Followers

24 December 2014

5 Amanat Dari Ayah

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Selamat pagi yang indah dan tenang.

Sebelum nadia teruskan, jom kita ambil masa seminit dua untuk berdoa dan membacakan Al-Fatihah untuk saudara seIslam dan sebangsa kita yang menjadi mangsa banjir. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan mereka. Ameen ya Rabb !

----------------------------------------------------

Hari ni nadia nak bercerita tentang amanat ayah.
Ayahanda Haji Samat bin Haji Mamat adalah seorang ayah yang sangat penyayang !
Lahir pada 3 Januari 1941 - Allahu, dia cinta nadia dunia akhirat.
Dia adalah ayah yang terbaik, inshaAllah !


APA DIA 5 AMANAT AYAH ?

Jangan tinggal solat
Ini adalah tunggak kata ayah. Biar miskin, biar kurang pandai tapi 5 kali solat sehari ini jangan sesekali tinggal. Apapun dugaan dan ujian akan dapat kita temput kalau 5 tiang ini dibawa sebaiknya bersama - sama di mana jua.


Kepentingan 3 solat sunat
Ayah sangat tekankan nadia pada 3 solat sunat ni. Sejak dari sekolah, dan percayalah, memang ia dituntut :) 
Solat Sunat Dhuha
Solat Sunat Tahajjud
Solat Sunat Hajat

* Allah SWT akan kabulkan apa sahaja doamu, nak ~~


Ibu ayah tangga teratas
Ini keramat ! Nak duit gaji cukup? Letak dalam senarai mak dan ayah di tangga teratas. Nak hidup tenang? Doakan mak dan ayah dulu di dalam doa dan semua perkara.

* Ibu ayah termasuk lah mertua :) 

Mereka keramat, mereka asbab makbulnya doa. Redha mereka, redha Allah.


Berbuat baik
Buat baik selalu. Biar dilempar batu, berikan buah.
Ayah selalu pesan, hari ini kita mudahkan urusan orang, esok lusa Allah akan mudahkan urusan kita. Dan bila Allah mudahkan, ia adalah mudah-semudahnya..


Allahuakbar !


Zikir Ya Latiff
Ayah menlazimi zikir ya Latiff. Beerti yang Maha Lembut.
Orang - orang yang berurusan dengan ayah kebanyakkan lembut hatinyaa :)

Alhamdulilllaah !



































Inilah ayah.
Walaupun nadia bukan 'asalnya' dari ayah.
Nadia tetap anak ayah dunia akhirat.

Mohon doakan kesejahteraan ayah dan mak nadia.
Semoga Allah beri sebaik-baik rahmah dan syurga pada ayah.

:")

Notakaki : Boleh share amanat ayah untuk manfaat bersama tau.


With love,
Nadia Syakila
Happy working at home wife
013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

2 comments:

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign