Followers

25 December 2014

5 Cara Menjaga Rambut Untuk Wanita Bertudung






















Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Selamat petang.
Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Hari ni nadia nak share pasal penjagaan rambut khas untuk wanita bertudung !
Credit info kepada Aynora Nor blog !


Cara Menjaga Rambut Untuk Wanita Bertudung 


1. Antara cara penjagaan termasuk rambut haruslah dicuci secara teratur iaitu dicuci selang dua atau tiga hari sekali. Syampu yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan jenis rambut anda.

2. Selepas rambut dicuci, pastikan rambut anda dikeringkan dulu sebelum anda memakai tudung. Pemakaian tudung ketika rambut masih dalam keadaan basah akan menyebabkan rambut gagal bernafas dengan baik dan juga ia boleh mengakibatkan sakit kepala.

3. Memakai tudung menyebabkan rambut tertutup dan menimbulkan bau yang tidak enak kerana faktor kelembapannya. Oleh itu rawat rambut anda dengan ramuan rempah ratus sebulan sekali agar ia dapat mengekalkan keharuman rambut anda.

4. Pemilihan tudung daripada material kapas adalah sangat disarankan kerana ia mampu memberi pengaliran udara yang baik agar kulit kepala dapat bernafas dengan baik. Hendaklah juga sentiasa memastikan tudung sentiasa berada dalam keadaan bersih.

5. Elakkan memakai tudung yang berlapis-lapis ketika sedang beriadah kerana semakin tebal tudung yang dipakai semakin sukar kulit kepala untuk bernafas.


Wah, tips yang ringkas je kan.
Jadi macam mana ? Jom kita amalkan !


----------------------------------------------

Psstt !
Shaklee pun ada suplemen tambahan untuk masalah rambut tau.
Haissh, ingat muka badan je nak cantik nak sihat, rambut kan mahkota wanita !

Apa kata tengok apa yang best dan istemewa set rambut sihat Shaklee ni ?
Klik atas ni tau.


With love,
Nadia Syakila
Happy working at home wife
013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

24 December 2014

Gelombang Banjir 2014

Assalammualaikum,
Jom sedekahkan AL-FATIHAH kepada seluruh umat Islam di dunia khasnya untuk saudara seIslam dan sebangsa yang menghadapi musibah banjir.

Gelombang Banjir 2014
Allahuakbar, sehingga malam ni semua trend semakin menaik.
Sumber yang nadia rujuk daripada berita dan sumber kawan yang menjadi sukarelawan.


Macam mana dengan berita yang kalian dapat ?
Atau ada yang menghadapinya sekarang ?
Moga Allah permudahkan urusan kalian ya.


Jadi, 
Macam Nadia dan yang lain - lain yang jauh untuk turun membantu apa yang boleh kita buat ialah dengan ;

















Yang mana ada kelebihan keewangan boleh salurkan bantuan.
Yang mana ada kelebihan berdekatan dengan tempat banjir, salurkan tenaga.
Yang jauh, jom kita berdoa sehabis baik - buat solat hajat dan sebagainya...

Doa itu senjata utama orang Islam !


---------------------------------------

Notakaki ;
Mohon doakan juga suami nadia yang sedang membantu mangsa - mangsa banjir di Pahang.


With love,
Nadia Syakila
Happy working at home wife

013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

5 Amanat Dari Ayah

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Selamat pagi yang indah dan tenang.

Sebelum nadia teruskan, jom kita ambil masa seminit dua untuk berdoa dan membacakan Al-Fatihah untuk saudara seIslam dan sebangsa kita yang menjadi mangsa banjir. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan mereka. Ameen ya Rabb !

----------------------------------------------------

Hari ni nadia nak bercerita tentang amanat ayah.
Ayahanda Haji Samat bin Haji Mamat adalah seorang ayah yang sangat penyayang !
Lahir pada 3 Januari 1941 - Allahu, dia cinta nadia dunia akhirat.
Dia adalah ayah yang terbaik, inshaAllah !


APA DIA 5 AMANAT AYAH ?

Jangan tinggal solat
Ini adalah tunggak kata ayah. Biar miskin, biar kurang pandai tapi 5 kali solat sehari ini jangan sesekali tinggal. Apapun dugaan dan ujian akan dapat kita temput kalau 5 tiang ini dibawa sebaiknya bersama - sama di mana jua.


Kepentingan 3 solat sunat
Ayah sangat tekankan nadia pada 3 solat sunat ni. Sejak dari sekolah, dan percayalah, memang ia dituntut :) 
Solat Sunat Dhuha
Solat Sunat Tahajjud
Solat Sunat Hajat

* Allah SWT akan kabulkan apa sahaja doamu, nak ~~


Ibu ayah tangga teratas
Ini keramat ! Nak duit gaji cukup? Letak dalam senarai mak dan ayah di tangga teratas. Nak hidup tenang? Doakan mak dan ayah dulu di dalam doa dan semua perkara.

* Ibu ayah termasuk lah mertua :) 

Mereka keramat, mereka asbab makbulnya doa. Redha mereka, redha Allah.


Berbuat baik
Buat baik selalu. Biar dilempar batu, berikan buah.
Ayah selalu pesan, hari ini kita mudahkan urusan orang, esok lusa Allah akan mudahkan urusan kita. Dan bila Allah mudahkan, ia adalah mudah-semudahnya..


Allahuakbar !


Zikir Ya Latiff
Ayah menlazimi zikir ya Latiff. Beerti yang Maha Lembut.
Orang - orang yang berurusan dengan ayah kebanyakkan lembut hatinyaa :)

Alhamdulilllaah !



































Inilah ayah.
Walaupun nadia bukan 'asalnya' dari ayah.
Nadia tetap anak ayah dunia akhirat.

Mohon doakan kesejahteraan ayah dan mak nadia.
Semoga Allah beri sebaik-baik rahmah dan syurga pada ayah.

:")

Notakaki : Boleh share amanat ayah untuk manfaat bersama tau.


With love,
Nadia Syakila
Happy working at home wife
013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

22 December 2014

Cabaran Wanita Hamil












Assalammualaikum warahamatullahi wabarakatuh !
Selamat malam kawan - kawan !

Hari ni Nadia nak cerita tajuk best dan sangat best.
Pasal hamil ! Nadia pasti mesti ada puan - puan blogger yang dah merasai pengalam ni kan.
Best tak ? Best tak ?

Allahu, doakan Nadia tau.
Antara doa Nadia untuk tahun 2015 ini adalah merasai pengalaman yang cukup manis ni.

InshaAllah !

Sungguhpun begitu, hari ini dan malam ini - Nadia nak share ilmu yang Nadia dapat.
Mungkin nanti nadia boleh buat revision balik kan.


CABARAN LAZIM YANG DIALAMI OLEH IBU HAMIL 


Wah, apakah dia ni ?
Kehamilan adalah satu proses yang panjang dan mencabar terutama buat ibu yang pertama kali mengandung. Betul tak ? Iyela, kita tak tahu apa - apa pun. 1st time kot.

Memang cabaran kan, ketika kita (aminnn..) dalam proses untuk menjaga , melindungi dan membesarkan janin dalam kandungan tu. Emosi dan fizikal !

Apakah antara cabaran yang biasa perlu ditempuh oleh wanita hamil :

  • Alahan teruk
  • Morning Sickness
  • Tiada selera makan
  • Muntah dan loya
  • Anemia - sangat berbahaya kalau tidak boleh ditangani !
  • Keletihan dan rasa malas
  • Mood swing

Cabaran - cabaran di atas adalah lazim bagi wanita hamil. Tetapi sejauh mana ia memberi kesan kepada kehidupan seharian. Ada kalanya ringan, namun ada kalanya menganggu kehidupan dan aktiviti seharian.

JANGAN RISAU ! Ia adalah keadaan yang sementara - InshaALLAH !
Patutlah Allah SWT menaikkan darjat seorang ibu, macam - macam yang perlu diharungi untuk melahirkan kita kan.. 


PENYELESAIAN ALTERNATIF
InshaAllah, hampir semua masalah dan cabaran di atas dapat diatasi dengan mendapatkan nutrisi yang diperlukan secara lengkap di samping rehat yang mencukupi dan sokongan moral dari suami , keluarga , kawan - kawan dan orang2 sekeliling. 



KENAPA SET HAMIL SHAKLEE JADI PILIHAN ?
Kerana :

  • Lengkap - dengan semua nutrisi yang diperlukan oleh wanita hamil
  • Tahan berbulan - bulan ; sehingga 4 - 5 bulan 
  • Boleh dimakan bersama ahli keluarga lain
  • Harga yang sangat berbaloi dan berpatutan
  • Semulajadi (BUKAN sintentik)
  • Tidak memberi sebarang kesan sampingan
  • EXTRA bonus kesihatan dan kecantikan
  • JIMAT , kerana set yang sama di gunakan untuk berpantang !
  • Terbukti selamat dan berkesan

-------------------------------------------------------------------------------------


With love,
Nadia Syakila
Happy working at home wife

Shaklee Independent Distributor
ID 1028241  | 013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

3 Petua Agar Kucing Tidak 'Buang' Merata

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Selamat malam ! Wah, wah, wah.. 9 hari lagi menuju ke tahun baru..
Macam mana azam tahun ni kawan - kawan ? Terlaksana tak ?
Jangan risau kalau tak terlaksana ni, kita bawa ke tahun depan dan tekadkan hati untuk ambil langkah pertama ok :)

Comel tak kucing kat atas ni ?
Awak suka kucing ?
Nadia dan suami dua-dua suka kucing.

Dulu masa Nadia duduk Melaka, memang banyak sangat kucing !
Walaupun kucing datang dan berak merata, masih tak halau or buang kucing tu, even bila raya ke apa kena pakai topeng nak bersihkan poo poo diorang yang merata tu.

Kalau korang perasan, nadia namakan misi membersihkan najis dan elakkan diorang poo poo merata sebagai PROJEK KUCING.



Haaiihh, 
kan senang kalau boleh ajar kucing poo poo macam gambar kat sebelah?

Senang kerja, lepas tu setiap pagi beratur untuk tunggu turn masuk tandas...

Hahaha, ini lawak !
But hey, memang ada ye kucing pandai poo poo kat tandas.

Macam kucing kawan Nadia, Syuhaidah - tapi dah mati sebab sakit.



Apa 3 Petua Agar Kucing Tidak Buang Merata ?

1. Sejak anak kucing tu masih kecil lagi (dalam anggaran usia hampir 2 bulan), biasakan letak mereka di dalam bekas pasir (pasir untuk kucing yang ada jual kat petshop, kalau tak ada pasir biasa pun ok) untuk beberapa minit. Selepas tu keluarkan anak kucing manakala pasir tadi tu biarkan sahaja bersama mereka di dalam sangkar. 

Ulang lagi langkah sama esok, lusa dan seterusnya. 
InsyaAllah, nanti mereka faham itu adalah ‘tandas’. 

** Biasa mak kucing yang ajarkan, tapi nampaknya tuan kucing kena campur tangan **


2. Titikkan beberapa batang serai dan letak di tempat2 strategik di dalam rumah atau kawasan2 berpotensi yang juga menjadi kegemaran si comel untuk ‘membuang’. Dikatakan kucing tidak menyukai bau serai. 
Betul ke tak, Wallahualam… 
Jika tak ada serai, beli cucian lantai bauan serai sebagai ganti.


3. Satu lagi petua lama yang boleh dicuba adalah menggunakan seutas tali… Tali apa-apa je atau lidi penyapu. Kemudian ukur panjang ekor kucing yang dipelihara dengan menggunakan tali tersebut. Kalau panjang, panjang lah. Kalau kontot, kontot lah…. Heheh. 
Langkah seterusnya, acah tali tu pada kucing, biar ia melompat-lompat nakkan tali tu macam yang biasa dibuat orang pada anjing tu, lalu campakkan tali tersebut ke tempat yang kita fikirkan strategik untuk dijadikan tandas kucing. 

Insya-Allah,kucing tersebut akan membuang najisnya di tempat jatuhnya tali yang kita campakkan tadi. 

-----------------------------------------------------

Menarik kan?
Apa-apa pun, nadia tak pasti sejauh mana keberkesanan dia.
Tapi kita boleh cuba. Belum cuba belum tahu.

* Rujukan : Apacerita.com

Nadia memang kena cuba, sebab insyaAllah untuk rumah sewa di Segamat ni, tengah dalam proses untuk mengambil kucing. Jadi, 1st thing 1st kena train poo poo dulu la..
Kalau tak, naaaayaaaaa !

Notakaki : 
Shaklee takde plak makanan tambahan suruh kucing behave, sebab dia exclusive untuk manusia jeee, ade kelassss gittew~~


With love,
Nadia Syakila
Happy working at home wife
013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

21 December 2014

AFF Suzuki Cup - Tahniah Malaysia


Alhamdulillah, Piala AFF Suzuki 2014 telah menutup tirainya semalam.
Tahniah Malaysia aka Harimau Malaya ! Tahniah Thailand !

Anda sedih ? Tipula kalau nadia kata tak sedih. Harus sedih sebenarnya. 
Tapi bukan kecewa, lain tau. Lain sangat maksudnya.
Nadia mungkin bukan orang yang layak nak komen pasal bola, sebab memang tak berapa tahu pasal bola sebenarnya, tapi bila membabitkan piala2 peringkat kebangsaan atau yang dah final2 ni dan nak - nak pulak menyokong negara kita tercinta ni.
Main sukan apa pun daku sokong !

Tahniah Malaysia !
Tahniah Harimau Malaya !
Kalian dah melakukan yang terbaik kali ini , sangat terbaik !

Tetapi kalah dan menang tu adat permainan , mungkin belum lagi rezeki.
InshaAllah , for the next game !

Apa yang nadia boleh simpulkan is, pemain kita dah letih sebenarnya sebab berhempas pulas dari awal untuk menyamakan / melebihkan agregat kan.

Jadi dari situ, Thai mengambil peluang untuk bagi gila-gila punya pada saat akhir.
Tapi kemon la.. menang tipis kalah pun tipis.
Dua - dua hebatttt !


Terima kasih team Harimau Malaya !
Menang atau kalah, tetap bersamamu !
Layan lagu jom , SELAMANYA HARIMAU MALAYA

-------------------------------------------------------

With love,
Nadia Syakila
Happy working at home wife

Shaklee Independent Distirbutor
ID 1028241  | 013 255 8600   | nornadiasyakila90@gmail.com
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

20 December 2014

Follower Instagram Berkurang?

Assalammualaikum, selamat tengah pagi.
Memang pagi betul ni, hahaha !

Okeylah, Nadia pasti kebanyakkan daripada korang ada akaun INSTAGRAM kan?
Cuba korang check balik bilangan follower atau ig yang korang following? 
Ada berkurang tak.. Kalau korang perasan la k.

KENAPA ?
Ini adalah kerana admin Instagram sedang menjalankan kerja - kerja pembersihan dengan membuang akaun spam. 

Jadi, jaga - jaga tau siapa yang suka spam tu !
Kalau korang nak tahu apa guidelines yang dah ditetapkan, sila refer sini dengan kadar segera >instagram guidelines<

Eh, by the way..
Jangan lupa follow my ig k ! 
Ada pasal macam - macam kot :)
Wassalam..




Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

19 December 2014

17 Panduan Merancang Kehamilan

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Selamat hari Jumaat !
Best tak tajuk hari ni ? 

17 Panduan Merancang Kehamilan
Rujukan : Buku Indahnya Dunia Hamilku! Keluaran Karangkraf :)

Seronokkan ! Lebih - lebih lagi kepada isteri - isteri yang sedang merancang kehamilan.
Ketahuilah, anugerah anak ini adalah rezeki daripada Allah. Kita berusahalah sekuat mungkin dan berdoalah sesungguh mungkin. 

Semua yang terjadi dan yang Allah tetapkan ada hikmahnya, inshaAllah.
Selalu fikir yang positif ye bakal - bakal mak kepada anak syurga semua.
Nadia pun tengah menunggu si cahayamata yang sudah mempunyai senarai nama.

Okey, kembali kepada tajuk utama.
Merancang kehamilan adalah satu keputusan yang penting.
Banyak persediaan yang perlu di ambil kira.

Jom kita tengok 17 panduan penting untuk semakan :



1. Dapatkan suntikan Rubela dan Hepatitis B bagi mencegah penyakit berbahaya seperti penyakit hati, jantung berlubang, cacat anggota, terencat akal dan sebagainya. Dan sangat perlu diingatkan, bakal ibu perlu menunggu tiga bulan selepas suntikan untuk hamil.


2. Persekitaran kerja memainkan peranan penting, sebagai contoh kerja yang terdedah kepada bahan kimia, sinaran x dan ubat bius. Keadaan ini mungkin mempengaruhi peluang untuk hamil atau boleh mendatangkan risiko kepada bayi. Sila dapatkan nasihat doktor dengan segera.


3. Menjalani pemeriksaan kesihatan. Bukan bakal ibu sahaja tau, bakal ayah pun sekali. Untuk mengetahui sekiranya ada penyakit keturunan dan sebagainya.


4. Menjalani ujian darah, ini adalah kerana ujian darah dapat menentukan sama ada anda mengeluarkan benih atau tidak.


5. Jaga pemakanan. Haaaa, ini yang sokmo kita terlupa dan terlepas pandang. Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat, serta nutrisi yang cukup !
** Kalau rasa macam tak boleh je nak jaga pemakanan, pastikan anda mengambil nutrisi yang lengkap seperti >ini< 



6. Memahami tubuh sendiri. Dapatkan kepastian melalui doktor yang bertauliah. Sekiranya menghidapi penyakit yang memerlukan pengambilan ubat, berbincanglah dengan doktor anda.


7. Amalkan gaya hidup yang sihat ! Nutrisi cukup, senaman ada semuaa lengkap lah, pendek kata kena seimbang tau.


8. Hentikan pil perancang :) Sebaik-baiknya berhenti selama 3 kitaran haid sebelum berusaha untuk hamil


9. Usaha tangga kejayaan. Pelbagaikan usaha anda !



10. Kekalkan berat badan yang ideal. Haaa, yang ini adalah masalah utama nadia, daku sedang mencuba yang terbaik ni. By Mei 2015 - nadia target berat badan nadia turun dan boleh cuba untuk conception baby.

Kenapa masalah kegemukan ni dengan kesuburan? Kerana ia boleh menganggu merancang kehamilan, bukat setakat perempuan ye, lelaki pun kena ambil berat berkenaan hal ini.


11. Lelaki juga perlu menjaga kesihatan diri. Sprema yang berkualiti dihasilkan oleh lelaki yang sihat. Lagi mudah dan senang, kalau dapatkan makanan tambahan yang menjaga kesihatan badan dan sperma seperti Zinc Complex , Vitamin E :)




12. LARANGAN ! Jangan minum minuman keras, haa.. Ini adalah salah satu sebab kenapa Islam melarang ummatnya minum minuman keras. Banyak keburukkannya.


13. Nikmati hubungan seksual bersama pasangan sepenuhnya.


14. Ovum dari kilang ovari sangat penting bagi wanita kerana ia merupakan salah satu aspek untuk mengukur tahap kesuburan.


15. Pilih waktu terbaik untuk bersama ! Biar berdua tu dalam keadaan ada mood dan tidak letih :)




16. Berhenti merokok jika inginkan anak yang sihat ! Mesti ramai suami yang akan kata, ada je orang merokok tetapi anak sihat ? Heee... para bakal ibu jangan risau, berdoalah ! Dan dalam masa yang sama boleh membantu mereka berhenti merokok dengan cara SEMULAJADI ! Jeng jeng ! Nanti nadia kongsikan.

* Encik suami nadia pun beri alasan yang sama, huh ! sadis !


17. Faktor usia juga perlu diambil kira. Wanita boleh hamil untuk jangka masa 36 tahun bermula dengan umur 12 hingga 48 tahun.

* Untung siapa yang kahwin awal yee...

-----------------------------------------------------------

Habis dah ! 
Macam mana, dah boleh tahu di mana bahagian-bahagian yang kita boleh perbaiki?
Nadia pun macam bermuhasabah semula.

Banyak benda yang perlu diperbaiki dan salah satu yang paling penting ialah dengan mendapatkan berat yang ideal !
Nasib baik ada group cabaran kurus 90 hari - memang efisien dan sangat best !
Kalau ada di antara anda yang berminat nak join , boleh je. Sama - sama kita berusaha !

Ok, stay tune dengan blog nadia tau.
InshaAllah, banyak lagi info nak share dengan para bakal ibu ni.

I do love you.
Wassalam :)

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

18 December 2014

13 Tips Menjaga Kebersihan Vagina

Miss V atau Vagina adalah bahagian alat sulit wanita yang sangat penting dan perlu dijaga kesucian dan kebersihannya. 

Percaya atau tidak, kebanyakkan wanita terlupa untuk mengambil berat kebersihan pada miss V mereka, tetapi untuk kecantikan luaran sanggup berhabis-habisan melaburkan wang ringgit. Haaaa... jom check balik !

Ok, Nadia akan kongsikan 13 tips penjagaan vagina yang Nadia dapat daripada hasil bacaan nadia tentang isu ini.

Untuk anak dara ke mak dara ke nenek dara ke, semua wajib baca dan praktikkan.

Apa lagi, moh kita...

13 Tips !


1. Setiap kali membuang air kecil atau besar, bersihkan bahagian luar dengan menggunakan air. Penggunaan tisu basah tidak digalakkan kerana dikhuatiri bahagian tersebut tidak benar-benar bersih dan boleh menyebabkan jangkitan kuman. 


2. Ketika haid, tukar tuala wanita sekerap mungkin. Amalan ini bukan sahaja membuat anda merasa lebih selesa, malah ia juga dapat mencegah pembiakan kuman yang mudah tersebar menerusi darah. Pada hari-hari yang darah keluar dengan banyak anda juga digalakkan menukar seluar dalam mengikut kemampuan.


3. Begitu juga bagi wanita yang gemar memakai pelapik seluar dalam (panty liner) ia harus di tukar dengan lebih kerap bagi udara yang bersih untuk vagina.


4. Jangan mengamalkan douching iaitu memasukkan pancutan air ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj, perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria loctobacili dari faraj di samping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahagian kimia yang boleh menyebabkan intasi kulit.


5. Elakkan menggunakan sabun atau mandian untuk membersihkan alat sulit. Ia dikhuatiri akan menyebabkan kekeringan dan iritasi pada kulit. Selain itu, perbuatan tersebut akan menyebabkan rasa kurang selesa pada vagina seperti gatal.


6. Bersihkan vagina dengan air yang bersih tanpa pencuci bahagian intim kerana bahagian ini sangat sensitif. Kita harus ketahui ada wanita yang alah pada pewangi dalam buku sabun.


7. Tukar seluar dalam pada setiap kali waktu mandi. Bagi wanita yang mengalami keputihan, anda disarankan memakai pelapik seluar dalam agar keputihan tidak melekat pada seluar dalam dan menyebabkan anda rasa tidak selesa.




8. Khusus untuk anda yang sudah berkahwin bersihkan alat sulit anda sebelum dan selepas bersama pasanagan. Amalkan buang air kecil selepas lebih kurang setengah jam anda bersama untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kecil. 


9. Jangan berkongsi alat pencukur kerana ia boleh menyebabkan penyakit berjangkit seperti Hipetitis B. Jaga kebersihan alat pencukur kerana bisul sering terjadi kepada wanita yang gemar mencukur bahagian intim.



10. Peka dengan perubahan bahagian intim. Jika berlaku bengkak nanah, segera berjumpa doktor. Begitu juga dengan lelehan bahagian faraj, jika bewarna kuning, hijau, atau berdarah ia adalah petanda bahagian intim anda dijangkiti kuman.


11. Pastikan kawasan vagina sentiasa kering terutamanya selepas mandi dan sebelum menyarung seluar dalam. Kerana dalam keadaan lembap, bakteria cepat merebak !


12. Membersihkan bulu ari-ari dengan kerap, ikut sunnah tidak melebihi 40 hari ye. Ini adalah kerana, terlalu tebal 'hutan' di daerah itu akan menyebabkan kelembapan dan tempat membiaknya bakteria.


13. Memastikan kebersihan ketika ingin buang air di tempat awam, lebih-lebih lagi tandas duduk. Bersihkan kawasan tempat duduk dengan tisu dan air sehingga kering. Jangan duduk sambil menyimbah air kerana ia akan memindahkan bakteri ke kawasan vagina.

--------------------------------------------------------------------------

Habis dah? 
Sebenarnya macam2 lagi tau...
Kita boleh perbaiki dari hari ke hari, bersama-samalah menjaga mahkota yang Allah beri.
Kan kebersihan tu juga separuh daripada iman betul tak?

JOM JAGA KESIHATAN VAGINA !
Kalau siapa yang ada heavy keputihan dan ingin hilangkan bau vagina yang kurang senang..
Boleh cuba ALFAFA SHAKLEE ! Dia ni macam jamu perapat la untuk wanita !
Roger Nadia tau !

Wassalam :)
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

17 December 2014

Hotel yang unik di Malaysia

Assalammualaikum,
Selamat malam rakan blogger dan rakan pembaca..

Apa khabar ? Nak peluk cium sikit [yang perempuan je] sebab dah lama kita tak berjumpa dalam medan online ni..
Series, sejak laptop masuk hospital memang Nadia tak dan nak hupdate or blogwalking..
Nadia cuba juga untuk aktif berblogging pakai hp, tapi mak ai..
Macam panda dah mata i olss..

Okey, malam ni nak share dengan kalian pasal antara hotel unik yang ada dalam Malaysia ni.
Nadia tak pernah lagi cuba semua yang ada di bawah, tapi memang nak sangat cuba semua!
Jom tengok satu persatu ! Series, korang mesti akan excited gila...

Apa lagi, survey la nanti untuk percutian korang yang akan datang !


1. Time Capsule Retreat Sungai Lembing, Pahang




Yang ni Nadia nak try sangat2 ! Simple tetapi menenangkan. 
Berdua-duan dengan suami gitu, 2nd honeymoon / babymoon... waaaah !


2. Bustel, Klebang, Melaka


Haaa.. yang ini nadia pernah pergi dan pernah survey la tempat dia. Sebab dekat je dengan rumah. Dan Klebang, Melaka ni memang tempat beriadhah kami sekeluarga. 
Macam best kan, tidur dalam best kemudian menikmati angin pantai ! Seronoknya !


3. Tubotel, Langkawi


Ini pulak, jauh sanun di pulau Helang. Tema dia lebih kurang macam time capsule yang ada di Pahang tapi suasana yang berbeza. Pada sesiapa yang sukakan suasana pantai lebih baik ke sini. Dapat beli cokelat banyak2.. heee..


4. Hotel Kapal Selam, Klebang, Melaka


Ini memang rare sangat. Tak pernah nadia bayangkan..... 
Nadia cuba jugak cari gambar bilik dia kat Google, tapi tak jumpa.
Hmm.. rasanya yang ini nadia tak nak cuba kot, sebab nadia takut tempat sempit.
Ok, fine.. Tengok badan iols laaa... hihi !


5. Hotel Pelantar Minyak, Sabah



Yang ni super duper best ! Macam mencabar, tapi memang nak cabar diri pun.
Mungkin bagi sesetengah agak menakutkan. Lebih-lebih yang takut pada air kan. 
Tapi pada yang biasa-biasa je, apa salah cuba. Begitu menenangkan melihat lautan biru.


6. Container Hotel, Kuala Lumpur


Haaa.. ingat container ni kita nak jumpa kat pelabuhan je? Ingat tempat letak barang je?
Boleh buat tidur tau. Subhanallah, terbaiklah pencetus2 idea ni. Sangat kreatif ! Dan untuk pengetahuan kalian, kadar sewanya pun murah. Hanya RM56 ++ semalam.
Ada di KLIA 2 dan Jalan Delima, KL.

------------------------------------------------------------

Macam mana? best tak?
Ya Allah, seronok sangat rasa kalau dapat lawat semua tempat ni. Dapat tidur semalam pun 
jadilah, tapi kalau dapat 2-3 malam tu lagi lah suka !
Ops, kecuali yang kapal selam tu.

Siapa yang on the way nak bercuti, bolehlah survey tempat-tempat diatas.
Selamat bercuti !

Wassalam :)



Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

3 December 2014

Set Kesihatan Jantung Shaklee



























With love,
Nadia Syakila
Happy working at home wife

Shaklee Independent Distirbutor
ID 1028241  | 013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Set Rambut Shaklee

Assalammualaikum, 
Hari ni nadia nak share pasal SET RAMBUT SHAKLEE..

Siapa yang mengalami masalah rambut gugur, kelumumur banyak..
Ataupun kalau nak rambut sihat dan bersinar boleh lah cuba PROSANTE SHAKLEE dan SET KESIHATAN RAMBUT SHAKLEE niii..








Pilih, jangan tak pilih tau.
Nadia amalkan Zinc Complex untuk rambut gugur tu.
Alhamdulillah, rambut gugur dah kurang.

----------------------------------------------------------

With love,
Nadia Syakila
Happy working at home wife

Shaklee Independent Distirbutor

ID 1028241  | 013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Another story - PROJEK ISTERI



OBJEKTIF PROJEK

1) Memberi kesedaran kepada wanita khasnya para isteri untuk me
n kesihatan.

2) Memberi kesedaran agar para isteri menjaga penampilan khususnya didalam rumah.

3) Meningkatkan lagi kualiti ibadah sebagai isteri.

 》》》》》《《《《《

Assalammualaikum Wbt ;)
Selamat siang dan malam, hee.. mengikut waktu kalian membaca entri Nadia ni.
Apa khabar? Harap kalian sihat, ceria dan bahagia.
Pastikan senyuman tetukir di bibir oke !

Amacam dengan objektif #projekisteri #projekdreams diatas? Best kan?
Sangat best !

Haa.. Inilah Projek Isteri yang Nadia ceritakan tempoh lalu di entri kisah kak Mah dan Suami Curang dia tu. Inspirasi dari kisah dia jugak. Dan sekarang!

Ia sudah rasmi DIBUKA pada orang lain.
Amacam, best kan? Mesti ada yang nak tahu lebih lanjut...

To cut it short, projek ini di kelolakan oleh Legasi Dreams Shaklee Nadia.
Projek ini bertujuan untuk berkongsi dan membantu diri sendiri dan isteri atau bakal isteri yang lain untuk menjaga anugerah yang Allah beri ni. 

Untuk yang baru kahwin, dah lama kahwin, bakal kahwin semua sangat digalakkan join. Tiada fees dikenakan untuk membayar usaha ini.
 Seriesly darls, NO FEES!

Cuma KOMITMEN anda diperlukan untuk   menjayakan projek ini. Sangat perlu ! Untuk diri sendiri jugak kan.

KENAPA SAYA PERLU JOIN PROJEK INI?

Anda rasa? Bagi Nadia, para isteri dan bakal isteri WAJIB join #projekisteri #projekdreams ni untuk menjadikan kita wanita ciptaan Allah yang lebih baik, cantik dan sihat daripada yang sebelumnya.

Jangan risau, semua wanita daripada pelbagai background boleh join, Nadia sangat alu2kan, setiap orang akan ada kelebihan sendiri. Awaklah tu :)

》》》》》《《《《《

Bestlah Nadia, seronok!
Apa komitment aka SYARAT saya nak join projek ni ?

1) NIAT nak sihat dan cantik kerana Allah untuk senang nak beribadah bila sihat.

2) Hantar nama penuh berserta gambar dan berikan alasan "kenapa saya perlu sertai group whatsapp PROJEK ISTERI

3) Nak cantik dan sihat bukan disebabkan orang lain, bukan sebab terpaksa dan dipaksa. Rela hati ye.

4) Mesti ada target untuk kekal sihat dan cantik

5) Berfikiran terbuka. Sanggup terima peringatan dan kata2 nasihat dari semua warga projek apabila projek ini dimulakan.

6) Ada whatsapp dan boleh berwassap setiap hari. InshaAllah :)

7) Saling bertukar pendapat/tips/ilmu tentang kecantikkan dan kesihatan.

8) Bukan yang sudah bergelar sid kecuali warga dreams.

9) MESTI memiliki mana2 produk dalam set kecantikan atau kesihatan shaklee. Pembelian hanya sah melalui kami Warga Legasi Dreams

Antara pilihannya ialah ::

>> Set kecantikkan asas 
Vita c
Vita e
B complex

>> Set kecantikkan optimum 

Vita c
Vita e
B complex
ESP

>> Collagen Powder

>> Vivix

>> Set kesihatan optimum
Vita lea
Vita c
B complex

ATAU MANA2 PRODUK SHAKLEE yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda.

Boleh tanyakan pada saya :)

》》》》》《《《《《

Seronok! Mudah!
Pembelian mana produk Shaklee diwajibkan atas sebab nak berkongsi manfaat Shaklee dalam menjayakan Projek Isteri ni. Haaaa.. Awak juga untung tau :)

Best sangat produknya ! Jangan risau, semua mampu milik dan awak sendiri tentukan nak cuba produk apa !

》》》》》《《《《《

AKTIVITI 

Saya nak. Saya nak. Saya nak.
Saya nak join !
Tapi apa je aktiviti dia ye?


Paling utama ialah KONGSI !

 Berkongsi tips kecantikkan dan kesihatan 
(Semua mesti participate)

Berkongsi kesan pengambilan supplemen Shaklee dari segi kesihatan dan kecantikkan 
(Semua wajib share)

Tazkirah pagi

 Aktiviti santai

♥♥♥♥♥♥♥♥

Sangat best, sangat menerujakan.
Jika ANDA berminat dan bersetuju dengan syarat2 diatas - mari kita bersama2 kita melancarkan projek isteri ini.

Semoga ianya membawa manfaat untuk para isteri dan kebahagiaan rumah tangga dunia dan akhirat!

Untuk apa2 pertanyaan, rasa senang hati dan gembira untuk roger Nadia k!

DO CALL / SMS / WHATSAPP
013 2558600

Nak pm kat Facebook pon boleh !
Jom penuhkan kuota Whatsapp PROJEK ISTERI bersama LEGASI DREAMS..

Take care dears, wassalam.


Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign