaaaaaa... wah ! Nak yang blended, shake, sejuk semua hado !
Yang penting satu je syarat dia JANGAN GUNAKAN AIR PANAS okeh !

Yang mana ada dah ESP bolehkan mencuba dengan kada segera, dan yang mana takda lagi tu - haaa.. dok termenung buat apa ?

ORDER SEKARANG daripada saya.
Untung-untung dapat HADIAH MISTERI tau!


Email - nornadiasyakila90@gmail.com
Facebook - Nor Nadia Syakila
Instagram - @nadiasyakila 
No tel - 013 255 8600 / 010 524 3640


Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

25 September 2014

Set Kecantikan Shaklee - Cantik Luar Dalam

Assalammualaikum,
Apa khabar kaki blogger ? Apa khabar pembaca ?
Sihat sokmo ya. Dan tersenyum selalu walau apapun yang berlaku.

Hari ni, nak share pada kawan-kawan tentang SET KECANTIKAN KULIT SHAKLEE..
Bukan setakat daripada luaran, dalaman sekali.
Saya dah cuba dan guna genap setahun dah pun..

Alhamdulillah - ini betul-betul, bahawasanya cik jerawat malu-malu nak keluar..
Dan yang paling best, bila jumpa orang (sedara mara dan kawan terutamanya) mesti siap sapu2 lagi pipiku yang montel dan gebus ini..
Ok, tak nak perasaan banyak2 ! Malu u ols!

SET KECANTIKAN SHAKLEE - PELBAGAI PILIHAN
Sebenarnya set kecantikan / kulit Shaklee banyak pilihan mengikut bajet masing2..
Antaranya, seperti :

--- > Vivix - Klik sini untuk info lanjut
Ini boleh dikatakan DIVA dalam banyak2 produk Shaklee, bukan setakat untuk kecantikan kulit malahan untuk kesihatan jua. Antara manfaat yang paling utama ialah VIVIX ni merawat melalui sel2 yang ada dalam badan kita. Masukkan daripada komponen asas yang menjadikan kulit / organ kita sendiri.

---- > Collagen Powder - Tips memilih kolagen
Collagen Powder Shaklee tidak kurang hebatnya, kolagen yang diambil daripada sisik ikan merah yang duduk jauh di dasar laut menyebabkan kemampatan kolagen yang sangat tinggi. Sangat berkesan tau ! 

Salah seorang pelanggan cantik saya, mengambil 3 sachet sahaja sebelum hari konvo beliau dan kesannya WOW ~ kata nya.

---- > Vitamin Asas untuk kecantikan [ B Complex + Vita E Complex + SR Vita C + ESP ]
Haa.. untuk yang tak suka minum2 la, tak boleh nak telan la... Ambil je pil ni, kan senang?



Jika anda mencari-cari suplemen sesuai untuk kulit muka anda dalam masa yang sama untuk jaga kesihatan anda, pastikan anda memiliki mana-mana cadangan set kecantikan Shaklee di atas !

Hubungi saya untuk maklumat lanjut !
Dan DAPATKAN KONSULTASI PERCUMA dan CARA PEMAKANAN daripada saya selepas memilih saya sebagai PENGEDAR SHAKLEE ANDA..

Email - nornadiasyakila90@gmail.com
Facebook - Nor Nadia Syakila
Instagram - @nadiasyakila 
No tel - 013 255 8600 / 010 524 3640

Sentiasa berkesan , Sentiasa selamat , Sentiasa mesra alam.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

24 September 2014

Wordless Wednesday : Don't Give Up



Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

23 September 2014

Liebster Award

Liebster Award
Tahu tak apa kebendanya ni? By the way, in the first place - saya memang tak tahu.
Sampailah di tag oleh CIKGU FAIZ yang cute ni. Terima kasih cikgu.
Baik ! LA ni adalah rangkaian maraton (tag men taging) antara satu blogger dan blogger yang lain. Dan sesiapa yang di tag, dikehendaki untuk menjawab soalan yang telah di sediakan. Ini secara ringkaslah, nak syarat penuh - nah !

  • Sertakan nama dan URL rakan anda yang telah dicalonkan di Liebster Award ni.
  • Jawab 11 soalan yang diajukan.
  • Anda wajib mencalonkan 11 blog lain.
  • Cipta 11 soalan anda sendiri dan mereka yang tercalon wajib menjawab kesemua soalan tersebut.
  • Maklumkan kepada 11 blog yang tercalon supaya mereka menjawab soalan anda itu.

Faham? Sekarang sesi diriku untuk menjawab soalah dulu ya !

1. Kenapa korang suka berblog?
--- > Sebab saya suka menulis, yang mematahkan semangat hanyalah sifat malas. Saya suka bercerita dan yang paling penting dapat share macam2 ilmu, pengajaran pada orang lain. Sekurang2nya ada sedikit bekalan dan saham untuk dunia sana nanti.

2. Macam mana korang boleh terjebak dengan dunia blog?
--- > Macam mana? Hurm.. tak pasti tapi paling akan ingat sampai bila2 ialah masa mula2 masuk Pusat Asasi UIAM (2008) lah dunia blog ni bermula. Blog pertamaku di buat oleh kawan sedorm / seUIAMian - Khady AKA Khadijah.

3. Tempat menarik yang korang pernah sampai.
--- > Mekah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah semasa mengerjakan haji bersama mak dan ayah ketika berumur 12 tahun (2002). Memang sangat indah ! Walaupun pernah ke Korea Selatan tapi kalau diberi pilihan untuk pergi mana lagi, pasti akan ke sana semula !

4. Apa haiwan kesayangan korang?
--- > Kucing !!

5. Bila stress apa yang korang selalu buat?
--- > Menangis semahu-mahunya dan cuba draw in a paper how to solve that problem. Solat dan zikir tu memang keutamaan, selainnya akan keluar ambil angin dan tengok orang2 sekeliling.

6. Korang pakai handphone jenama apa? Apa yang menarik tentang handphone tu?
--- > Buat masa sekarang, saya pengguna tegar Samsung. Samsung GRAND yang paling besar dan awal. Apa yang menarik ? Sebab itu hadiah daripada suami. Kamera semua not bad. Buat masa ni belum hang lagi. Nak pakai sampai betul2 tak boleh pakai sebab dengan HP ni la saya buat bis Shaklee saya. Sayang kot !

7. Suka masak apa?
--- > Semua ! Saya suka memasak ! Apa2 je yang terdetik, ada bahan yang cukup memang Im the one yang akan volunteer untuk masak. Takdak bahan? Tidor. Haha.

 8. Kenangan pahit yang korang pernah alami.
--- > Tak nak ingat. Tak nak peduli. Tak perlu diberi perhatian pada kenangan pahit. Yang penting jangan dilupakan pengjarannya. Boleh gitu?

9. Suka selfie? Kenapa?
--- > Kurang. Lagi suka orang ambilkan gambar. Ala2 model gitu. Haha !

10. Filem yang paling best korang pernah tonton. Kenapa?
--- > The Narnia ! Series suka. Sebab ala-ala magic gitu dalam masa yang sama ada perang, pasal ikatan adik beradik dsb. Btw, Transformer pon i like sangat ! Sebab robot, itu aje.

11. Apa yang korang suka tentang blog Cikgu Faiz?
--- > Warna dia lah of kos ! Even pink tapi lembut. Kemudian, gaya penulisan dia. Sempoi!

Akhirnyaaa ! Setel menjawab soalan dan menyelesaikan tugasan.
Ops, tak setel lagi. 11 blog yang saya WAJIBKAN untuk buat tugasan ini ialah :-

8. http://rusukiri.blogspot.com/
9. http://terriblelyou.blogspot.com/
10. http://fiqansz.blogspot.com/
11. http://suriaamanda.blogspot.com/

** Kalau boleh buatlah ye, saya gurau je tang mewajibkan tu.
Baiklah, selesai yang tu kena cipta soalan pulak ye. Nah ! Ini soalannya :

1. Apa nama penuh dan maksud di sebalik nama anda?
2. Umur anda sekarang?
3. Siapakah anda untuk 5 tahun akan datang?
4. Aktiviti kesukaan anda?
5. Makanan kegemaran anda? Cuba explain sampai meleleh air liuq ! 
6. Kalau tertekan dan stress, apa langkah positif yang anda buat?
7. Senaraikan nama orang/benda yang anda sayang.
8. Warna kegemaran anda? Mengapa?
9. Anda ada page ? Bis online ? Tolong nyatakan berserta link.
10. Terangkan diri anda dengan 3 perkataan.
11. Cuba beri pendapat / komen tentang blog saya ni. 

Alhamdulillah, baru betul2 selesai !
Terima kasih semua...


Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

22 September 2014

Giveaway September by Karya Mahirah

Assalammualaikum donia blogger.
Lama saya menyepi, ada yang merindu?
Ok, saya bajet. 

Tak nak cerita banyak.
Selama saya berbloging - memang jarang gila join GA.
Tapi kali ni memang betul2 nak dah harap saya bertuah !
Hadiah memang superb kot !

Ada monopod , powerbank , cash , makeup pouch, mini notebook dan banyak lagi. Serius, rugi tak join ! Tak nak cakap banyak, join aja tau !



Assalamualaikum
[Sila Tekan Banner Diatas Untuk Join]


GA September by Karya Mahirah dianjurkan oleh Karya Mahirah dan di sponsor oleh:

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

10 September 2014

Penyekat Keberkatan Dalam Berkerja

Assalammualaikum..
Salam sejahtera dan selamat malam..
Apa khabar warga donia?
InshaAllah, kalian sihat ceria dan urusan akan dipermudahkan..

Alamak, tajuk hari ni macam series je?
Yes! Memang pon, tapi ianya lebih kepada perkongsian dan muhasabah.

Untuk Nadia juga sebab bergelar pekerja dan untuk sesiapa sahaja yang bergelar pekerja.

* Jom tengok gambar

15 perkara yang menyebabkan sekatan kepada keberkatan.
Nampak macam remeh tetapi benda2 tu memang mudah sangat kita nak buat kan?

Allah, moga Allah jauhkan.
Nadia sendiri akui, dalam 3 - 4 bulan kerja.. Kadang2 terleka dan terlalai jua.
InshaAllah, berubah lepas ni.

Jom kita jaga keberkatan kerja.
Samaada ada majikan mahupun berkerja sendiri.....

Wassalam.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

5 September 2014

Isu : Rahim Bengkak

Assalammualaikum..
Selamat petang dan salam Jumaat yang barakah !

Semua yang berkerja sedang seronok ya! Sebab apa? Sebab esok cuti..
Samalah kita, tapi saya masih kena berkerja ahad ini. OUTSTATION bak kata orang kampungku..
It does not matter, jauh perjalanan - luas pemandangan - ramai kenalan !

Ok, fokus dan tujuan entri petang ini adalah untuk makluman dan sekadar berkongsi maklumat sebagai respons isu 'Shakely' 'Rahim Bengkak' yang agak menjadi viral pada hari-hari berlalu ni..

Saya tak nak tulis panjang,
Sahabat handai dalam Shaklee - leaders dan rakan2 Dr dah bagi maklumat secara general mahupun spesifik.

InshaAllah, pembaca saya adalah mereka yang tidak akan membuat kesimpulan awal tanpa mendapatkan fakta, betul tak?
Anda terbaik ! Terima kasih.

Jom dapatkan maklumat mengenai KRISIS PENYEMBUHAN di sini 
> Krisis Penyembuhan
Krisis Pemulihan, adakah membahayakan?
Healing Crisis daripada Ginger Chalford, PhD

Dan apa sebenarnya yang ANDA PERLU TAHU dalam ISU ini
Fuh! Shaklee Penyebab Rahim Wanita Bengkak ?!!!

Dan kenyataan seorang DOKTOR KESIHATAN & PERUBATAN dalam perkara ini
Kenapa Rahim Bengkak?

----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Alhamdulillah, saya dah habis membacanya.
Saya adalah pengguna GLA secara konsisten sejak bulan Februari , dengan tujuan untuk mendapatkan anak. Tetapi untuk permulaan ni - saya kena betulkan dulu period dan kurangkan berat badan yang berat ni :)

Doakan saya.
Dengan izin Allah, bila diberi peluang oleh Allah dgn asbab Shaklee..
Memang anakku, anak Shaklee lah !


------------------------------------------------------------------------------

Untuk pembaca, sekiranya ada pertanyaan mengenai produk Shaklee / bisnes Shaklee - bolehlah berhubung dgn saya terus melalui FACEBOOK atau sms/whatsapp di 013 2558600.

Jangan lupa like FB PAGE saya - Gudang Vitamin.Com
Jangan lupa LIKE dan SHARE sekiranya ia bermanfaat !

Wassalam.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

3 September 2014

Sunyi. Seorang Diri.

Assalammualaikum wbt..
Selamat malam kawan-kawan :)
Ya, memang lama betul saya tinggalkan blog ini. Dah bersarang agaknya dan mungkin ramai dah kawan2 blogger dah lama tak menyinggah disini.
Argh! Kesiannya saya. Keseorangan. Sunyi.
Ok, saya bergurau. Jangan risau kawan2. Memang silap saya tak menulis. Buat2 tiada masa kot. InshaAllah, lebih banyak cerita dan info bulan ni. Ada yg fakta dan akan ada yang merapek. Aci ye?

SEORANG DIRI
Kenapa dengan tajuk entri hari ni.
Seorang diri dan sepi?
Macam berbaur negatif je. Oh tidak !
Sekali2 tidak.
Saya sekadar nak berkongsi cerita mengenai saya yg sangat manja sampaikan bila berdikari saya menjadi seorang yg emosional.
Saya membesar dalam keluarga yg mana menantang saya bagai minyak yang penuh. Yelah, seorang je puteri comel. Manja. Dan sentiasa bergantung dan bersama2 orang disekeliling.
Dari kecik sampailah saya masuk U.
Haa. kat sini lah cerita bermula bila saya dan kawan2 masing2 perlu memilih kos sendiri.

LIMA BERSAHABAT
Saya dan 4 lagi sahabat baik berada di dalam kuliyah yg sama. Cumanya kami perlu menentukan kos yang lebih khusus.
2 org kawan saya memilih Sains Politik dan 2 org lagi memilih Sosiologi. Dan hanya tinggal daku seorang memilih Psikologi.

TERASA
Nak dipendekkan cerita, bila kos dah lain. Masa lapang dan terluang juga akan berbeza walaupun kami ada yg tinggal sebilik. Disebabkan sikap kemanjaan saya ni - saya terasa sendiri tersisih dan membawa diri (bagai harapkan dipujuk).
Lama jugak rasanya, dalam sebulan kot. Sehinggalah kami semua beruzlah (buat heart to heart sessionlah) berlima.

My mistakes in short :)

HIKMAH
Ini part penting, setiap apa perkara yg Allah jadikan/tentukan ada hikmah.
Memang, kalau ada2 yg baca rasa mcm pelik.

'' Ek eleh. tu pon terasa, mcm budak2.. ''

Yes, I was !

Tapi kalau perkara tu tak jadi dulu. Saya takkan seberdikari sekarang. Thanks a lot to my Friends yang tegur saya dengan kasih sayang.
Allah tentukan saya perlu berdikari / seorang dulu sebab lepas je habis U saya perlu pandai bawa diri dalam keluarga baru, dalam kehidupan baru.
Sekarang, saya jauh dr suami yg berkhidmat sbg tentera. Saya perlu face / berhadapan semua benda sendiri bila mana mak dan ayah tak sekuat dahulu. Dan saya sendiri / seorang berkerja dalam syarikat.

Kalau saya tak lalui dan tak terima nasihat kawan2. Mungkin sekarang saya menjadi beban pada orang.
Terima kasih kawan.
Terima kasih Allah.

Dan percayalah , kita takkan sendiri dengan adanya Allah.
Allah takkan tentukan sesuatu perkara dgn sia2...
Doakan saya agar terus berdikari !
Wassalam.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign