Followers

18 December 2014

13 Tips Menjaga Kebersihan Vagina

Miss V atau Vagina adalah bahagian alat sulit wanita yang sangat penting dan perlu dijaga kesucian dan kebersihannya. 

Percaya atau tidak, kebanyakkan wanita terlupa untuk mengambil berat kebersihan pada miss V mereka, tetapi untuk kecantikan luaran sanggup berhabis-habisan melaburkan wang ringgit. Haaaa... jom check balik !

Ok, Nadia akan kongsikan 13 tips penjagaan vagina yang Nadia dapat daripada hasil bacaan nadia tentang isu ini.

Untuk anak dara ke mak dara ke nenek dara ke, semua wajib baca dan praktikkan.

Apa lagi, moh kita...

13 Tips !


1. Setiap kali membuang air kecil atau besar, bersihkan bahagian luar dengan menggunakan air. Penggunaan tisu basah tidak digalakkan kerana dikhuatiri bahagian tersebut tidak benar-benar bersih dan boleh menyebabkan jangkitan kuman. 


2. Ketika haid, tukar tuala wanita sekerap mungkin. Amalan ini bukan sahaja membuat anda merasa lebih selesa, malah ia juga dapat mencegah pembiakan kuman yang mudah tersebar menerusi darah. Pada hari-hari yang darah keluar dengan banyak anda juga digalakkan menukar seluar dalam mengikut kemampuan.


3. Begitu juga bagi wanita yang gemar memakai pelapik seluar dalam (panty liner) ia harus di tukar dengan lebih kerap bagi udara yang bersih untuk vagina.


4. Jangan mengamalkan douching iaitu memasukkan pancutan air ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj, perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria loctobacili dari faraj di samping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahagian kimia yang boleh menyebabkan intasi kulit.


5. Elakkan menggunakan sabun atau mandian untuk membersihkan alat sulit. Ia dikhuatiri akan menyebabkan kekeringan dan iritasi pada kulit. Selain itu, perbuatan tersebut akan menyebabkan rasa kurang selesa pada vagina seperti gatal.


6. Bersihkan vagina dengan air yang bersih tanpa pencuci bahagian intim kerana bahagian ini sangat sensitif. Kita harus ketahui ada wanita yang alah pada pewangi dalam buku sabun.


7. Tukar seluar dalam pada setiap kali waktu mandi. Bagi wanita yang mengalami keputihan, anda disarankan memakai pelapik seluar dalam agar keputihan tidak melekat pada seluar dalam dan menyebabkan anda rasa tidak selesa.




8. Khusus untuk anda yang sudah berkahwin bersihkan alat sulit anda sebelum dan selepas bersama pasanagan. Amalkan buang air kecil selepas lebih kurang setengah jam anda bersama untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kecil. 


9. Jangan berkongsi alat pencukur kerana ia boleh menyebabkan penyakit berjangkit seperti Hipetitis B. Jaga kebersihan alat pencukur kerana bisul sering terjadi kepada wanita yang gemar mencukur bahagian intim.



10. Peka dengan perubahan bahagian intim. Jika berlaku bengkak nanah, segera berjumpa doktor. Begitu juga dengan lelehan bahagian faraj, jika bewarna kuning, hijau, atau berdarah ia adalah petanda bahagian intim anda dijangkiti kuman.


11. Pastikan kawasan vagina sentiasa kering terutamanya selepas mandi dan sebelum menyarung seluar dalam. Kerana dalam keadaan lembap, bakteria cepat merebak !


12. Membersihkan bulu ari-ari dengan kerap, ikut sunnah tidak melebihi 40 hari ye. Ini adalah kerana, terlalu tebal 'hutan' di daerah itu akan menyebabkan kelembapan dan tempat membiaknya bakteria.


13. Memastikan kebersihan ketika ingin buang air di tempat awam, lebih-lebih lagi tandas duduk. Bersihkan kawasan tempat duduk dengan tisu dan air sehingga kering. Jangan duduk sambil menyimbah air kerana ia akan memindahkan bakteri ke kawasan vagina.

--------------------------------------------------------------------------

Habis dah? 
Sebenarnya macam2 lagi tau...
Kita boleh perbaiki dari hari ke hari, bersama-samalah menjaga mahkota yang Allah beri.
Kan kebersihan tu juga separuh daripada iman betul tak?

JOM JAGA KESIHATAN VAGINA !
Kalau siapa yang ada heavy keputihan dan ingin hilangkan bau vagina yang kurang senang..
Boleh cuba ALFAFA SHAKLEE ! Dia ni macam jamu perapat la untuk wanita !
Roger Nadia tau !

Wassalam :)

♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

5 comments:

  1. thanks kak ,, tip yang berguna :)
    Aisya dah follow blog akak ,, ada masa followlah blog Aisya ya :) http://aisyaieyka.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. huiyo .......susahnya mak jaga.

    ReplyDelete
  3. terima kasih banyak2 atas perkongsian ye sis (:

    ReplyDelete

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign