Followers

17 December 2014

Hotel yang unik di Malaysia

Assalammualaikum,
Selamat malam rakan blogger dan rakan pembaca..

Apa khabar ? Nak peluk cium sikit [yang perempuan je] sebab dah lama kita tak berjumpa dalam medan online ni..
Series, sejak laptop masuk hospital memang Nadia tak dan nak hupdate or blogwalking..
Nadia cuba juga untuk aktif berblogging pakai hp, tapi mak ai..
Macam panda dah mata i olss..

Okey, malam ni nak share dengan kalian pasal antara hotel unik yang ada dalam Malaysia ni.
Nadia tak pernah lagi cuba semua yang ada di bawah, tapi memang nak sangat cuba semua!
Jom tengok satu persatu ! Series, korang mesti akan excited gila...

Apa lagi, survey la nanti untuk percutian korang yang akan datang !


1. Time Capsule Retreat Sungai Lembing, Pahang




Yang ni Nadia nak try sangat2 ! Simple tetapi menenangkan. 
Berdua-duan dengan suami gitu, 2nd honeymoon / babymoon... waaaah !


2. Bustel, Klebang, Melaka


Haaa.. yang ini nadia pernah pergi dan pernah survey la tempat dia. Sebab dekat je dengan rumah. Dan Klebang, Melaka ni memang tempat beriadhah kami sekeluarga. 
Macam best kan, tidur dalam best kemudian menikmati angin pantai ! Seronoknya !


3. Tubotel, Langkawi


Ini pulak, jauh sanun di pulau Helang. Tema dia lebih kurang macam time capsule yang ada di Pahang tapi suasana yang berbeza. Pada sesiapa yang sukakan suasana pantai lebih baik ke sini. Dapat beli cokelat banyak2.. heee..


4. Hotel Kapal Selam, Klebang, Melaka


Ini memang rare sangat. Tak pernah nadia bayangkan..... 
Nadia cuba jugak cari gambar bilik dia kat Google, tapi tak jumpa.
Hmm.. rasanya yang ini nadia tak nak cuba kot, sebab nadia takut tempat sempit.
Ok, fine.. Tengok badan iols laaa... hihi !


5. Hotel Pelantar Minyak, Sabah



Yang ni super duper best ! Macam mencabar, tapi memang nak cabar diri pun.
Mungkin bagi sesetengah agak menakutkan. Lebih-lebih yang takut pada air kan. 
Tapi pada yang biasa-biasa je, apa salah cuba. Begitu menenangkan melihat lautan biru.


6. Container Hotel, Kuala Lumpur


Haaa.. ingat container ni kita nak jumpa kat pelabuhan je? Ingat tempat letak barang je?
Boleh buat tidur tau. Subhanallah, terbaiklah pencetus2 idea ni. Sangat kreatif ! Dan untuk pengetahuan kalian, kadar sewanya pun murah. Hanya RM56 ++ semalam.
Ada di KLIA 2 dan Jalan Delima, KL.

------------------------------------------------------------

Macam mana? best tak?
Ya Allah, seronok sangat rasa kalau dapat lawat semua tempat ni. Dapat tidur semalam pun 
jadilah, tapi kalau dapat 2-3 malam tu lagi lah suka !
Ops, kecuali yang kapal selam tu.

Siapa yang on the way nak bercuti, bolehlah survey tempat-tempat diatas.
Selamat bercuti !

Wassalam :)




♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

1 comment:

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign