Followers

27 November 2014

Selamat Tinggal, Orang Negatif !

Assalammualaikum,
Selamat tengahari dan salam sayang.
Chewah! Memang saya sayang :)

Walaupun tak kenal dan tak bersua muka, anda tetap saudara seagama saya dan sebangsa saya yang selalu saya doakan.

Selamat Tinggal, Orang Negatif !
Haaa. faham ke faham ni?
Alkisahnya, saya terinspirasi dari post kakak saya, Atikah kat FB pagi ni.

Antara isi tersurat statusnya ialah, kita ni memang nak positif je, tapi bila jenjalan kat NEWSFEED kita di fb atau kat mana2 medan sosial - kebanyakkan friend2 kita tu asyik marah-marahlah, tak puas hati itu dan ini.

Agak-agak kita effek x?
Kita pun akan mula tak suka dan kita plak akan diselubungi dengan aura2 negatif tu. betul tak?

Naaahh.
Percayalah.
KITA MENARIK APA YANG KITA FIKIRKAN.

Fikirlah yang baik-baik.
Sangka yang baik-baik.
Bergaul dengan orang yg positif.

Antara figure yg kita dan kalian boleh follow macam kokping aka Fynn Jamal, yang mana tak pernah putus asa pon dalam hidup dia..
Siapa2 lah sama ada femes atau tak.

Dan macam mana nak buat dengan orang negatip ni?

UNFRIEND / UNFOLLOW

kalau tak sampai hati unfriend, unfollow sudah :)

Dan yang paling penting,
mulakan dengan diri sendiri.
Post yg best dan seronok je.
Kita bukan nak menayang, but we want to spread the positive aura !

Until here..

## Boleh jugak add friend dan follow saya di fb / ig ya ! inshaAllah.
STAY POSITIVE !

Wassalam.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

24 November 2014

Set Kesuburan Shaklee
















Assalammualaikum,
Selamat Malam semua..
Semoga kalian semua sihat - sihat saja.
Ok, baiklah.

Post kali ni nak cerita pasal produk Shaklee.
As a respons, dari entry Nadia yang lepas - ada kawan2 nak tahu mengenai cadangan
set kesuburan untuk suami dan isteri.

Here we go.
Cuba tengok diatas tu, banyak bukan.
Ianya adalah SET LENGKAP untuk suami dan isteri..
Bukan untuk sorang je tau.

♥ Suami dan Isteri - ESP + Vita Lea + Vita C + B-Complex + Vita E Complex
♥ Suami sahaja - Zinc Complex
♥ Isteri sahaja - GLA Complex + Alfafa Complex

-------------------------------

Jom kita tengok fungsi setiap vitamin tu.

VITA LEA
Mengandungi 28 vitamin dan multimineral yg membekalkan nutrisi ysng cukup.

B COMPLEX
Mengandungi asid folik yg diperlukan di awal kehamilan. Vitamin B yg lengkap. Mengelakkan stress. Menukarkan makanan kepada tenaga.

SR VITA C
Berfungsi untuk meningkatkan imun/pertahanan badan. Pemulihan dan pembinaan sel.

ESP
Mengandungi 9 asid amino. Memudahkan proses persenyawaan dan perlekatan telur. Membentuk tisu rahim yg sihat. Membentuk ovum yg sihat.

VITA E COMPLEX
Terkenal sebagai vitamin cinta kerana dpt meningkatkan keyakinan dan tenaga. Ereksi lebih lama. Libido yg kuat.

ZINC COMPLEX
Merupakan zat penting dalam pembentukan hormon testosteron. Membantu mengekalkan jumlah air mani, membekalkan tenaga. Menghasilkan sperma yg sihat.

GLA COMPLEX
Khas untuk wanita, mengatasi masalah haid tidak teratur. Membantu dalam penghasilan cecair serviks yg subur dan berkualiti  Menstabilkan hormon.

ALFAFA COMPLEX
Membantu masalah PCOS. Membantu mengatasi keputihan. Bertindak sebagai jamu serapat dalam diri wanita utk kehidupan suami dan isteri.


Macam mana?
Jelas?

Kita usaha,
Allah yang tentukan bila masanya si kecil itu ada dalam rahim mama dia 

Untuk apa2 pertanyaan,
boleh roger Nadia terus tau !

013 2558600

Terima kasih.


Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

23 November 2014

Fynn Jamal - Biar

Untuk video KLIK SINI

---------------

Lirik Lagu Biar – Fynn Jamal

Mata tua yang memandang aku itu
Bundar
Pudar

Dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
Katanya, “biar”.

Wahai ayahanda
Berhentilah walau sebentar
Dan renungkan mataku yang melaut
Khabarkan yang jujur dan ujar
Apa menyerabut?

Wahai ayahanda
Bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
Akukan lemahmu
Perikan penatmu
Kisahkan jerihmu
Aku mahu tahu

Mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu
Harum
Senyum

Dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
Katanya lagi, “biar”

Wahai ayahanda
Bisikkanlah walau sekali
Izinkan aku menumpangkan bahu
Berikan aku seperca dari beban kamu

Wahai ayahanda
Lihatkanlah aku
Berlari kini
Melompat tinggi
Setiapnya kerna kau tak pernah pergi

Ah, apa masih ingat lagi
Aku suka lari-lari?
Kau bagaikan tak peduli
Ku biar kau patah hati

Ah, apa masih tidak lupa
Tengking jerit sama-sama?
Makan tak mahu semeja
Sahabat lebih berharga

Ah, apa mampu kau sudikan
Ampun maaf ku sujudkan?
Bisa tidak kau teruskan
Ku sesat kau tunjuk jalan?

Ah, apa layak aku bagi?
Tak terbalas sampai mati
Kau sungguh yang paling tinggi
Istanamu syurga nanti

-------------

Untuk mereka yang bergelar ayah.
Allahu,
Nadia ada 3 orang ayah.

Ayah kandung, ayah angkat dan ayah mertua.

Meski ada daripada mereka yang nadia bersamanya cukup singkat.
Tetapi merekalah keramat.

2 keramat ku telah pulang.
Tinggal seorang lagi :')

Moga Allah mudahkan segala urusan mereka. InshaAllah.

Wassalam.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

22 November 2014

Review Buku : Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit

Assalammualaikum,
Selamat pagi.
Senyummmmmmmm tau.

Please.
Even tengah duduk seorang diri menghadap pc.

Hari ni Nadia nak review buku sikit.
Buku ini, keluaran PTS.
Karya Dr Adi Hashman.

Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit (2012)

Nadia masih belum habiskan buku ni,
baru tiba di bab pemakanan. Bab 2.

Tapi Nadia sangat2 highly recomended buku ini kepada kalian.
Yang mana terasa diri itu kurang aktif, kerap sihat dan sebagai mananya.
Orang yang cergas pun, you must read this.

Dalam setiap perbuatan solat dan wudu' ada hikmah dan kebaikannya dari sudut saintifik.
Sangat mengagumkan !
Subhanallah.

Contohnya,
apa kelebihan Takbiratul Ikram pada paru-paru, rukuk pada sistem perkumuhan, sujud pada otak.

Lain pulak hal, dengan kaifiat membasuh hidung (istinsyaq), membasuh muka dan sebagainya.

InshaAllah.
Nadia terfikir juga akan share benda2 yang penting untuk dikongsikan bersama.

Dan untuk mereka yang tertarik dgn buku ni, dapatkanlah sekarang.

#projekistericomel
Isteri2 wajib dapatkan buku ini.
Untuk mendidik anak2.
Haaaa. kena jugak suruh suami baca ya.......

Semoga bermanfaat untuk kalian.
Wassalam.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

21 November 2014

Punca Wanita Tidak Subur

Assalammualaikum,
Apa khabar warga Dunia.
Semoga dalam keadaan sihat dan ceria.

Salam Jumaat yang berkat,
Dah berKahfi? Cuba habis ataupun cuba biasakan membacanya pada setiap hari Jumaat ok..

Baiklah,
Hari ni Nadia nak share pasal info PUNCA WANITA TIDAK SUBUR.

Nadia memang kena ambil tahu sebabnya - Nadia mesti ada banyak info untuk bantu orang lain dengan set kesuburan Shaklee khas untuk si suami dan isteri.

Dan Nadia kena tahu juga untuk diri sendiri dan suami. Kami juga sedang berusaha :)

Jangan buang masa, jom check !

Ovulasi
Mengungguli senarai faktor kenapa wanita tidak subur adalah tiadanya ovulasi atau kekurangan ovulasi. Dalam erti yang mudah – pengeluaran telur daripada ovari adalah rendah atau tiada langsung. Penyebab biasa masalah ini ialah, PCOS atau penyakit polisistik ovari.

Berat badan
Wanita yang terlalu berat atau terlalu kurus juga dikenalpasti sebagai faktor sukar hamil. Jadi langkah terbaik adalah dengan mendapatkan berat badan unggul.

Usia
Umur sekitar  35 tahun ke atas adalah masa yang dianggap sebagai berkurangnyakesuburan wanita secara alamai. Hamil selepas 45 tahun adalah amat jarang berlaku walaupun tidaklah mustahil.

Masalah Di Tiub Fallopia
Ketidakbolehan tiub falopia membawa telur ke ke uterus daripada ovari juga menjadi punca. Mungkin sisebabkan tisu berparut atau jangkitan terdahulu atau endometrisis.

Masalah- Masalah Lain
Ini termasuklah pertumbuhan fibroid, tumor, masalah serviks dan bentuk uterine tidak tetap. Walaubagaimanapun, masalah-masalah ini agak jarang terjadi kepada wanita normal.

--------------------

Jelas tak? Jadi macam mana kita nak tahu?

Saranan Nadia is bincang dgn suami dan dapatkan kepastian drpd pakar2 kesihatan.

Contohnya mcm Nadia ada masalah berat badan, dan usahanya skrg ialah untuk mencampakkan isi2 lebihan ni. heeee.

Tapi Nadia dgn suami dah bincang juga, selepas 1 tahun setengah perkahwinan - jika belum ada lg si khalifah kecil di perut mamanya , kami akan mendapatkan khidmat pakar. Bukan saya je tetapi dgn suami sekali...

Nahhh..
Pakat elok2 ya !

Wassalam.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

20 November 2014

Officially W.A.H.W

Assalammualaikum,
Selamat malam kawan blogger dan kawan pembaca :)

Semoga kalian dalam keadaan ceria dan tersenyum. Yang cuti esok, apa rancangan? Yang masih berkerja, selamat menunaikan tugas !

Nak mengomel malam la pulak.
Asyik siang je kan. Lepas ni baru pergi berblog walking ke teratak2 berdekatan, cepat tinggalkan jejak dan komen ya !

OFFICIALLY W.A.H.W @ W.A.H.M
Alhamdulillah, lepas je melepaskan jawatan sebagai Pegawai Tadbir pada bulan lepas (Oktober) Nadia dengan rasminya bergelar working at home wife bersama SHAKLEE. Belum ada rezeki lagi nak gunakan mother, tolong doakan ye.

2 minggu bergelar WAHW sangat indah dan menerujakan.

Seawal 5 pagi dah tercelik mata, bersilat di dapur untuk bekalan suami.
Kemas rumah, basuh baju benda biasa sebagai suri rumah lain.

Cuma as WAHW, Nadia ada kerja lain tau. Iyelah, dah namanya berpendapatan - haruslah kena kerja. Akulah BOSS Akulah KULINYA.

Seronok dalam penat.
Puas hati dalam tekanan yang sihat.

Ada masa untuk suami.
Ada masa untuk keluarga.
Ada masa.....

InshaAllah, selepas ini mendapat kebebasan keewangan pula.
Dari Melaka ke N.Sembilan ke Johor bila2 masa tiada masalah. Amin ya Allah.

TAK RASA RUGI KE?
Belajar tinggi tapi tak kerja..
Tak. Kenapa? Senang nak cerita, Allah dah atur baik2 perjalanan hidup Nadia ni. Nadia dah berpindah ke Batu Anam Segamat. Sebelum decide betul2 untuk berkerja dari rumah, semua pelusuk tempat Nadia apply kerja.
Temuduga pun dah pergi, tapi semua kerja setakat gajinya sampai kelulusan SPM sahaja.

Bukan merendahkan.
Tetapi kalau dengan berkerja dari rumah buat Shaklee ni dah melebihi gaji yang Nadia akan dapat, lebih baik Nadia duduk rumah. Betul tak?

As for study, InshaAllah.
Nadia akan praktikkan. Psikologi adalah ilmu yg cukup bermakna.
Dan boleh diguna pakai in real life. Dan Nadia akan guna.

SURI RUMAH IMPIAN KEBANYAKKAN WANITA
Betul tak? Rata2 nya begitukan. Lebih2 lagi bila ada anak2 yang memerlukan perhatian kita. Nah!! Ini ada peluang terbuka. Ambillah :)

Kalau ada yang berkata, susah berkerja sendiri dan sebagainya - adakah hidup ini segalanya mudah? Allah dah kata, sebelum senang pasti ada susahnya dulu - tak gitu?

Sungguhpun begitu, tak semestinya kena berhenti kerja dalam waktu masa yg singkat dan masa itulah nak terus kerja dari rumah tetapi bina empayar kita dari awal. Kalau bukan sekarang. Bila?

WAHW / WAHM is a SUPERWOMAN
Haha. bukan setakat suri rumah je, wanita yg berkerja dan dalam masa buat kerja rumah jugak adalah super woman. Tapi lagi best kan kalau boleh kerja dari rumah?

------------------

Doakan moga Allah mudahkan segalanya untuk Nadia dan suami ya.
Dan dikurniakan anak yg soleh dan solehah.

#JUTAWANMUSLIMAH IN MAKING

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Spontaneous Thursday : Follower VS Reader

Assalammualaikum,
Selamat pagi Khamis yang indah!
Pagi ni nak mengomel entri yang santai sungguhpun isu ni macam agak berat...

Rakan blogger,
Antara follower dan reader mana yang korang rasa lg memberi impak dalam blog korang?

Follower ramai?
Atau reader ramai?
Atau yang terbaru, tukang share ramai?

Nadia pernah kupas isu ni di blog lama.
Ingat lagi, masa tu nama blog - Blog Si Pengembara.. Heeee.

Zaman remaja dulu la.
Tapi wallahualam, page tu hilang dari dashboard. Memang tak boleh cover ke apa, semua tak boleh.
Tapi itu tak bermakna Nadia berhenti, setup a new blog ! Tadaaaaaa.

Back to isu, kalau #20cent Nadia, lg penting reader. Follow tak semestinya baca, betul tak?

Atau pendapat korang, cane?
Jom meraikan pendapat.

Continue kan lah ye..........

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

19 November 2014

Si Mah, Suami Curang dan Projek Isteri

Assalammualaikum,
Selamat petang dunia blogger.
Hola Holi si hensem dan cantik!
Hari ni, nak membebel pasal Si Mah , Suami Curang dan Projek Isteri Comel..

Panjang benar tajuk entri ye.
Jadinya, mesti ramai yang dah tahu pasal kisah si Mah dan suaminya kan.
Dan siap la ni, ada surat balasan pulak dari si Mah.

Memang suaminya tu memanggggg ....................................
-sambung sendiri-

Tapi Alhamdulillah, si Mah dah join Shaklee dan ambil set slimming dam set kulit cantik macam Zulaikha.

Ayoyo....mesti dalam fikiran tu kata, apalah yang si Nadia ni merepekkan.
Kalau tak faham, refer GOOGLE kisah :
1) Mah dan suami curang
2) Surat balasan Mah

----------------------

Habis cerita Mah, sambung cerita Nadia. Saya sama sekali tidak menyebelahi suaminya, sungguhpun begitu dgn viralnya kisah Mah ni. Ia sedikit sebanyak memberi pengajaran pada saya yg bergelar isteri untuk cakna dengan penampilan diri. Bukan setakat luaran dalaman zahir batin malahan rohaninya juga :)

Dengan itu, lepas fikir2.
Bersama dengan seorang kawan, kami akan menjalankan #projekistericomel dari masa ke semasa dgn bermisikan isteri solehah, sihat dan cantik.

Nothing special, cumanya kami akan kongsikan segala tips dan isunya di blog Nadia Syakila dan instagram @nz_venture - yang mana baik, ambillah dan sebarkan lah pada yg lain.

Dan jikalau anda berminat mengikuti projek kami, follow kami di blog dan IG sekarang. Dan  segala pencarian boleh menggunakan #projekistericomel

Doakan kami berjayaaaaa!
Wassalammm.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

17 November 2014

Petua kulit cantik dan sihat !

Assalammualaikum,
Selamat hari Isnin.. Jangan diblueskan, tapi diawesomekan ok!
Kita yang buat hari kita ni ceria, bukan orang lain :)

Senyummmm..

Baiklah, kulit cantik, putih, glowing berseri menjadi idaman setiap insan. Betul tak? Perempuan dah tentu, tetapi lelaki pun nak jugak. Betul tak?

[MACAM-MACAM PRODUK]
Sekarang ni, bukak je Facebook ke apa. Macam2 produk yang ada.
Baik yang sapu tenyeh dan kunyah telan. Semua ada.

Tapi Nadia still nak cadangkan SHAKLEE set kecantikan dan kesihatan kulit ni.

[SEBAB]
Yang (1) sebab ianya HALALAN TOYYIBAN dan MENDAPAT KELULUSAN KKM.

Yang (2) ianya SEMULAJADI, kalau ada soalan semulajadi sangat ke?
Nanti Nadia kupas kat entri lain

Yang (3) Ia bukan setakat merawat kulit dr luar tapi dalaman, bukan saja setakat rawat kulit muka tapi semuaanyaaaaa

Yang (4) Ia sangat2 berbaloi. Beli 1 set, untuk 4 bulan terus pada kadar hargs yang anda mampu milik.

Amacam? Eager to know more.
Tada ~~~~

------------------

Set Kecantikan dan Kesihatan Kulit mengandungi 4 vitamin penting iaitu -
1) Vita E Complex
2) Bcomplex
3) Vita C
4) ESP

Secara ringkas, VITA E COMPLEX melambatkan penuaan, membaiki parut, mengurangkan kedutan, memulihkan tekstur kulit.

Manakala B COMPLEX melembapkan, menglowingkan kulit, melancarkan peredaran darah, naikkan seri wajah dan anti- stress.

VITA C membentuk kolagen secara semulajadi, menganjalkan kulit, dan mencerahkan kulit.

Dan ESP yang femes adalah utk meransang pembentukan otot  dan membaik pulih sel / tisu rosak.

Wah. wah. wah!
Best kan.
Dahlah berbaloi.
Mungkin sebelum ni dah putus asa nak cuba apa2 produk jadinya, kena try Shaklee dulu.
Mana tahu kan?

Boleh roger saya laju2 tau!
Konsultasi percuma :)

Pengedar Sah Shaklee
Nadia Syakila
1028241
013 2558600

Wassalamm.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

15 November 2014

Tips minum air yang mencukupi

[TIPS MINUM AIR]

Seperti yang semua orang maklum, nak cantik, nak sihat dan nak #kurus - kita wajib minum air masak / jarang dgn banyak sekurang2nya 11 gelas sehari.

Dalam pendapat lain pulak, keperluan air perlu mengikut berat kita. 25kg = 1 liter..

Cuba kira berat anda dan berapa liter air yg anda perlukan setiap hari?

Saya lebih kurang 4 liter.
Shhh.. jgn kira2 plak. heee.

Utk org yg mmg suka minum air, xde masalah. Macam mana pulak dgn org yg kurang gemar?

There is a tips 4 you from #athirah -
1) Pilih 1 cawan/gelas/botol air peberet anda
2) Sukat berapa isipadunya
3) Bahagikan jumlah keperluan air anda dengan isipadu cawan kesukaan anda
4) Dan anda akan dpt jawapan berapa cawan ai yg perlu anda minum dr gelas peberet anda!!

** Here is my feberet botol.
500ml x 8 times = 4000 / 4l
So, I akan make sure setiap hari 8 botol ni.
Baru terasa mcm eh.. sikitnyaaaaaa...

Sekiaaan.
#cabarankurus90hari #bersamaathirah #tipskurus

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

14 November 2014

Gaji di tengah bulan..

Assalammualaikum,

Selamat petang bloggers & readers :)
Sekejap je dah hari Jumaat.
Jadi apa pelan kalian hujung minggu ni? Majlis kenduri kendara walimah dah bermula ke?

Apapun2 pelan kalian, semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah.
Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Hari ni saya nak kongsi je berita gembira, semoga ia membawa cas-cas gembira juga pada kalian.

Alhamdulillah, setiap 14 hb adalah PAYDAY BONUS SHAKLEE.
Dah setahun dah saya bersama Shaklee, memang tak pernah miss.
Di tengah2 bulan macam ni, bonus Shaklee sangat membantu.

Almaklumlah, contoh mcm suami Nadia kerja kerajaan, ibarat la macam lumrah org makan gaji tengah bulan biasanya kering. Tak gitu?

Dengan bonus Shaklee, dapatlah setelkan hutang, beli barang dapur dan topup2 keperluan lain.
Alhamdulillah.

Kali ni lebih bermakna, sebab saya dah betul-betul jadi working at home mother aka WAHM.

Menjadi suri rumah dan suri di hati suami sambil membantu keluarga.
Syukur sangat2 pada Allah sebab kenalkan saya dengan Shaklee..

Sangat lain!
Doakan Nadia moga terus sukses ya!

Wassalam.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

13 November 2014

Demam Panas

Assalammualaikum,

Salam sejahtera !
Apa kabau rakan blogger?
Sihat tak rakan pembaca?

Nak menyampaikan berita ni.
Nadia minta maaf sangat2 sebab tak dapat nak blogwalking dengan effektif for dis whole week.

My baby Lenovo kena demam panas.
Bukak sekejap panas.
Orang kata sebab fan kot.
Jadi, kena hantar dia ke hospital.

Neno. Neno. Neno.

Kena hantar jgk, penting sebab nak guna untuk ~ tolong orang jadi sihat dan kaya aka Shaklee empire ku ~

Tapi , masih..
Nadia akan blogwalking dan komen di blog kaliaaaaaan.

Doakan my baby Lenovo sihat semula !
Thank you. babai !

Jangan lupa ADD FRIEND di Facebook.
Dan FOLLOW di Instagram.

Wassalam..

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

12 November 2014

Projek Subuh

Assalammualaikum,

Salam Sejahtera dan Selamat Petang.
Hai. Hai. Helo. Helo.
Kepada rakan blogger dan sidang pembaca. Macam mana? Seronok tak blog saya ni? Mungkin tak seronok mana la kot, tapi jangan risau. Akan saya seronok-seronokkan.

Feel free to share anything yang mana bermanfaat untuk semua.
Yang jiwang-jiwang tu, cukuplah sekadar mencuit hati kalian ye.

-----------------

Baiklah, fokus!
Hari ni saya nak kongsi berkenaan rahsia yang terbuka.
Masih lagi rahsia.

Rahsia menjemput rezeki.
Tips membuka pintu rezeki.
Keluarga Shaklee kami berkongsi tips ni, untuk saya pun masih baru.
Benda yang baik, tak salah jika kita follow, betul ke betul?

[PROJEK SUBUH - SEDEKAH SUBUH]

Daripada seorang yang budiman ;

Sememangnya kita hidup ini penuh dengan dugaan, dan banyak perkara yang menjadikan kita stress. Masalah kewangan, kerja dan sebagainya.

Saya ingin sekali berkongsi pengalaman agar dapat menjadi salah satu jalan keluar bagi sahabat-sahabat semua.

Sedekah Subuh

Perkara ini telah lama (hampir 10 tahun lamanya), cuma baru-baru ini sahaja saya berani berkongsi dengan sahabat kerana sebaiknya amalan disembunyikan.

Namun kerana ingin menjadikan perkara ini amal jariah kami, maka saya mewar-warkan di sini.

Saya terbaca satu hadis hampir 10 tahun lalu tentang, malaikat keluar bersama mentari pagi dan mendoakan mereka yang bersedekah dengan limpahan rezeki dan mendoakan orang yang tidak bersedekah dengan ancaman kemusnahan harta benda dan laknat.

Sangat menakutkan ketika saya membaca tulisan tersebut, terus saya memulakan sedekah subuh keesokkannya.

Oleh kerana zaman yang menuntut segala-galanya hendak pantas, maka sukar bagi kita yang bekerja hendak mencari fakir miskin atau anak yatim pada subuh-subuh hari sebagaimana Zainal Abidin (Sydina Ali) melaksanakannya di Madinah.

Oleh itu, setiap pagi saya memasukkan wang ke dalam sebuah bekas kuih sebaik sahaja sudah solat subuh, dan apabila sampai masa 30 hari atau 40 hari saya akan serahkan kepada kakak saya untuk memasak sarapan pagi untuk diberi kepada anak yatim dan fakir miskin setiap hari. kami memberi makan hampir 30-40 orang fakir miskin sarapan pagi setiap hari sejak 10 tahun yang lalu dan kami telah menemui pelbagai PERISTIWA AJAIB yang tidak mampu saya ceritakan di sini.

Sejak 4-5 bulan yang lalu saya telah mula menyebarkan amalan ini, dan pada hari Rabu lepas semasa saya di Kuching saya telah memberitahu rakan-rakan ketika makan malam, dan salah seorang dari mereka "pick up" apa yang saya katakan.
pada hari Jumaat, dia sibuk mencari saya di pejabat, kerana ingin mengucapkan terima kasih, kerana baru sahaja sekali dia melakukan sedekah subuh ini dia sudah dianugerahkan rezeki, iaitu menantunya mendapat pekerjaan.

tadi dia bercerita lagi, claim kerja luarnya sudah diperoleh sedangkan pada kebiasaanya claim akan mengambil masa satu tahun baru dibayar.

Seorang lagi sahabat menyatakan, "apa yang aku tidak mintak pun dapat, sampai perkara yang aku fikir tak logik pun aku dapat" itulah kata-katanya...

Seorang sahabat lain, mempunyai anak istimewa, dan anaknya kini sudah boleh bercakap....memanggil namanya IBU...setelah 5 tahun tidak mampu berkata-kata.

Seorang sahabat lagi berkata, dia berasa sangat tenang, walaupun ada banyak masalah, tuntutan kerja dan sebagainya...tenang setenang-tenangnya. Ini adalah kali ke-10 dia memberikan sedekah selama hampir setahun.

CARANYA?...Mudah sekali...

Pilihlah WAKTU yang paling AFDHAL....iaitu SELEPAS SUBUH DAN SEBELUM SYURUK..dan masukkanlah tak kira berapa sen/rm ke dalam tabung sedekah subuh itu, semasa hendak memasukkan wang itu berniatlah apa sahaja niat yang baik-baik untuk anda dan keluarga....dan masukkan ke dalam tabung itu sehingga genap sebulan, agihkanlah kepada mana-mana orang/badan yang memerlukan dan teruskan amalan itu seperti biasa. Bagi kumpulan saya, kami menyediakan sarapan pagi untuk anak yatim dan fakir miskin.

Setiap ahli dalam rumah perlu mempunyai tabung sedekah subuh mereka sendiri, walaupun anak itu berusia 6 bulan...

Seperkara lagi sekiranya kita out station,tetapi diteruskan dengan memasukkan duit sedekah subuh itu ke dalam wallet kecil atau sampulB surat duit raya setiap subuh, selepas balik dari out station pindahkan duit dalam sampul duit raya tadi ke dalam tabung sedekah subuh kita...

So..Jom la sama2 kita berzzam utk mula Istiqamahkannya.

----------------

Simple bukan?
Tetapi siapa tahu dengan amalan inilah membuka 1001 rezeki kita di dunia dan akhirat.
Jom buat !

* Gambar adalah contoh tabung subuh keluarga Shaklee saya, recycle je kotak Shaklee. hehehe.

Doakan saya ye.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

11 November 2014

Bulan Minyak Ikan AKA Omega Guard Shaklee

Assalammualaikum,

Selamat pagi kawan bloggers dan pembaca yang cantik dan hensem belaka.
Apa plan hari ni? Lepas kerja nanti nak pergi makan dengan kawan ke?
Apa-pun plan kalian, harap semuanya di permudahkan oleh Allah.

Baiklah, sempena bulan minyak Ikan ! Hahah, suka hati Nadia je kan bagi nama.
Mana taknya, bulan ni promosi besar-besaran Omega Guard Shaklee lah !
Kalau kalian tercari-caro minyak ikan terbaik di Malaysia malahan dunia, haaa..
Kalian WAJIB BACA ENTRI ni sampai habis !

MINYAK IKAN TERBAIK DI DUNIA
Kenapa Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan terbaik di dunia? Dah cuba, dah rasa, dah merasai kebaikan dan dah jatuh cinta baru tau bahawa Omega Guard Shaklee ni sememangnya yang terbaik di dunia!

Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis lemak Omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 1000mg asid-lemak omega-3 EPA dan DHA.
Mengapa Shaklee Omega Guard?
Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk seperti sardin, mackerel, herring, dan anchovies di perairan negara Jepun. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat daripada ketumpatan minyak hati ikan. Lakukan pilihan bijak! Omega-3 atau lemak ikan?

------------------------------------------------------

LAUTAN TERCEMAR!
Kebanyakan industri kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan. Kaedah ini memusnahkan sesetengan nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan!


Pencemaran di lautan yang kita tak pernah tahu dan ambil peduli
TAHUKAH ANDA?
Shaklee menggunakan kaedah ultrtulen bergred farmaseutikal teknologi terkini. Ia dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemakomega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi. Cara ini dapat menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, kadmium, merkuru, arsenik, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl) yang merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik.

SIAPA YANG PERLUKAN OMEGA GUARD?

Anda termasuk dalam golongan diatas ke?
Haaaa.. kalau termasuk, lagi laaa SANGAT WAJIB KENA BELI TAU !!
Oklah, kalau kalian nak lagi lebih banyak info, Nadia ada kongsikan disini.
... SINI ... 

Apapun, sila cepat roger Nadia untuk dapatkan PROMOSI OMEGA GUARD NOVEMBER NI.
Hanya di NOVEMBER 2014, habis je 11.59 30/11/2014 - habislah promosi berganda !!

Nadia Syakila
Pengedar Sah Shaklee
No id : 1028241
013 2558600

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

9 November 2014

Kereta Idaman - Toyota Vellfire

Assalammualaikum,

Apa khabar rakan bloger dan pembaca sekalian,
Selamat malam dan selamat bermonday awesome bagi yang kerja esok.
Jangan masam-masamkan muka anda, senyum tau.

Baiklah, hari ni saya nak kongsi dengan anda tentang kereta idaman saya.
Sebenarnya, sebelum ni, saya memang tiada pasang impian pun nak pakai kereta apa.
Ada Wira kesayangan tu pun dah rasa cukup baik, dan kalau nak yang lebih baik sikit pun mungkin Myvi ataupun Avanza bila keluarga membesar.

Nak dijadikan cerita, titik bermula apabila kita bersama dengan orang yang berimpian besar. Yelah, dah dikelilingi orang yang memang impian besar, matlamat besar. Walaupun badannya maintain, ia sikit sebanyak akan mempengaruhi kita.

Siapa lagi kalau bukan keluarga Shaklee saya kan.
Abaikan pasal tu dulu, nanti kalian teruja pulak ;)
Berbalik kepada kereta idaman, saya tidak tahu apa spefikasinya.
Yang satu ianya berharga ratusan ribu dan cantik - dari pandangan mata saya lah.


Warna : Hitam
No plat : NZ 9086
Mula beraksi : November 2015


Setahun daripada sekarang dengan menggunakan FULL SHAKLEE CAR BONUS !
Alhamdulillah, sekarang masih dalam fasa mengumpul - kena kumpul biar besar lagi.
Baru best !

Tolong doakan saya ye.
Saya harap dengan kereta ni saya dan pusing semenanjung Malaysia bantu kawan-kawan yang ingin dibantu dan anak-anak Shaklee saya.

Kita mampu, kita mampu bermimpi dan menjadikan ia kenyataan, inshaAllah.

Notakaki :
Apa kereta idaman anda?

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Apa itu Kolesterol?


Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

Kolesterol Jahat, Kolesterol Baik

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

Bagaimana Serangan Jantung Boleh Berlaku?

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Partikel kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh partikel kolesterol LDL.

------------------------------------------------------

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

7 November 2014

Jumaat yang Malang bagi Islam di Malaysia ?

Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh,
Lama tak jumpa teman-teman, banyak nak share ni.
Tapi nak kena share benda ni, BETUL ke cerita ni?

Terkezut terbaca..
Sumber yang saya dapat dari sini > sini













HARI JUMAAT yang berkat ini dicemari satu insiden yang memalukan umat Islam dan syariat Islam keseluruhannya. Mengejutkan apabila keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan lelaki Islam berpakaian wanita sekaligus Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah terbatal dengan alasan bercanggah dengan perlembagaan negara.

Lebih malang lagi apabila tiga Hakim yang menghakimi perbicaraan rayuan tersebut terdiri DUA orang hakim Melayu Islam. Apakah pertimbangan hakim beragama Islam ini hingga boleh memalukan umat Islam dan syariat Allah S.W.T.

Hari ini kemenangan besar bagi kaum yang dilaknati Allah di negara ini. Ini bukan kes terpencil tetapi "a new beggining and never ends" bagi mereka. Tidak mustahil akan ada lagi tuntutan-tuntutan kaum yang dilaknati Allah ini akan membawa kes hak asasi dan kebebasan berkaitan kaum songsang init. 

Benarlah kata orang, yang meruntuhkan Islam itu bukanlah golongan kafir tetapi penganutnya sendiri. Semoga Allah memberkati dan melindungi anak-anak keluarga Islam dan bumi Malaysia yang tercinta ini.


Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menyampaikan keputusan yang mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai terbatal.

Keputusan berkenaan secara tidak langsung mengiktiraf hak golongan transgender yang mengalami disforia gender dan berpakaian serta berkelakuan seperti wanita.

Keputusan berkenaan disambut dengan gembira oleh para penyokong dan kumpulan transgender yang hadir di mahkamah hari ini.

Kes berkenaan difailkan oleh Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani,  28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, pada 2 Februari 20122, untuk mencabar kesahakan peruntukan terbabit.

Mengikut Seksyen 66, mereka boleh dihukum penjara maksimum enam bulan penjara dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Syariah.

Mereka menamakan kerajaan negeri Negeri Sembilan, pengarah jabatan agama Islam negeri, pengarah penguatkuasa syariah dan ketua pendakwaan sebagai responden.

Mereka turut memohon perintah mahkamah untuk menghalang penahan dan pendakwaan ke atas mereka.

Makhamah Tinggi Seremban yang menolak permohonan tiga individu berkenaan memutuskan bahawa agar hak tersebut diketepikan kerana mereka dilahirkan sebagai lelaki Islam dan perlu mengikut undang-undang dan ajaran agama.

Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan hari ini turut dianggotai Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Lim Yee Lan- Malaysiakini

-------------------------------------------------------------------------------

Sesiapa ada info ? Boleh tolong RECONFIRM ?
Sangat merisaukan.

Wassalam.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

6 November 2014

Projek Radio Hot.Fm - Iman

Assalammualaikum ! 
Good morning people, salam Jumaat yang berkat.
Okey then, hari ni entry khas - entry promosi.

Siapa kat sini sokmo dengar HOT.FM ?
Kalau korang selalu dengar, mesti korang tahu kan tentang #projekradio yang sedang berlangsung sekarang? betul tak?

Kalau tak tahu lagi, lepas baca entry ni WAJIB tahu dan WAJIB undi !
Dan, untuk pertama kalinya.. nak minta korang undi calon ni !
He is my friend at university, kenal macam-macam tu jugak la sebab orangnya ni peramah dan budak pantun uols ! Friendly !




Jom undi Iman ok.
Follow FB dia, Twitter dia dan IG dia.
Apepon, korang boleh tengok preview semua finalis di www.hot.fm.com.my

Thank you so much for your vote !

#notakaki
Macam Nadia pulak masuk ye. Takpe, teruja kot. 
Kawan dan kenal pulak tu, tak salahkan?
Haa.. undi cepat.

Wassalam.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign