Followers

29 January 2015

Tips Berhenti Merokok Secara Semulajadi


Assalammualaikum Wbt,
Selamat malam semua :)

Hari ni nak cerita pasal isu sensitip dan hangat !
MEROKOK ~ senang cerita, semua orang tahu yang merokok ni bahaya.
Membahayakan kesihatan diri sendiri dan orang di sekililing ~ betul tak?

My husband perokok tegar sejak berumur 12 tahun.
Lama kan, sampai sekarang - masih lagi.
Namun dah semakin kurang dan kurang.
Setiap hari nadia akan bekalkan 3 warna vitamin pada dia.
Dan yang terbaru nadia bekalkan dia dengan Garlic Complex.

Alhamdulillah, semakin kurang merokok dan semakin sihat badan.
Cuma kembang je sebab bini asyik suap makan. hahah !


Ok, sebelum teruskan lagi - jom tengok sepintas lalu apa benda 
yang penting untuk berhenti merokok ni.


















Sekali bahasa seberang daaa. hee. asalkan faham ye.
Nampak tak tu ? Ganti kebiasaan MEROKOK dengan SUPPLEMENT.
Tetapi percaya ataupun tidak, dengan pengambilan suplemen INI anda dengan semulajadinya akan berhenti merokok !!!!!

Percayalah :)
Tengok testimoni dulu jom !








Dan lagi , yang terbaru tadi.
Warga Shaklee Family nadia pon ada up satu status !
Suami dia dah mula rasa pahit dengan rokok !






Ya Allah, penyelesaian dah ada depan mata.
Tak perlu nak gaduh - gaduh nak minta diorang berhenti merokok.
Heeee. kan dah ada cara dia.

KHAS UNTUK PEROKOK !
Nadia kena dapatkan 1 untuk encik suami walaupun dia dah tahu rahsia ni.
Bagi la senyap - senyap ye.







Jom hadiahkan pada diri sendiri dan yang tersayang.
Berhenti merokok secara semulajadi. Tanpa sebarang bahan kimia.
Memulihkan terus !

Untuk info lebih macam nak tahu harga , cara makan dan macam - macam lagi. 
Terus roger nadia ok. Nadia nak sangat bantu korang ni, lebih - lebih lagi isteri yang dilema macam Nadia ni.




JOM BEBASKAN DIRI DARI ROKOK


With love,
Nadia Syakila
Happy working at home wife

Facebook : Nor Nadia Syakila
Shaklee Independent Distributor
ID 1028241  | 013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

27 January 2015

Dapur Nadia #1 Roti Arab

Assalammualaikum,
Apa khabar donia.. cewah ! Happy nampak ye?
Alhamdulillah.

Hari ni, pagi - pagi ni.
Nadia nak terus share pasal makanan.
Haaa, jangan krik krik sudah perutnya ye.

ROTI ARAB AKA ROTI PURI
Pernah dengar ?
Pernah makan ?

Kalau dulu masa kat UIA, memang femes roti ni.
Ada abang tu jual kat pasar malam, sekeping RM1 bersama dengan kuah kari marbeles sedap terbaik daripada ladang.

Menu simple, makan dengan sambal tumis pun jalan kott.
Jom kita buat sendiri roti arab nih.

Ok, apa bahan dia ?

500 GRAM TEPUNG GANDUM
2 SUDU BESAR MARJERIN / PLANTA
2 SUDU BESAR MINYAK MASAK (dipanaskan dulu)
2 SUDU BESAR GULA
GARAM SECUKUP RASA
AIR SUAM 350 ML
1 SUDU KECIK YIS (masa nadia buat ni letak tapi better tak payah)

Caranya ?






















PERTAMA
a) Masukkan tepung dalam bekas
b) Bancuh air suam bersama marjerin , garam , gula sampai larut
c) Campur semua bahan termasuk minyak masak
d) Uli sampai sebati
e) Biarkan selamat 30 minit

KEDUA
Bulat - bulatkan doh , ikutlah nak besar mana. 

KETIGA
Canai doh sampai nipis.
Jangan nipis atau tebal sangat, yang sedang2 saja.

KEEMPAT
Pastikan minyak masak banyak dan betul betul panas.
Masukkan roti kemudian tunggu dia gelembung dulu baru terbalikkan.

---------------------------------

Tadaaa, siap !
Boleh dimakan bersama kuah kari,  asam pedas dan sambal tumis !







Eh, eh.
Ada Lecithin?
Lecithin tu wajib la.
Sebab ada marjerin bagai dalam ni, nadia dan suami macam mengembang dengan sempurna je gayanya.

Jadi, wajib bakau lemak dengan Lecithin !





Dengan cinta,
Nadia Syakila
Happy working at home wife
Facebook : Nor Nadia Syakila
013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

26 January 2015

Segmen Bloglist Februari - Jun by Cik Manis


Assalammualaikum semua.
Dah lama nadia menyepi dari join GA dan segmen.
Tapi hari ni terasa nak join balik.

Rindu seyh.. Ecece !
Lepas tu terpikat dengan poster Cik Manis ni.

Jomlaaaaaa join sekali.
Klik gambar untuk join ok, syarat dia sangat simple.

xoxo

Dengan cinta,
Nadia Syakila
Happy working at home wife
Facebook : Nor Nadia Syakila
013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

10 Fakta Subuh
























Subhanallah, cantik betulkan suasana kampung bila waktu Subuh ni?
Mesti sejuk dan nyaman je. 

Baiklah, hari ni nadia nak share Fadhilat Subuh yang sangat banyak nikmatnya.
Patutlah dikatakan, umat Islam akan berjaya apabila masa waktu Solat Subuh ni sangat ramai jemaahnya seperti Solat Jumaat, kan?

Sebab sangat kena mujahadah.
Sedap oi tidur !

Nadia dan suami memang tengah work out gila - gila sekarang ni untuk cuba bangun lebih awal dan solah subuh berjemaah di surau taman / masjid.
Kami masing bermujahadah dan belum lagi istiqamah.
Lebih banyak lompongnya.
Sedih sangat , tapi takkan berputus asa.

Dah, tinggalkan yang tu.
Jom kita kongsi 10 Fakta Subuh 
Allah.. hadis ni menunjukkan betapa besar nikmat Isyak dan Subuh.

Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak.”

(HR Bukhari dan Muslim)


SATU RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: 
“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” 

(Hadis riwayat Muslim)

Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari.

DUA Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit. Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

TIGA Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

EMPAT Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

LIMA Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: 
“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” 

(Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT.

ENAM Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” 

(Surah al-Kahfi, ayat 28)

TUJUH Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: 

“Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”

Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh?

LAPAN Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya? Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

”Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” 

(Hadis riwayat Muslim).

SEMBILAN Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya. Diriwayat kan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: 

“Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” 
(Hadis riwayat Bukhari). 

Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

“Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” 

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

SEPULUH Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: 

“Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” 

(Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)

Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

Dan, sangat digalakkan jangan tidur selepas itu.
Sebab apa ? Nak tahu sebabnya KLIK SINI 

------------------------------------------------------

Doakan nadia dan suami ya.
Serta keluarga dapat istiqamah untuk melaksanakan ibadah ni.
Jangan lupa tinggalkan link kalian !


With love,
Nadia Syakila
Happy working at home wife
013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

24 January 2015

Tutorial : Install Whatsapp di PC / Laptop

Hai hello !
Assalammualaikum..
Apa khabar korang ? ececeh. 
Mesti tak sabar macam mana nak install whatsapp di pc atau laptop kan.

Fine, mungkin ada yang dah tahu.
Nadia baru tahu semalam sebab tengok dekat blog ni. sini lah.
Credit to her sebab dia lah - nadia buat tutorial ni.
Dan ada gambar yang nadia pinjam daripada sana.

Ok, tak nak cakap banyak.
Jom buat.

------------------------------------------------------------------

SYARAT WAJIB SAH yang kita kena ada ialah ;
1) ANDROID tapi tak kisah handphone apa yang anda pakai.
2) WHATSAPP latest version 2.11.498 
3) INSTAL GOOGLE CHROME siap - siap kat pc / laptop kalau takde. Yang lain tak nak !

LANGKAH (1)
Bukak whatsapp di hp kalian.
Cari di bahagian menu WHATSAPP WEB









Sekiranya tiada, ini bermakna kalian kena update whatsapp kalian sampai ada.

Kalau tak boleh juga, korang kena uninstall whatsapp dan install semua.

Sebelum tu, jangan lupa BACKUP CONVERSATION
Pergi MENU > SETTING > CHAT SETTING > BACKUP CONVERSATION





LANGKAH (2)
Kalau semuanya ok dan cantik.
Klik Whatsapp Web tu dan dia akan keluar macam ni.























LANGKAH (3)
Bukak Google Chorem
Taip address seperti yang disuruh :  https://web.whatsapp.com
Dan sila scan bar yang tertera.
Dia akan update dan sync automatik.
























LANGKAH (4)
Siap ! Dah boleh dah untuk berwhatsapp di PC.
Dia akan auto sync semua conversation di hp dengan laptop.







INFO TAMBAHAN
Amatlah digalakkan untuk korang log out PC / PC untuk whatsapp ini selepas guna.
Sebab ia mungkin akan makan lebih sikit data (kalau guna data hp)

Kat mana nak log out.
Kat bawah ni.














Siap !
Macam mana? Boleh buat tak?
Selamat mencuba.

Jangan lupa follow nadia kat semua medan sosial yang ada ok.
Hahahaha. 

With love,
Nadia Syakila
Happy working at home wife
013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

23 January 2015

3 Tips Memasak Untuk Super Woman


Assalammualaikum Warahmatullahiwabarakatuh,
Selamat pagi - salam jumuah yang mulia.
Jangan lupa lazimi sunat hari Jumaat.

Baiklah, hari ni - nadia nak ajar diri nadia dan nak kongsi dengan korang 3 tips memasak untuk super woman yang super duper bz. Haaa. macam nadia dulu lah.
Tapi still juga, sekarang buat bisnes / kerja sendiri pun boleh tahan bz.

Baiklah, kredit tips kepada owner blog Adlil Rajiah.

-
-
-
-

PERTAMA
RANCANG MENU UNTUK SEMINGGU
Mudahkan kalau kita fikir2kan balik. Senang pun senang bila nak membeli barang.
Bila dah ada menu, senanglah nak beli barang, nak siapkan barang. Dan tak perlu google or berhempas pulas fikir nak masak apa ea esok? hahah.


KEDUA
SIAPKAN SEMUA BAHAN SEJURUS PULANG DARI MEMBELI
Haaa, memang great idea. Sebelum ikan ayam daging beku, kita bersihkan dan buat portion siap. Haa.. ini ayah nadia memang selalu galakkan kat rumah.
Kemudian, cili bawang semua blender je siap - siap.
Sayur pon boleh siap - siap bahagikan tau.
Mudah kan? Nak masak main ambik - ambik je.


KETIGA
SIMPAN BAHAN - BAHAN YANG DAH DISIAPKAN MENGIKUT MENU DAN LABELKAN
Canggih ke idak? Canggih sangat.
Beli la bekas plastik yang biasa - biasa tu dan buat label. 
Ya Allah, senang...

-
-
-
-

Nadia kena ikut ni. Jom !
Nak link penuh berserta gambar ? Nah, klik sini.


With love,
Nadia Syakila
Happy working at home wife
013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

22 January 2015

5 Tawaran Bonus Shaklee

Assalammualaikum semua.
Selamat pagi ! 

Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan nikmat nyawa dan sihat.
Jom bukak story, hari ni nadia nak cerita pasal tawaran bonus Shaklee.

Mesti ada yang tertanya-tanya, apa je yang Shaklee tawarkan?
Berbaloi ke? Macam tak nampak je..

Hahaha, meh sini nak cerita banyak ke idok. Sangat banyak !
Dan semua orang ada PELUANG untuk dapatkannya. Tak kisahlah kita ni kerja besar ke pandai ke belajar takat SPM ke, semua orang ada PELUANG untuk dapat.

SEMUA ORANG ADA PELUANG YANG SAMA ;) 

Dalam bisnes Shaklee JIKA anda bekerja keras dan tidak mudah putus asa, kita sangat - sangat berpeluang untuk mendapatkan 5 BONUS ISTIMEWA DIBAWAH :

- Bonus jualan individu (personal bonus)
- Bonus jualan kumpulan (net personal bonus)
- Bonus kepimpinan (leadership bonus)
- Bonus insentif coordinator
- Bonus kereta (car bonus)

Dan yang paling penting, semua bonus di atas adalah dalam bentuk CASH.
Katakan bulan ni perform, bulan depan masyuk da !
Takde istilah pulak yang kita buat upline dapat.

DALAM SHAKLEE, anak cucu boleh potong mak tau.
DOWNLINE boleh potong upline berdesup desap je ok.

Tapi masih lagi ada orang nampak Shaklee ni macam bisnen lekeh - lekeh ea?
Hahaha, ruginya awok.

Apa kata PM Cery :Oh mungkin phasa awal bisnes Shaklee ini busynya seperti orang tak cukup tanah, macam2 kena buat online, offline, sengkang mata kena update blog, study produk,blogwalking, fb-walking, coaching, mentoring, bonding, networking, self-talk,RCA.. tapi hasilnya kecil pada peringkat awal.

Mungkin itulah harga yang perlu dibayar di awal kembara jutawan.
Yelah, kalau semua benda senang - mesti ramai kan orang yang dah jadi kaya?
Dan tak perlu terima BR1M lagi?

Haaa, bestkan bonus Shaklee.
Lagi best bisnes ni, tak perlu pun modal sampai beratus beribu.
Takde pakej A , takde pakej B ke apa.

RM 75 SEUMUR HIDUP
dan bagi nadia, nadia wajibkan sesiapa yang nak join bisnes ni at least consume mana-mana produk Shaklee..

Bila dah consume, dah rasa double triple best.
Mestilah jatuh cinta dan dengan mudah awak akan share kat orang !
Dari hati sampai ke hati gituuu..

Bagi sesiapa tercari - cari nak buat side income, fully time bisnes yang sangat - sangat kurang risiko disamping menjaga kesihatan diri dan orang tersayang.

Dengan KADAR SEGERA, 
PM nadia sekarang atau whatsapp je ok.
Nadia nak sangatttt banttuuu !


---------------------------------

With love,

Nadia Syakila

Happy working at home wife

Shaklee Independent Distributor
ID 1028241  | 013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com


Ini award PM Cery. I will be MASTER NADIA SYAKILA soon, in dis year !





Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

21 January 2015

Tips Memutihkan Ketiak, Leher dan Celah Peha



Assalammualaikum wbt, 

Hai dan hello,
Apa khabar semua warga Malaysia dan Dunia !

Ok, tak nak mukadimah panjang - panjang.
Hari ni nadia nak share pasal tips tradisional / semulajadi untuk putihkan kawasan yang sangat sensitif dan penting sepeti CELAH KETIAK , LEHER , CELAH PEHA.

Haaa.. kena rajinlah buat ya.
Kalau malas sangat, dapatkan je COLLAGEN POWDER SHAKLEE atau VITAMIN E !
Mudah !

Jom tengok macam mana caranya --

Langkah pertama
Sediakan bahan : kunyit, limau nipis dan timun.

Langkah kedua
Perahkan limau nipis.

Langkah ketiga
Manakala timun hendaklah dikisar halus untuk mendapatkan ekstraknya.

Langkah keempat
Tumbukkan sedikit kunyit.

Langkah kelima
Campur dan gaulkan perahan limau nipis serta ekstrak timun tadi dengan kunyit hingga sekata.

Langkah keenam dan PENTING 
Sapukan bahan-bahan di atas pada bahagian bawah leher atau ketiak. 
Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air suam.

Petua ini perlu dibuat setiap hari sehinggalah anda puas hati dengan hasilnya.
Selamat Mencuba!


-----------------------------------------------

With love,
Nadia Syakila
Happy working at home wife
013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

VIVIX : Kajian Klinikal Terunggul

VIVIX ialah produk Shaklee berbentuk cecair yang mengandungi ribuan antioxidant di dalamnya. Vivix mengandungi campuran unik botanik Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel antipenuaan.

VIVIX melindungi dan memperbaiki sel dari tahap paling asas iaitu di peringkat DNA. Resveratrol dan polifenol dalam VIVIX akan memperbaiki DNA manusia yang mengalami kerosakan akibat terdedah kepada radikal bebas. DNA yang rosak menyebabkan badan tidak dapat berfungi dengan baik dan menyebabkan timbulnya pelbagai penyakit malah lebih teruk lagi KANSER!!!


Di antara penyakit metabolik yang tidak di bawa oleh kuman tetapi dihidapi oleh ramai manusia pada masa kini ialah:

Penyakit jantung koronari
Diabetis
Tekanan darah tinggi
Kanser
Penyakit auto immune
Alahan



Apabila DNA rosak, mutasi akan berlaku. 
Maka akan timbullah penyakit-penyakit seperti di atas.

Vivix sangat membantu dalam memelihara DNA tau.
Yang mana ia sangat memelihara dan memulihara komponen asas dalam badan kita ni.




Terbaik !
Vivix telah dipatenkan as Shaklee produk.
Untuk info lebih mengenai kandungan VIVIX, boleh terus ke sini.

With love,
Nadia Syakila
Happy working at home wife

Shaklee Independent Distributor
ID 1028241  | 013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

20 January 2015

Selamat Ulangtahun Perkahwinan #1

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi..
Apa khabar warga blogger ? Sihatkah semua para readers ?
Alhamdulillah, seminggu nadia menyepikan diri..
Mana taknya, encik suami dapat cuti seminggu setelah lebih kurang sebulan di Pahang.
Untuk misi banjir. 

Jadi kesempatan cutinya diambil untuk pulang ke kampung.
Nadia memang cuti sokmo, biasalah work-at-home-wife..
Yeay ! Syukur ! Sungguhpun macam tu, kalau tiada aral melintang - 
minggu depan beliau naik pulak ke Kelantan untuk misi Pasca Banjir.

Yeay jugak, syukur.
Allah bagi peluang untuk mengutip pahala buat suami dan isteri jugak, sebab merinddddu rinduuaaa.. heee, dah kahwin jadi pahala la kan.

Baiklah, tanggal 17 Januari 2015 adalah ULANGTAHUN PERKAHWINAN PERTAMA kami.
Alhamdulillah, ia dikenang dan diraikan sekadarnya.

Haaaa.. nak tahu tak nadia buat apa?
Bajet sekadarnya tapi ia sangat istimewa, sebab apa? 
Sebab kita yang buat ia istimewa ;)

Dua agenda yang penting untuk hari itu,
Ini tolak tepi siap2 berdoa , solat jemaah sama2 dan mengenang kisah kami tau.

UKIR INAI
Hahaha, nadia melepaskan geram. Masa walimah nadia, nadia tak dapat nak pakai / ukir henna sebab suspek denggi. Jadi setiap hari kena ambil darah sampailah sehari sebelum nikah.

Jadi memang tak boleh ! Berdendam la kita, macam ganas je bunyinya.
Oke, tak nak cakap banyak - silalah jeles..
























MAKAN - MAKAN
Makan di Seoul Garden, haaa. Buntang perut encik suami.
Dia memang jenis tak makan terlalu banyak - sedang2 je, tapi aiskrim sampai dua mangkuk. hehehe..

Alhamdulillah, dapat lah sekali ni ajar dia makan. 
Dia tak nak sebenarnya sebab bagi dia macam tak berbaloi, tapi bagi nadia - kalau jenis macam nadia ni makan banyak ia sangat berbaloii ok !
sangat !

Gambar memang jangan anda harapkan iya. 
Allahua'lam, memang dia kurang gemar bergambar.
Haiishh, memacam laki den ni kan.

Jangan risau, nadia terima dia seadanya.
Sangat bertuah dan bersyukur mendapat suami sebaiknya.


DOAKAN KAMI
Kawan - kawan , doakan nadia dan suami ya.
Semoga hubungan ini kekal dan dilindungi Allah sampai syurga.
Dikurniakan anak yang soleh dan solehah.
Diberikan Allah kesenangan dan ketenangan dunia serta akhirat.

















With love,
Nadia Syakila
Happy working at home wife
013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

19 January 2015

Alfafa Shaklee Terbaik


Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam tahun sekitar 1950-an

Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di Califormia yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan".

Medicago sativa mempunyai gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. 


Daun alfalfa dari SHAKLEE hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangn mutlak. Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. 

Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan.

Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. 


Setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa.


MANFAAT UTAMA ALFALFA

✔ Mencuci hati, darah & usus
Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan , membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot

✔ Melawan alahan
Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan

✔ Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut
Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity,ulser, gastrik, hepatitis dan sembelit

✔ Menyingkirkan lemak dan kolesterol
Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok & darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol

✔ Melawan tumor
Memakan 30-60 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor

✔ Melegakan keletihan
Melegakan keletihan & sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit
✔ Mencegah & merawat atritis
Mencegah sakit atritis dan melegakan kesakitan


------------------------------------------

Bestkan Alfafa Shaklee ni ?
Untuk lelaki, untuk perempuan.
Semua boleh !

Dapatkan info lebih dan respon pantas daripada nadia tau !
Roger me dear !


With love,
Nadia Syakila
Happy working at home wife

Shaklee Independent Distributor
ID 1028241  | 013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

16 January 2015

Memahami Sifat Lelaki , Mudah ke Susah ?

Assalammualaikum wbt,
Hai semua.. Apa khabar?

Harap kalian dalam keadaan yang sihat dan ceria.
InshaAllah !

Haaa.. hari ni nadia dapat info macam mana nak faham lelaki ni.
Seriesly, macam mana lelaki tak mudah nak faham wanita, 
macam tu jugak la wanita tak mudah macam mana nak faham lelaki.

Tapi nadia rasa kan, lagi susah nak faham kita ni ha orang puan ni kan.
Okey, jom cek. At least, paling tidak pun dapat general info macam mana nak faham lelaki ni kan.

------------------------------------- 

1. Hidup Lelaki Lebih Mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki. 


2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan

Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata. 


3. Lelaki Suka Membisu

Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu. 


4. Lelaki Tidak Kompleks

Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jima? secara kerap dengannya, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah. 


5. Jangan Paksa Lelaki

Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau. 


6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain

Tidak sebagaiana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.


7. Lelaki Pentingkan Kejujuran

Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga. 


8. Lelaki Tidak Suka Dikritik

Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan, dan jarang dilakukan oleh lelaki. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi, dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian. 


9. Lelaki Juga Mahukan Sokongan

Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata saya cintakan abang dan tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang. haaa. gitu !


10. Lelaki dan Ego

Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa, pertama di dalam kerja, dan kedua di atas ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut memepertingkatkan ego suaminya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika anda tidak menyatakannya kepadanya, siapa lagi. Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat faedah terutamanya yang dicintainya. 


11. Sahabat Yang Paling Baik

Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami anda, dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda. 


12. Lelaki Mesra Tanpa Beremosi

Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi, dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu bukan satu proses saja, tetapi merupakan penglibatan simia dan magis. Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurangnya ia diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. 

Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini iaitu kemesraan seks (cinta berahi) dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak penting pada ramai lelaki. Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah kepada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi ujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. 

Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan seks yang lebih memuaskan, tapi jika tanpa kemesraan emosi, seks boleh dilakukan juga oleh lelaki. Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samada sebelum atau selepas seksual, kekecewaan akan melanda wanita. 


13. Lelaki Suka Menyelerak

Lelaki bersifat suka menyelerakkan barang-barang dan berharap isterinya akan mengemas. Kadangkala lelaki mahukan isterinya bersifat seperti ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, ada kalanya mahu dijaga oleh seorang ibu. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tidak langsung dengan menyelerak. 


14. Lelaki Diumpan Menerusi Matanya

Mata lelaki dianggap pembangkit ghairah yang paling utama. Kemudian itu barulah sentuhan, hiduan dan pemikiran rasional memainkan peranan. Untuk menghangatkan hubungan, pakailah pakaian yang menghairahkannya. Ini bukan bermakna menyuruh wanita menjadi objek seks, dalam rumahtangga, kedua-dua lelaki dan wartita adalah objek seks. Inilah perbezaan yang besar antara pembangkit ghairah lelaki dan wanita. Lelaki cenderung untuk mencari kehgairahan penglihatan, sedangkan wanita bangkit keghairahannya dari bacaan dan kesannya terhadap imaginasinya. 


15. Mengharap Kemaluan Yang Besar

Ramai lelaki bimbang tentang saiz zakarnya. Wanita pula menganggap bahawa saiz zakar suami adalah penting untuk memuaskan dirinya. Walaupun ada cara lain selain jima' untuk kepuasan seksual, tetapi wanita lebih suka jika lelaki berzakar besar. Ini membawa kesan yang bahaya kepada lelaki, dan adalah salah untuk wanita berfikir sedemikian, kerana itu bererti bahawa wanita menjadikan lelaki sebagai objek seks dari segi besar, kecil, panjang dan pendek. 


16. Tempat Paling Peka Di Kemaluan Lelaki

Tubuh mempunyai banyak zon berahi. Lelaki masih mencari-cari zon berahi wanita. Pada badan manusia terdapat beberapa punat yang boleh disentuh dan diuji kepekaannya. Bagi zakar lelaki, bawah kepala zakar adalah tempat di mana hujungan saraf yang paling peka bertumpu. Tempat ini patut dirangsang oleh wanita dengan baik apabila melakukan hubungan seks dengan suaminya.

Sumber: Alam Perkahwinan

------------------------------------- 


With love,
Nadia Syakila
Happy working at home wife
013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign