Followers

22 February 2014

JR Photography [Nadia & Zanudin]




Cepat LIKE dan FOLLOW

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

19 February 2014

Official Photography : JR Photography

Hamdan Lillah ! Terima kasih Allah !
Semalam genap atau lebih kurang sebulan usia perkahwinan Nadia dan suami..
Aiyoo ! Siap ada yang tanya dah ada isi ke belum..
Allahu ! Itu rezeki Allah yang bagi setelah berusaha..
Doakan yang terbaik..

Baiklah, dalam post kali ini - Nadia nak kongsi cerita pasal tukang ambil gambar rasmi untuk walimah Nadia yang lepas - siapakah gerangannya ?

Abang Jamal [Personal FB]
JR Photography [FB Page]

Al-kisahnya macam mana Nadia kenal dia apa semua - ianya semata-mata carian rambang di FACEBOOK dan GOOGLE , mungkin ini rezeki beliau..
Promo sikit - Photographer Melaka { nanti keluar hint kat google }

Kita cerita perihal servis dulu ea..
Nadia rasa mereka dah berikan servis yang terbaik..
Daripada awal sampailah album siap..
Cakap elok2 , bertukar pendapat dan dia tanya apa yang kita nak..
I mean angle or cara macam mana yang kita suka..
I RECOMMENDED TO YOU !
** Cuma Nadia tak sure selain Melaka dan kawasan terdekat abang ni ambil atau tak..
Roger dia okeh !

Dari segi pakej dan harga - seriesly Nadia cakap, ia berpatutan !
Oklah, berpatutan is something abstract kan, ada orang cakap berpatutan macam ni, ada macam tu.. so just survey dulu okeh ! But yes , ia sangat berpatutan !

Album ? Again, dia semua terpulang kepada pakej yang kita nak. Sekali dengan harga..
Nadia ada perasan jugak kadang2 dalam FB or mana2 OP mengomel pakej nak murah tapi gambar nak gempak..
Yes my dear , as a consumer kita ada hak - tapi janganlah melampau sangat..
Tak payah cakap banyak - cuba jadi or duduk kat tempat orang tu..
Habak maiii rasa apa..

Balik semula, album + cd + frame yang Nadia dapat memang terbaik...
Terima kasih sangat kat Allah sebab bagi jodoh untuk dipertemukan dengan JR Photography..

Gambar ? Angle ? 
Korang tunggu next post la hai..
Kalau tanya Nadia - eden doh rasa feelin macam Siti Nurhaliza dah tau !
I loikkkkeeee..

**********************************************

Notakaki 
Apa-apa hal pon, korang kena terjah sendiri tengok ok..
Definisi cantik gila, feelin awesome dan series best tak sama antara kita..
Please check it out !


Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

17 February 2014

Basic H Shaklee , bukan pencuci biasa

Assalammualaikum !
Selamat tengah malam kawan2 !
Hey ! Tak tidur lagi ?
Hihi - semoga kalian dirahmati Allah selalu..

Share info pasal Shaklee lagi la k..
Biasanya - orang akan assumed yang produk Shaklee ni ada vitamin je kan..
SALAH ! Taklah.. Shaklee ada macam-macam..
Daripada supplement membawa kepada skincare, hair care dan alatan rumah macam penapis air + udara dan jugak pencuci..





































Inilah benda yang best tuh !
Apa kegunaan dia ye? Bukan pencuci biasa ke?


PENCUCI

§ Cuci tandas, cuci lantai, cuci dinding, cuci pinggan
§ Cuci kesan gris dan minyak
§ Rendam baju especially baju baby. Rendam 4-5 hari pun tak berbau


MERENDAM SAYUR DAN BUAH
§ Bukan sahaja memisahkan bendasing dari sayur/buah, tapi juga meneutralkan pestisid dan pengawet yang digunakan terhadap sayuran/buah tersebut


KEGUNAAN KELUARGA
§ Ubat ulser mulut. Celupkan basic-H menggunakan putik kapas & letakkan pada bahagian ulser.
§ Memandikan bayi dan kanak-kanak (thanks to Ibu Kauthar).
§ Ubat gigi. Titikkan 2-3 titik Basic-H ke atas berus gigi dan berus seperti biasa.
§ Untuk jerlum/sponging semasa demam. Saya juga gunakan bila anak2 mula rasa ‘dedar’ (nak mula demam) dan beri satu sudu air Musoffa. Alhamdulillah suhu badan akan turun (not advisable kalau dah strike to 38 degree).
§ Mandikan anak2 dengan Basic-H untuk menghalang gigitan nyamuk (thanks to Ibu Kauthar).
§ Sebagai pencuci tangan.
§ Digunakan kepada anak-anak yang menghidap ekzema


BERKEBUN
§ Air siraman tumbuh-tumbuhan yang ‘berkhasiat’. Titiskan beberapa titik ke dalam botol spray yang diisi air biasa dan spray ke pangkal pokok-pokok di taman.
§ Sebagai penghalau serangga perosak. Sama seperti cara di atas cuma sembur ke bahagian batang dan daun.
§ Basuh tangan dengan Basic-H sebelum memulakan kerja berkebun.


KEGUNAAN RUMAH
§ Menghilangkan bau busuk ikan. Cuma spray saja ke dalam tong ikan.
§ Titikkan setitis ke dalam seterika stim bagi menjaga kebersihan bahagian dalamnya.
§ Membersihkan kesan getah/gula2 getah.

Macam2 kan?
Series hebat - semua ni kan ciptaan Allah...

Kredit info : Master Cery

So rasa nak cuba satu ?

Dapatkan konsultansi terbaik !
Pengedar Shaklee Sah 
Nadia Syakila [SID 1028241]
013 2558600

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

13 February 2014

Hantaran [Part 2]

Bismillahirahmanirahim..
Al - kisahnya, ceritera Biru Pink sudah selesai..
Kita teruskan pulak dengan Merah Emas..

Ini pun ada cerita di sebaliknya..
Disebabkan faktor2 tertentu dan ke'simple'an suamiku itu..
Dia pakat suruh pilih nak buat warna apa..
Dan semua barang2 hantaran Nadia pilihkan dan setelkan jugak..
Haii laaa encik Suami sayang..
Tapi untuk hantaran dalam bakul je..
Duit mas kahwin + hantaran PVC tu kami siapkan bekas je..
Tapi digubah oleh kak Ngah kami..

Dan sekali lagi - khidmat serta ihsan Sinar dan Sieha digunakan..
Terima kasih korang !
Maaf menyusahkan..

Tema warna pun diorang yang pilih tau !
Jom cuci mata..




Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

11 February 2014

Hantaran [Part 1]

Assalammualaikum Warahmatullahiwabarakatuh..
Holaaaaa dearies !
Barakallahufikum..

Hari ni nak kongsi dengan kalian pasal BARANG HANTARAN..
Yang ni daripada BRIDE to GROOM
Nadia punya simple sahaja..
Buat sendiri - tapi bukan den yang buat sendiri..
Semua ni adalah ihsan dan cetusan idea kreatif salah seorang sahabat2 dari UIAM..
Terima kasih Sinar dan Sieha - both of them are bff :)
Dan tak lupa jaga sahabat2 lain yang datang tolong2 jugak - jasa kalian dikenang !

Part Sirih Junjung tu - hasil gubahan dan cetusan idea kakak senior UIAM merangkap my mak andam semasa walimah..
Mana ada mak anda tidur rumah pengantin, but Kak Dayang dan Kak Aiya are awesome..
Thanks akaks!

Basically - barang2 dalaman tu semua eden yang pilih..
Tapi ada yang orang bagi tau..
Ambil yang mana rasa ianya satu keperluan..
Dan yang paling penting, Shaklee tu jangan tinggal..
Enjoy !

Manalah tahu korang boleh dapatkan idea dari sini kan..








Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

5 February 2014

Ada apa dengan B-Complex ?


Tadaaa.. ini dia B-Complex yang femes tuh !
Jom kita berkenalan dengan dia..
Tak kenal maka tak cinta..

Apa kandungannya?

Vitamin B1
Menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma

Vitamin B2
Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic

Vitamin B3
Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental

Vitamin B5
Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang

Vitamin B6
Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi

Vitamin B9
Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi didlm badan

Vitamin B12
Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram

Ha.. tengok kepelbagaian dia..
Kebiasaannya orang yang ambil B-Complex ni seperti orang dewasa yang mempunyai kerja yang sibuk - ibu yang hamil dsb..

Ia dapat menambah tenaga seharian, kurangkan stress dan mengurangkan sakit kepala.. 
Lebih2 lagi pada yang ada migrain tu haaa..
Berminat / Segala pertanyaan ;
013 2558600 (wassap/mesej)

Shaklee Independent Distributor
Nor Nadia Syakila Jamal
No id - 1028241
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

3 February 2014

Tips Kehamilan

Assalammualaikum..
Apa khabar rakan-rakan blogger dan pembaca ??
Nadia harap korang sihat selalu - jaga kesihatan tau, sekarang ni memang tengah musim berangin dan cuaca yang panas..
Pastikan korang banyak minum air masak - hoi ! bukan minum air sejuk tau !

Okeh ! Setel intro..
Post hari ni nak cerita pasal Tips kehamilan atau mendapatkan zuriat..
Yes ! Nadia rasa, nadia mula faham perasaan dan naluri seorang wanita yang inginkan dirinya menjadi seorang ibu..
Siapa tak nak kan ? Nadia yang baru kahwin ni pun dah menyimpan hasrat untuk menjadi mama yang comel dan gojes ! Korang doakan tau !

Anak / Zuriat ni adalah rezeki dan amanah daripada Allah SWT..
Jangan pernah putus asa dengan Allah - selain usaha dengan macam2 pendekatan perubatan moden atau tradisional, doa jangan sekali diabaikan, jangan pandang rendah dengan kuasa doa tau..

Jom, kita kenal pasti dulu - apa faktor2 atau penyebab sukarnya kehamilan itu ?

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:

~ Tiub fallopian tersumbat
~ Endometriosis
~ Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
~ Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
~ Masalah hormon
~ Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
~ Menopous sebelum waktunya
~ Masalah tiroid
~ Fibroid

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan lelaki pula:

~ Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
~ Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
~ Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
~ Menghidap hernia
~ Gangguan hormon
~ Salur sperma tersumbat
~ Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita):

~ Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
~ Stress dan tekanan
~ Pemakanan yang tidak sihat
~ Kekurangan zat
~ Amalan merokok atau meminum alkohol
~ Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
~ Terdedah kepada pencemaran
~ Terlalu kurus atau terlalu gemuk
Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

1) Bersenam

Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

2) Mengelakkan pencemaran

Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

3) Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

Sebagaimana yang anda tahu, Nadia pengedar sah Shaklee - confirm2 la Nadia suggest Shaklee ye dak ? So apa cadangannya?

Mari kita lihat senarainya di bawah:

Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.

Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma.

Untuk wanita, B Complex penting untuk menjaga sistem peranakan. Folic asid di dalam B complex diperlukan bagi merangsang foliccle (organ pada ovari yang merembeskan hormon untuk pelepasan ovum)

Vitamin C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vitamin C juga sangat bagus untuk kecantikan kulit :)

Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Lecithin - digelar "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak (menyebabkan lemak terapung dalam darah) dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran. Sekaligus membantu penururnan berat badan.

Penting bagi pasangan yang ingin mendapatkan zuriat utk memiliki berat badan yang sihat. Boleh juga berikhtiar dgn pengambilan Lecithin bagi yang mengalami tiub fallopio tersumbat (tetapi jgn beranggapan akan hilang 100%)

Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma (meningkatkan penghasilan air mani)

Note: Suami akan pening jika mengambil zinc tetapi jarang melakukan seks sebab air tidak lepas (so bagus sgt2 ambil zinc supaya suami sentiasa bersama dgn anda)

Alfalfa – membantu masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

GLA - membantu mengawal atur haid dan hormon kesuburan

CoQ10 - membekalkan tenaga, meningkatkan ketahanan tenaga batin ketika bersama terutamanya bagi suami yang merokok!

Banyak tak ?
Memang banyak - tapi itu tak bermakna kena ambil semua..
Ia kena ikut keadaan setiap orang - so jangan tunggu lagi..

:)


Jom dapatkannya sekarang dengan HARGA ISTIMEWA + JADUAL PEMAKANAN dan KONSULTASI PERCUMA..

Pm atau inbox ;
https://www.facebook.com/messages/shakleewardrobe

Berminat / Segala pertanyaan ;
013 2558600 (wassap/mesej)

Shaklee Independent Distributor
Nor Nadia Syakila Jamal
No id - 1028241

Kredit info :AinulDuha


Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign