Followers

11 February 2015

Kenali Najis Anda !

Assalammualaikum,
Selamat pagi !
Ok, hari ni nak minta maaf awal-awal sebab nadia nak cerita bab najis ni.
Sepertimana yang kita semua maklum bahawa rutin membuang air besar berlaku hampir setiap hari kan? 
Malahan ada yang buang air besar hampir 2-3kali sehari, macam daku. haha.

Baiklah, jangan malu jangan segan.
Hari ni memang kita nak cerita bab TAHI.
Kenali jenis najis kita dan tahu apakah makna di sebalik ;

1) Bau
2) Warna
3) Bentuk

































Tahukah anda, tahi anda jenis apa?
Berdasarkan “Bristol Stool Chart” / “Meyers Scale” / “Skala Tahi Bristol”.
Tahi boleh dikelaskan kepada 7 jenis.
Skala ini telah dinamakan “Skala Tahi Bristol” kerana skala ini telah diperkenalkan oleh Lewis S.J. dan Heaton K.W di University of Bristol, UK.

Jenis 1: Berbentuk biji-biji, agak keras seperti ketulan batu.
Jenis 2: Berbentuk seperti sosej, tetapi berketak-ketak.
Jenis 3: Juga berbentuk seperti sosej, tetapi macam merekah sedikit.
Jenis 4: Berbentuk seperti ular, agak licin, halus dan lembut. Just Nice.
Jenis 5: Bergumpal-gumpal, lembut dengan potongan hujungnya jelas.
Jenis 6: Yang ni dia macam cirit sikit, likat, gabungan cecair dan pepejal.
Jenis 7: Sangat cair, tiada pepejal.

Najis jenis 1 dan 2
Sekiranya anda mempunyai tahi seperti ini, itu maksudnya anda sedang mengalami sembelit. Kalau dapat tahi sebegini, memang susah sedikit nak ‘meneran’ sebab tahi itu dah menjedi keras. Selalunya situasi ni terjadi kalau seseorang tu malas untuk berak setiap hari. Semakin lama tahi berada dalam usus besar, semakin banyak air daripadanya yang akan diserap, maka semakin keraslah ia.

Jangan tahan berak !

Najis jenis 3 dan 4
Seperti juga berat badan, tahi juga ada kategori yang ideal iaitu normal, dan kategori ideal untuk tahi ini jatuh pada jenis yang ke-3 dan ke-4. Selalunya tahi sebegini dihasilkan kalau seseorang itu rajin ke tandas setiap hari.

Najis jenis 5,6 dan 7
Bagaimana pula dengan jenis 5 hingga 7? Kalau pernah mengalami yang ke-5, itu mungkin disebabkan angin atau gas yang terlalu banyak dalam usus, atau anda telah mengambil sesuatu yang boleh menyebabkan anda cirit birit seperti susu berlaktosa.

Namun untuk kategori 6 hingga 7, anda kena berhati-hati sedikit kerana itu mungkin membawa maksud ‘diarrhea‘ iaitu masuk ke tandas dan cirit lebih daripada 3 kali sehari.

Ingat, diarrhea yang berterusan boleh membawa maut!


...............................

Diet juga sangat mempengaruhi rupa tahi yang dihasilkan. Jangan sesekali mengabaikan sayur dan buah-buahan. Itu merupakan sumber serat nombor satu yang harus diambil secara berterusan selagi kita masih bernafas. Dan jangan malas untuk buang air besar!

Terdapat juga kondisi dimana terjadinya sembelit seperti najis jenis 1 dan 2, apabila tahi ditahan, ia akan kembali ke usus yang mana tahi tersebut boleh diserap kembali airnya menjadikan tahi sangat padat. kemudian jika pembuangan tahi tidak dilakukan dalam tempoh masa yang lama maka, ia akan semakin mengeras dan waktu inilah sembelit terjadi.

Walaubagaimanapun, terdapat juga kondisi seperti saya iaitu cirit-birit. Apabila ada infeksi bakteria di usus maka secara refleks usus akan mempercepat perjalanan tahi sehingga penyerapan air sedikit oleh usus besar atau kerana masukan air yang berlebihan, makanan tercampur dengan sejumlah besar air. Oleh kerana itu makanan yang dicerna terdiri dari cairan sebelum mencapai usus besar.Usus besar menyerap air, meninggalkan material yang lain sebagai kotoran yang setengah padat. Apabila usus besar rosak atau terkena radang,penyerapan tidak terjadi dan hasilnya adalah kotoran yang berair. Akibatnya, tahi menjadi lebih cair sehingga perut terasa memulas berterusan.

Pemantauan tahi adalah penting. Orang kata kita sihat apabila tahi kita sihat.Jika kita buang air besar hari-hari maknanya sistem pencernaan kita bagus. Jika kita buang air besar selang beberapa hari atau lebih teruk seminggu sekali,pergi jumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan pemantauan kesihatan


................................















Warna Najis 
Jika warnanya cerah macam kuih maruku, itu tanda tahi kita sihat.
Jika tahi bewarna gelap macam dodol, itu tandanya tahi kita tidak sihat.
Jika tahi berwarna kelabu, mungkin kita ada masalah organ dalaman.
Kalau warna tahi hijau atau warna hitam kemerah merahan, mungkin usus kita ada barah atau pendarahan.

Tanda Tahi Sihat
Tanda lain tahi yang sihat adalah, tahi kita tenggelam macam keropok lekor rebus yang belum masak. Tapi jika tahi kita timbul dalam air macam keropok lekor nipis yang digoreng dalam kuali besar yang banyak minyak, itu tandanya tahi kita ada masalah 'celiac disease', mungkinlah. Cuba kawan-kawan kurangkan makanan dalam tin atau makanan segera.

Tapi ada juga perbezaan pendapat dikalangan doktor yang mengatakan,
Tahi tenggelam itu tidak bagus kerana ada banyak toksik dan tahi yang terapung pula yang bagus hurmm, kempius...
mungkin doktor lebih betul tak?

Kesimpulannya,
Najis sihat datang dari badan dan cara hidup yang sihat, jaga pemakanan dan jaga kesihatan anda.


...............................

Ramai jugak kawan - kawan nadia mengalami masalah sembelit tau.
Jangan katakan kawan, nadia sendiri pun. 
Tapi alhamdulillah, dengan penggunaan ALFAFA SHAKLEE setiap hari berak !

ALFAFA SHAKLEE ni boleh membantu masalah pembuangan air besar serta menjadikan usus lebih sihat. Dan satu lagi HERB - LAX , fungsi dia lebih kurang !
Tapi nadia suggest more on ALFAFA :)

Nak tahu lebih lanjut pasal ALFAFA ? Klik SINI.
Sehingga ketemu lagi !

Pakat cek la nanti yeeeee ^_________^


Dengan cinta,
Nadia Syakila
Happy working at home wife
Facebook : Nor Nadia Syakila
013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com
** kredit : Umney.Blogspot



♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

1 comment:

  1. walaupun geli ini info y bagus untuk emma , sbb emma xtaw ape maksud bentuk bentuk najis yang tersirat . Adududud

    ReplyDelete

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign