Followers

19 March 2014

Tanggungjawab Suami & Isteri Muslim






Dulu selalu tertanya-tanya apa perasaan seorang isteri..
Nah ! Allah bagi rasa perasaan itu..
Perasaan yang bercampur baur ini bukan datang sendiri..
Ada amanah dan tanggungjawab yang tergalas di bahu..

Tak mudah sayang..
Ambillah masa mu - galilah sedalam mana ilmu rumahtangga Muslim yang kamu mampu..

Ini ada perkongsian sikit..
Buat kita bersama ~~

Notakaki : Mood jiwang hari ini..
Okeh ! Nak tengok gambau kawiiinnn...

Baii !

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

18 March 2014

Kisah Ayah..

Assalammualaikum & Hello..
Selamat malam - moga kalian dalam keadaan baik2 sahaja..
Malam ni, Nadia nak ambil feeling - tangkap cinta untuk bercerita tentang seseorang yang Nadia gelar seorang AYAH

Nadia pasti semua orang tahu dan mengerti makna seorang ayah itu..
Mungkin definisi ayah untuk setiap orang tu berbeza - sama mungkin tak serupa..
Bagi Nadia sendiri - ayah itu adalah orang yang melindungi dan menyayangi..

Aku adalah anak manja ayah..
Puteri tunggal dan bongsu ayah..
Kalau korang tanya - dengan siapa lagi banyak aku kongsi cerita dan mengeluh sana sini - jawapannya AYAH
Masih.. Nadia masih rapat lagi dengan mak - cumanya dengan keadaan mak yang kurang sihat, Nadia lebih banyak berkongsi rasa serta pandangan dengan ayah..

Banyak ayah ajar tentang hidup ini..
Dari perkara akademik membawalah ke hal kerja2 rumah..
Semua Nadia tahu daripada ayah..

Eh ! Dah kenapa ko nak cerita dengan kitaorang ?
Takde apa..
Nadia saja - nak cerita betapa istimewanya ayah Nadia ni..
Umurnya sudah menjangkau 70++ tahun..
Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan usia dan kesihatan badan..

Kawan2,
Hargailah ayah kita yaa..
Bila dah bekerja - ada duit jangan sekali lupa..
Bantu dia - jangan bagi dia kerja kalau boleh..
Biarlah dia berehat..
Nadia pun sedang mencuba ni..

Doakan Nadia..

Untuk yang sudah kehilangan si ayah..
Jangan pernah lupa berdoa ya..
Dia selalu menantikan doa kalian..



Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

16 March 2014

Pelamin by Ezanabil Bridal, Melaka




Assalammualaikum :)
Hari ni - quick entry pasal persiapan Walimah Nadia okeh !
Pelamin by Ezanabil Bridal 

By the way, Kak Eza ni dia ada andaman jugak tau - tapi Nadia tak ambil sekali..
Nadia ambil pelamin je dengan dia, sebab apa ?
Ada sebab tertentu - hellooo.. bukan sebab tak baik ke apa tau..
Sebab dapat offer daripada kawan UIAM untuk dia solekkan..

Untuk solekan, baju pengantin (yang saiz aku ni susah la) memang tip top !
Nadia kenal kak Eza ni masa my bff Mija punya wedding ! Solek cantik - baju up to date - servis ?
Malas nak cakap ! Memang terbaik, korang boleh bincang apa yang korang nak - dia open..
Kak Eza lembut je orangnya..

Jadi - orang Melaka dan sekitar yang tercari2 di antara andaman terbaik Melaka?
Jom terjah butik Ezanabil Bridal dekat Pekan Telok Mas :)

Wassalam.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

15 March 2014

Carotomax : Kesihatan Mata & Mencegah Kanser


Perlindungan Sel-Sel dari Dalam
Setiap hari, sel-sel di dalam badan anda diserang oleh berjuta-juta radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan DNA. Apakah yang boleh membantu? Jawapannya ialah Anti oksida. Anti oksida merupakan nutrisi yang boleh melindungi sel-sel ini daripada radikal bebas, meningkatkan kesihatan sel secara menyeluruh dan menyediakan perlindungan untuk menentang kerosakan sel-sel.


Perlindungan Menyeluruh dan Berkesan
Perlindungan antioksida dapat ditingkatkan dengan pengambilan CarotoMax Shaklee. Shaklee mengambil perlindungan anti oksida yang terdapat pada buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman lain melalui cara pengasingan, penyaluran dan pembentukkan kerotin secara semulajadi. 

*CAROTOMAX menyalurkan lima daripada karotenoid penting yang dipilih daripada gabungan tumbuhan fitokimia. Anda tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja.

5 jenis karotenoid yang paling berkhasiat
  • Purata pengambilan karotenoid, lutein, lycopena dan beta-karotena adalah 8 mg setiap hari manakala CarotoMax pula dapat membekalkan lebih 13 mg daripada karotenoid yang paling berkhasiat.
  • Membantu mengekalkan kesihatan badan secara umumnya dalam jangkamasa panjang serta kesihatan mata, jantung, kulit, paru-paru, prostat dan serviks secara khasnya.
  • Menguatkan sistem imun*
  • Biasanya disimpan dalam organ-organ tubuh kerana ia bersifat larut dalam lemak.
  • Mengandungi ekstrak yang unik daripada tomato, ekstrak biji benih anggur, ekstrak brocoli bertunas, minyak jagung, minyak palma dan marigold.Dalam CarotoMax mengandungi karotenoid menyamai dengan

    Credit : Shaklee

Apa kandungan Carotomax ?


  • Beta Karotena Sama dengan 102 porsi Pisang
  • Lycopena sama dengan 714 porsi Aprikot
  • Lutein dan Zeaxanthin sama dengan 285 porsi pink grapefruitAlpha karoten sama dengan 89 porsi Raspberi
  • Alpha karoten sama dengan 89 porsi Raspberi

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 
Dapatkan konsultasi terbaik !
Shaklee Independent Distributor
Puan Nadia Syakila [1028241]
013 2558600 - msg/wassap
https://www.facebook.com/shakleewardrobe - FB Page


Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

10 March 2014

Apasal Tak Boleh Tidur Lepas Subuh ??



Assalammualaikum Warahamatullahiwabarakatuh !
Apa khabar teman2 yang disayangi ?
Nadia harap kalian sentiasa sihat walafiat dan diberkati Allah dunia dan akhirat..

Post hari ini lebih kepada untuk sharing / perkongsian bersama, nak reflek balik..
Jom muhasabah balik, macam mana prestasi kita di Subuh hari ?
Nak-nak bila time cuti ?

Allahu ! Moga Allah ampunkan dosaku..
Meh nak cerita, Nadia pun tak mudah nak stay up lepas Subuh..
Terlajak subuh atau subuh gajah ? KERAP !

Hari ni saja buat pencarian - kenapa kita tak boleh tidur lepas Subuh..
Jom kita kongsikan bersama..


TABIAT PEMALAS YANG PERLU DIUBAH
Cuba cek diri kita, mana 1 menjadi amalan seharian :

1. Bangun subuh lewat
2. Tidur selepas subuh
3. Melewatkan waktu subuh
4. Ala kadar je bangun subuh
5. Tak bangun pun solat subuh

Sahabat-sahabat, masih ingat lagikah? Di waktu zaman berhingus dulu? Ustaz yang mengajar subjek Pendidikan Islam selalu bertanya di dalam kelas,

“Siapa yang tak cukup solat 5 waktu semalam, sila berdiri”

Tanpa segan silu, secara berjemaahnya kita pun bangun sahabat. Dan bila ditanya, rata-rata yang tak cukup solat 5 waktu, adalah kerana tidak bangun subuh. Kenapa ya sahabat?

Dan kenapa dari kecil lagi, kita dididik sebegini? Diberi penekanan betapa pentingnya bangun subuh dan meraikan ke”subuh”an dengan cara tidak tidur semula seperti bebelan mak kita.

“Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti”
“Anak dara tak manis tidur banyak. Matahari terpacak atas kepala baru nak bangun”

JIKA MAHU BERMUHASABAH
Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, “Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.” Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Walaupun hakikatnya tiada dalil dan hadis-hadis soheh mengenai larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi tiada larangan tidur selepas subuh.

Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar :“Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang BERAQAL”.

Tetapi, kita sedar tak wahai sahabat?

Kenapa seharian hidup kita tidak bermaya dan tidak bersemangat? Kadangkala kita pernah menangis kerana tiada duit untuk bayar sesuatu yang penting, malah setiap hari kita pohon kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetapi seolah-olah tiada kesannya?

Kalau orang perempuan, bermacam-macam jenis pencuci muka dicubanya semata-mata nak “kulit bercahaya”. Kalau orang lelaki pula, kerisauan yang tak menentu, jadi bermacamlah “ubat kuat” yang dipakainya.

Kita nak ke isteri macam ini? Nak ke suami yang sebegini?Masing-masing menggeleng tersengih sendirian. Jika kita tak nak pasangan seperti sedemikan rupa, maka kitalah orang pertama dahulu yang kena berubah. Bukan nanti, tetapi sekarang.

MASA UNTUK BERUBAH
Maka untuk itu tidak ada alasan lagi untuk menyeru kepada PERUBAHAN.

Buat diri, pastikan masa yang terluang selepas subuh diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Jangan tidur terlalu lewat jika sayangkan waktu keemasan di kala subuh.

Buat ahli jemaah, sudahlah diri sibuk, hanya masa ini sahajalah waktu untuk belajar. Gunakan masa sebaiknya.

Buat suami, carilah rezeki. Jangan tidur.


“Kemudian setelah selesai solat, maka betebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). – Surah Al-Jumuah (Ayat 10)

Buat isteri, masaklah, kemas rumah dan sebagainya. Takkan hilang seri rumahtangga kalau kehidupan bermula sebelum terbit fajar. Mak mertua pun tak bising lagi.

“Pesanan terpenting untuk para imam dan bakal imam terutamanya untuk diri sendiri, biasakan diri jangan tidur lepas subuh dan jangan tinggal solat jemaah di masjid, nanti selepas kahwin boleh didik isteri, kalau tak dua-dua hanyut.”

Buat pelajar, kalau nak tips study smart ingat hadith ini “kalau tidur selepas subuh papa dan tidur selepas asar boleh jadi ‘gila’.” Jangan salah pilih waktu untuk belajar atau menghafal.”

Ibnul Qayyim pernah berkata, “Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.”

Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah bermalas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan bermalas-malasan pula.

Antara AKAL dan NAFSU. Pertarungan ini hanya dimenangi jika manusia bersandarkan IMAN. Jika tidak manusia sama sahaja seperti haiwan, tidak menggunakan akal dengan betul. Pembaziran masa adalah perkara yang sangat merugikan. Dan hanya syaitan yang suka pembaziran. Masa itu ibadah. Semoga Allah memberi kebijaksanaan dan kekuatan untuk kita sama-sama mengikut perintah-Nya.

Sedang Nabi melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :


“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Diriwayatkan al-Baihaqi)


Sumber: http://www.iluvislam.com/
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

8 March 2014

Rasa..

Tak senang meluahkan apa yang kita rasa dgn rasional..
Tanpa menghukum dan menuduh tak tentu hala..
Dengan intonasi terbuka dan tidak menyesakkan mereka yang bakal menerima..

Sungguh!
Aku ambil masa berbulan kot nak mencoretkan kata..
Moga baik-baik saja untuk dia, kerana semua itu untuk kebaikannya.


Notakaki : kerana bila benda yang diluah itu sudah terluah, ia menjadi hak mereka. Ada luahan yg tak mungkin dilupakan sampai bila-bila..





Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

5 March 2014

Shaklee : Ada status halal ke?

Assalammualaikum !
Apa khabar bloggers + readers?
Moga korang sihat dan dirahmati Allah SWT selalu tau..

Rasanya semua orang tahu Shaklee dan produknya kan?
Kalau korang tak tahu lagi dan nak tahu - boleh terus roger2 Nadia..
Eh ! Dunt worry - aku tak suruh korang beli barang terus..
Ok, gurau je sayang..

Mungkin pada mereka2 yang tahu ragu-ragu dengan status HALAL Shaklee..
Jangan pandang temeh ! Mencari kebenaran / status HALAL itu adalah fardhu tau..
Baiklah - jom rujuk HALAL CERT di bawah ini yang dikeluarkan oleh ISA..

choii ! bukan ISA tu lah.. ini Islamic Services of America..


Jom dapatkan kepastian / fakta yang lebih kukuh !
Korang rujuk sini terus tau Senarai badan Islam yang diiktiraf JAKIM
Cari info dan maklumat pasal ISA ni di mukasurat 19..

Akhir kata,
Siapa yang takut2 nak makan Shaklee atas faktor halal atau haram..
Silalah yakin !
Dan jangan lupa - PENGEDAR BEBAS SHAKLEE anda disini !

SID 1028241
Nor Nadia Syakila & Muhd Zanudin
013 2558600
SHAKLEE WARDROBE

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

3 March 2014

Baju Pengantin

Assalammualaikum !
Apa khabar ? Amboii.. excitednya dok klik - klik entri walimah Nadia ye?
Awak on the way ye? Barakallahulakuma !
Pada yang belum - berusaha dan berdoalah.. inshaAllah, moga Allah berikan yang terbaik untuk anda..

Entri kali ini Nadia nak share pasal baju pengantin..
Baiklah ! As all you know and knew yang Nadia ni comel kan..
Jadi, memang susahlah nak fit dengan baju sewa dan andaman kan..
Keputusan dibuat - kite tempah je la..
Actually, ada 3 pasang baju Nadia tempah cumanya rezeki tak menyebelahi kami..
Baju yang ke-3 belum sempat dapat pakai sampai sekarang sebab ada perkara kecemasan tertentu..
Takpelah, tak dok rejki laaa..

Persalinan Akad Nikah
  • Kain satin putih memang dah beli siap-siap untuk pengantin lelaki dan perempuan di Jakel Bukti Piatu Melaka - jadinya, Nadia kena pergi tempah je..
  • Sampin daripada Jakel Bukit Piatu Melaka jugak..
  • Baju pengantin lelaki adalah hasil jahitan dan sulaman daripada Maya Tailor , Melaka (berdekatan dengan Nagoya, Taman Chempaka)
  • Baju pengantin perempuan pulak adalah hasil jahitan dan sulaman / beads daripada Dyang Lovely Lace siap sekali dengan VEIL sedodon - kakak ni jahit memang cantik dan ikutlah korang nak yang macam mana dan yang pasti harga bergantung pada design tau !
  • Tudung pulak - memang Nadia beli sendiri kainnya kemudian jahit tepi je :)

Persalinan Majlis Resepsi
  • Masih beli kain siap-siap di Jakel - kali ni Nadia ambil pakej dengan lacenya sekali.. Bagi Nadia senang beli kain sekali ni sebabnya warna tak lari - itupun kalau nak pengantin lelaki pakai baju Melayu jugaklah ye..
  • Sampin pun beli tempat yang sama, memang aku borong ! Heh..
  • Untuk ketiga2 baju pengantin lelaki semua Nadia hantarkan di Maya Tailor - jahitan yang teliti dan servis baik - so kalau ada orang Melaka nak buat baju lelaki atau kot atau seluar bolehlah ye ke kedai beliau..
  • Baju Nadia ? Cantik tak ? Jahitan manik / beads di baju dan tudung adalah hasil daripada salah seorang kawan Nadia ni - memang dia ambil tempahan - search her at Safia Mazrab
  • Veil pulak adalah hasil my makeup artist punya jahitan.. cantik oke ! ada bunga 3d lagi.. 
Busan Pengapit AKA Bridesmaids
Cantik kan ? By the way - bridesmaids Nadia tak cukup seorang dalam gambar ini..
Baju-baju ini mereka tempah daripada sini - Anak Mami Shoppe
Kain , lace semua siap..
Harga berpatutan - terjah jangan tak terjah !

Hihi - penyudahnya ia terpulang kepada bajet dan citarasa korang..
Selain faktor takde saiz dan kecomelan Nadia ni , salah satu faktor lain Nadia buat baju sendiri yang simple ni sebab lepas ni 3 kali raya tak perlu tempah baju raya !!
Hahaha..

Ok fine, harap2 masih di saiz yang sama..
XOXO.

Wassalam !
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

1 March 2014

Tips memilih Kolagen

Assalammualaikum Warahamatullahiwabarakatuh !
Tak nak mengomel banyak-banyak..
Sejak akhir-akhir / sekarang ni - macam2 produk kolagen yang keluar kan..
Yang makan ada, yang minum ada, yang sapu ada..
Jangan lupa ! yang cucuk pun ada !

Jadi apa kata kita tengok sikit tips-tips untuk memilih kolagen yang baik..
Info Nadia petik daripada blog Kak Cery -- > yang diambil daripada sini

Jom cek !
  1. Lebih baik pilih dalam bentuk makanan (or cecair) berbanding yg kolagen yg disuntik. Ini utk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dlm tubuh badan
  2. Pilih size kolagen sekurang-kurangnya 1000 dalton dan ke bawah. Microfine size membantu penyerapan yang baik kerana size ini adalah paling optimum diserap oleh sel, maka setiap kolagen yang di ambil up to 100% diserap dan memberi efect lebih cepat.
  3. Pastikan setiap pemilihan kolagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelempaban yang berpanjangan.
  4. Pastikan kolagen mempunyai antioksidaan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan
  5. Pastikan supplemen itu mempunyai elemen vitamin B-Complex untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri
  6. Kolagen juga penting utk kekal cantik tapi pastikan ia ada kandungan glucosamine utk kesihatan sendi. (bonus point)
  7. Pastilkan setiap kolagen itu mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin.
  8. Last but not least, pastikan ia selamat dan tidak bertoxin

Wah ! Begitu panjang lebar kan..
Korang tahu tak Shaklee ada Collagen Powder jugak ?
Tak nak cakap dulu yang Collagen Powder Shaklee ni best..
Korang tengok dulu kandungan dan manfaatnya tau..

SCP bersumberkan sisik ikan merah (4000mg), size kolagennya yang sangat dan sangat kecil iaitu 1000 dalton (utk penyerapan unggul dan efek yg segera), dilengkapi dgn klinikal studi, dan yg bestnya ia diperbuat dari 7 ramuan khas yang sempurna.

Berikut secara ringkas fungsi2 setiap ramuan tersebut:


Kolagen ikan: Memberikan kesan elastin, mengekalkan kulit lebih anjal
Ekstrak kulit kerangan: mengandungi glukosamina sbg pelincir sendi, menghidrat mata, & melegakan ketidakselesaan mata
Lactobacillus acidophilus: Meningkatkan penyerapan kolagen
Ekstrak biji Camellia Japonica: Mengandungi acid oleik dan isoflavon. Membekalkan nutrisi dan penghidratan
Ekstrak Pfaffia: Merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon, dan meningkatkan tenaga batin. Meningkatkan prestasi dan tenaga,
Vitamin C: Menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas.
Vitamin B2,B6: membekalkan tenaga penting dalam proses pengeluaran kolagen didalam sel tubuh.

Info tambahan:
Tahukah anda SCP dilengkapi dgn asid hidraulik utk mengekalkan kelembapan kulit. 
1 gram asid ini boleh menahan sebanyak 6 Liter air.. so ia membekal air yang cukup !




Macam mana ? Rasa nak cuba ?
Ok - ini ada sedikit info ;

Harga Pasaran : RM 298.00
Boleh tahan mahal  ? Sebab ia terbaik !
Nanti Nadia kongsikan testimoni mereka2 yang sudah cuba dan dengan izinNya dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi..

Dapatkan konsultasi terbaik !
Shaklee Independent Distributor
Puan Nadia Syakila [1028241]
013 2558600 - msg/wassap
Shaklee Wardrobe - FB Page
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign