Followers

2 March 2015

Kisah Isteri Seorang Tentera






















Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Hari ni nak cerita pasal cinta boleh? hew hew hew.
Dah lama dah nadia simpan gambar kat atas ni, sebab ada kawan share di FB.
Comel dan sangat mendalam caption gambar tu.

Bagi nadia sendiri ada kebenarannya,
tak mudah sebenarnya, lebih - lebih lagi bila anda / kita bergelar isteri kepada mereka.
Walaupun, nadia baru je setahun jagung mendampingi suami, cehwah !
dan boleh dikatakan, walaupun suami tentera tetapi masih lagi berada dekat dengan nadia. cabarannya boleh tahan.

Jadual kerja yang tidak tetap.
Paling sekejap bertugas sehari, paling lama? ikut pada tugasan.
Nadia paling lama pun 2 bulan :)
Alhamdulillah.


Bila dah jadual tak tetap,
sangat mencabar dalam menentukan jadual kehidupan kita yg lain.
bila nak balik kampung, orang kawen semua tu ~ sangat2 bergantung pada tugasan mereka. even boleh ambil cuti, tapi masih bukan semudah yg disangka.

Eh, banyak lagi la.
Tapi nadia yakin, kebanyakkan orang maklum dengan tugas seorang tentera.
Dan kehidupan keluarganya. 

Tapi nadia bersyukur sangat2,
Allah berikan nadia peluang untuk kerja je dari rumah,
masa nadia flexible untuk keluarga, jadi kalau ada2 apa2 majlis ke.
nadia akan selalu in cas la. haa. gitu. ada duty roaster plak ye.

Bergelar kawan, tunang dan isteri seorang tentera sangat mengajar nadia erti ;
BERDIKARI !!

Bagi nadia, ini adalah benda terpenting sekali yg kena ada.
Be independent ! Gitttu, cewah !
Macam nadia sendiri, sejak berkawan dan dalam tempoh tunang dengan suami,
memang tak selalu untuk jumpa (which is bagus sangat untuk pasangan belum kahwin)
Persediaan perkahwinan pun banyak yang nadia buat sendiri untuk kedua belah pihak.

Bila ada sesuatu bencana yg terjadi sejak sebelum kahwin sampaila sekarang, 
macam motor rosak ke, ada apa2 masalah ke, suami selalu suruh nadia bertenang dan sekadar bagi klu nak buat apa, lain2 ~ pandai2 la !
hahaha, memang geram pada mulanya.

Biasalahkan perempuan, mesti la nak ngadu semua kan.

Tak dilayan nya ko ! hahah. 

Tapi dengan didikan tu, ia buat nadia kuat dan kental serta tabah sebenarnya.
Lebih2 lagi, ayah nadia pun sejak nadia masuk uni, memang dia  biarkan nadia berdikari.
Alhamdulillah. tarbiyah Allah melalui asbab ayah dan suami.

Terima kasih ayah.
Terima kasih suami.

#notakaki 
Alang2 buat stori mori pasal tentera, 
nak ucapkan SELAMAT HARI ULANGTAHUN TENTERA DARAT ya !
Selamat berbakti !

































Dengan cinta,
Nadia Syakila
Happy working at home wife
Facebook : Nor Nadia Syakila
013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

No comments:

Post a Comment

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign