Followers

22 December 2014

3 Petua Agar Kucing Tidak 'Buang' Merata

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Selamat malam ! Wah, wah, wah.. 9 hari lagi menuju ke tahun baru..
Macam mana azam tahun ni kawan - kawan ? Terlaksana tak ?
Jangan risau kalau tak terlaksana ni, kita bawa ke tahun depan dan tekadkan hati untuk ambil langkah pertama ok :)

Comel tak kucing kat atas ni ?
Awak suka kucing ?
Nadia dan suami dua-dua suka kucing.

Dulu masa Nadia duduk Melaka, memang banyak sangat kucing !
Walaupun kucing datang dan berak merata, masih tak halau or buang kucing tu, even bila raya ke apa kena pakai topeng nak bersihkan poo poo diorang yang merata tu.

Kalau korang perasan, nadia namakan misi membersihkan najis dan elakkan diorang poo poo merata sebagai PROJEK KUCING.



Haaiihh, 
kan senang kalau boleh ajar kucing poo poo macam gambar kat sebelah?

Senang kerja, lepas tu setiap pagi beratur untuk tunggu turn masuk tandas...

Hahaha, ini lawak !
But hey, memang ada ye kucing pandai poo poo kat tandas.

Macam kucing kawan Nadia, Syuhaidah - tapi dah mati sebab sakit.



Apa 3 Petua Agar Kucing Tidak Buang Merata ?

1. Sejak anak kucing tu masih kecil lagi (dalam anggaran usia hampir 2 bulan), biasakan letak mereka di dalam bekas pasir (pasir untuk kucing yang ada jual kat petshop, kalau tak ada pasir biasa pun ok) untuk beberapa minit. Selepas tu keluarkan anak kucing manakala pasir tadi tu biarkan sahaja bersama mereka di dalam sangkar. 

Ulang lagi langkah sama esok, lusa dan seterusnya. 
InsyaAllah, nanti mereka faham itu adalah ‘tandas’. 

** Biasa mak kucing yang ajarkan, tapi nampaknya tuan kucing kena campur tangan **


2. Titikkan beberapa batang serai dan letak di tempat2 strategik di dalam rumah atau kawasan2 berpotensi yang juga menjadi kegemaran si comel untuk ‘membuang’. Dikatakan kucing tidak menyukai bau serai. 
Betul ke tak, Wallahualam… 
Jika tak ada serai, beli cucian lantai bauan serai sebagai ganti.


3. Satu lagi petua lama yang boleh dicuba adalah menggunakan seutas tali… Tali apa-apa je atau lidi penyapu. Kemudian ukur panjang ekor kucing yang dipelihara dengan menggunakan tali tersebut. Kalau panjang, panjang lah. Kalau kontot, kontot lah…. Heheh. 
Langkah seterusnya, acah tali tu pada kucing, biar ia melompat-lompat nakkan tali tu macam yang biasa dibuat orang pada anjing tu, lalu campakkan tali tersebut ke tempat yang kita fikirkan strategik untuk dijadikan tandas kucing. 

Insya-Allah,kucing tersebut akan membuang najisnya di tempat jatuhnya tali yang kita campakkan tadi. 

-----------------------------------------------------

Menarik kan?
Apa-apa pun, nadia tak pasti sejauh mana keberkesanan dia.
Tapi kita boleh cuba. Belum cuba belum tahu.

* Rujukan : Apacerita.com

Nadia memang kena cuba, sebab insyaAllah untuk rumah sewa di Segamat ni, tengah dalam proses untuk mengambil kucing. Jadi, 1st thing 1st kena train poo poo dulu la..
Kalau tak, naaaayaaaaa !

Notakaki : 
Shaklee takde plak makanan tambahan suruh kucing behave, sebab dia exclusive untuk manusia jeee, ade kelassss gittew~~


With love,
Nadia Syakila
Happy working at home wife
013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

2 comments:

  1. Akak dulu letak bekas pasir dalam tandas. Kalo dia nak membuang, dia akan tolak pintu tandas dan gi kat tempat bekas pasir tuh....bila pintu tandas tertutup, pandai pulak dia mengiau sebab tak lepas keluar.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. series kak? wah. kena cuba jugak yang ni.
      letak pasir memang khas untuk kucing ke atau pasir biasa?

      Delete

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign