Followers

19 December 2014

17 Panduan Merancang Kehamilan

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Selamat hari Jumaat !
Best tak tajuk hari ni ? 

17 Panduan Merancang Kehamilan
Rujukan : Buku Indahnya Dunia Hamilku! Keluaran Karangkraf :)

Seronokkan ! Lebih - lebih lagi kepada isteri - isteri yang sedang merancang kehamilan.
Ketahuilah, anugerah anak ini adalah rezeki daripada Allah. Kita berusahalah sekuat mungkin dan berdoalah sesungguh mungkin. 

Semua yang terjadi dan yang Allah tetapkan ada hikmahnya, inshaAllah.
Selalu fikir yang positif ye bakal - bakal mak kepada anak syurga semua.
Nadia pun tengah menunggu si cahayamata yang sudah mempunyai senarai nama.

Okey, kembali kepada tajuk utama.
Merancang kehamilan adalah satu keputusan yang penting.
Banyak persediaan yang perlu di ambil kira.

Jom kita tengok 17 panduan penting untuk semakan :



1. Dapatkan suntikan Rubela dan Hepatitis B bagi mencegah penyakit berbahaya seperti penyakit hati, jantung berlubang, cacat anggota, terencat akal dan sebagainya. Dan sangat perlu diingatkan, bakal ibu perlu menunggu tiga bulan selepas suntikan untuk hamil.


2. Persekitaran kerja memainkan peranan penting, sebagai contoh kerja yang terdedah kepada bahan kimia, sinaran x dan ubat bius. Keadaan ini mungkin mempengaruhi peluang untuk hamil atau boleh mendatangkan risiko kepada bayi. Sila dapatkan nasihat doktor dengan segera.


3. Menjalani pemeriksaan kesihatan. Bukan bakal ibu sahaja tau, bakal ayah pun sekali. Untuk mengetahui sekiranya ada penyakit keturunan dan sebagainya.


4. Menjalani ujian darah, ini adalah kerana ujian darah dapat menentukan sama ada anda mengeluarkan benih atau tidak.


5. Jaga pemakanan. Haaaa, ini yang sokmo kita terlupa dan terlepas pandang. Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat, serta nutrisi yang cukup !
** Kalau rasa macam tak boleh je nak jaga pemakanan, pastikan anda mengambil nutrisi yang lengkap seperti >ini< 



6. Memahami tubuh sendiri. Dapatkan kepastian melalui doktor yang bertauliah. Sekiranya menghidapi penyakit yang memerlukan pengambilan ubat, berbincanglah dengan doktor anda.


7. Amalkan gaya hidup yang sihat ! Nutrisi cukup, senaman ada semuaa lengkap lah, pendek kata kena seimbang tau.


8. Hentikan pil perancang :) Sebaik-baiknya berhenti selama 3 kitaran haid sebelum berusaha untuk hamil


9. Usaha tangga kejayaan. Pelbagaikan usaha anda !



10. Kekalkan berat badan yang ideal. Haaa, yang ini adalah masalah utama nadia, daku sedang mencuba yang terbaik ni. By Mei 2015 - nadia target berat badan nadia turun dan boleh cuba untuk conception baby.

Kenapa masalah kegemukan ni dengan kesuburan? Kerana ia boleh menganggu merancang kehamilan, bukat setakat perempuan ye, lelaki pun kena ambil berat berkenaan hal ini.


11. Lelaki juga perlu menjaga kesihatan diri. Sprema yang berkualiti dihasilkan oleh lelaki yang sihat. Lagi mudah dan senang, kalau dapatkan makanan tambahan yang menjaga kesihatan badan dan sperma seperti Zinc Complex , Vitamin E :)




12. LARANGAN ! Jangan minum minuman keras, haa.. Ini adalah salah satu sebab kenapa Islam melarang ummatnya minum minuman keras. Banyak keburukkannya.


13. Nikmati hubungan seksual bersama pasangan sepenuhnya.


14. Ovum dari kilang ovari sangat penting bagi wanita kerana ia merupakan salah satu aspek untuk mengukur tahap kesuburan.


15. Pilih waktu terbaik untuk bersama ! Biar berdua tu dalam keadaan ada mood dan tidak letih :)




16. Berhenti merokok jika inginkan anak yang sihat ! Mesti ramai suami yang akan kata, ada je orang merokok tetapi anak sihat ? Heee... para bakal ibu jangan risau, berdoalah ! Dan dalam masa yang sama boleh membantu mereka berhenti merokok dengan cara SEMULAJADI ! Jeng jeng ! Nanti nadia kongsikan.

* Encik suami nadia pun beri alasan yang sama, huh ! sadis !


17. Faktor usia juga perlu diambil kira. Wanita boleh hamil untuk jangka masa 36 tahun bermula dengan umur 12 hingga 48 tahun.

* Untung siapa yang kahwin awal yee...

-----------------------------------------------------------

Habis dah ! 
Macam mana, dah boleh tahu di mana bahagian-bahagian yang kita boleh perbaiki?
Nadia pun macam bermuhasabah semula.

Banyak benda yang perlu diperbaiki dan salah satu yang paling penting ialah dengan mendapatkan berat yang ideal !
Nasib baik ada group cabaran kurus 90 hari - memang efisien dan sangat best !
Kalau ada di antara anda yang berminat nak join , boleh je. Sama - sama kita berusaha !

Ok, stay tune dengan blog nadia tau.
InshaAllah, banyak lagi info nak share dengan para bakal ibu ni.

I do love you.
Wassalam :)


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

1 comment:

  1. Asslmkm nadia. Thanks atas perkongsian ni. Lg 1, usaha nk ada bby cuba jgk bersama ketika wktu sbur. :) ada rezeki cpt lekat.

    ReplyDelete

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign