Followers

22 October 2015

Ucapan Selamat Ulangtahun Kelahiran Buat Suami Tercinta


Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke 29,
buat suami tercinta , inshaaAllah dunia dan akhirat Muhamad Zanudin.

Semoga Allah kurniakan abang umur yang panjang, badan yang sihat, hati yang tenang, rezeki yang melimpah ruah dan ketabahan untuk menghadapi ujian di kehidupan dunia ini. Dan dengan bertambah usia abang, moga bertambah juga keimanan dan kesabaran serta kecintaan pada Pencipta.

Terima kasih kerana sudi menjadi seorang suami yang terbaik buat ayang,
dengan izin Allah biar bersama dunia dan akhirat kelak sampai ke syurga.


Tiada hadiah yang istimewa untuk di berikan di hari lahir abang kali ni, 
sekadar sekalung doa yang berpanjangan di setiap waktu agar abang dirahmati Allah selalu, kasih sayang dan cinta yang mengalir sentiasa untuk insan bergelar suami pada diri ini heart emoticon


ILYSM sayang !

------------------------------------------
Tidak lupa, jutaan terima kasih kepada mak yang berhempas pulas telah melahirkan seorang suami dan menantu yang baik ini, terima kasih dan al fatihah untuk arwah abah kerana membesarkan seorang lelaki yang budiman untuk orang disekelilingnya.
Semoga mak dan abah sentiasa dibawah rahmat Allah, 
dari dunia sampai akhirat !

------------------------------------------

Mohon doa dan restu keluarga, saudara mara, sahabat handai serta teman2 dan kenalan berpanjangan ya. Terima kasih semua.

Wallahua'lam , wassalam.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

21 October 2015

Kebaikan Sauna

Assalammualaikum,

Apa khabar semua ? Semoga kalian dalam keadaan sihat dan ceria !
Dan senantiasa dibawah lembayung rahmat Allah SWT.

SAUNA , siapa kat sini suka bersauna ?
Especially yang wanita ni la, best kan. Rasa ringan je badan walaupun masa tengah sauna tu peluh macam baru lepas mandi. hohoho !

Nak cerita ni, excited sangat sebab kelmarin baru sampai set sauna untuk spa nadia.
Nadia memang dah lama nak beli sauna ni untuk spa nadia, lepas survey sana sini terus buat keputusan beli daripada Lazada je. Sebab apa ? Murah tau.



Berbanding harga di Magicboo, harga Lazada jauh lebih murah. Nadia beli yang ni RM300 termasuk kos penghantaran + sauna + kerusi dan pengurut kaki. Tapi yang lagi best, ada diskaun sebab guna CIMB Master Card harga jatuh sampai RM250 je, gilak lagi best tu.

Okey, sebelum menceceh lagi jauh.
Nadia nak share kebaikan dan manfaat kita bersauna ni.
Segala info dibawah ni nadia ambil daripada blog Kevin Zahari dan randomly in Google k.


Sauna bantu bakar lemak atau air? 
Apa kebaikannya?

Masih ramai yang tidak tahu bahawa bersauna merupakan satu amalan yang bagus untuk kesihatan badan. Selain dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan, jika diamalkan selalu, sauna juga membawa banyak manfaat terhadap tahap kesihatan fizikal.

Ritual atau rutin yang dilakukan semasa bersauna berbeza mengikut kesesuaian diri masing-masing. Namun konsep asas bagi terapi bersauna adalah untuk meningkatkan suhu badan dengan duduk dalam sebuah bilik panas yang lazimnya berada pada suhu 180 darjah Fahrenheit. 
Selepas 10 hingga 20 minit, iaitu apabila haba bilik itu mulai menjadi terlalu panas, seseorang itu akan menyejukkan badan samada dengan masuk ke dalam kolam renang atau mandi. Selepas berehat seketika, seseorang itu akan kembali ke bilik sauna dan rutin ini boleh diulang sekerap mungkin.


Prinsip utama dalam terapi sauna adalah untuk membuatkan badan berpeluh dengan banyak kerana ini akan dapat membantu mendetoksifikasi badan, menenangkan minda dan bakar kalori pada masa yang sama.


Prinsip utama dalam terapi sauna adalah untuk membuatkan badan berpeluh dengan banyak kerana ini akan dapat membantu mendetoksifikasi badan dan menenangkan minda. 

Antara manfaat amalan bersauna kepada kesihatan diri adalah seperti berikut:

Mengurangkan stres – stres boleh menyebabkan kesihatan fizikal merosot. Malah ada banyak penyakit yang bersangkut-paut dengan stres. Haba dari sauna mengurangkan ketegangan otot dan merangsang penghasilan endorfin, satu kimia semulajadi yang dihasilkan dalam otak yang bertindak sebagai penahan sakit. Endorfin ini akan menjadikan seseorang itu merasa lega dan tenang.

Melegakan otot – Penghasilan endorfin semasa sauna dapat melegakan kesakitan yang dialami oleh pengidap artritis serta mereka yang mengalami ketegangan otot selepas bersenam. Kenaikan suhu badan dalam sauna menyebabkan saluran darah mengembang. Hasilnya, peredaran darah akan meningkat dan ini akan membantu proses penyembuhan semulajadi badan.

Kulit yang sihat dan berseri – sewaktu melakukan sauna, aliran darah ke kulit akan meningkat dan ini akan menyediakan lebih banyak nutrien di bawah kulit dan permukaan tisu. Hasilnya, kualiti kulit akan bertambah baik secara beransur-ansur.
Detoksifikasi – haba yang dijana oleh badan sewaktu bersauna dapat menyingkirkan toksik yang berada di bawah kulit melalui peluh. Setiap hari kita terdedah kepada toksin samada dalam makanan atau persekitaran kita. Sauna dapat membantu badan kita mengdetoksifikasikan toksin tersebut.

Hipertermia – apabila badan terdedah kepada haba yang tinggi, badan akan berada dalam keadaan seakan-akan sedang demam. Keadaan “demam” ini akan merangsang proses penyembuhan semulajadi badan. Hasilnya, sistem imunisasi badan akan menghasilkan lebih banyak sel darah putih yang berfungsi melawan penyakit dan antibodi untuk menghapuskan virus dan patogen-patogen lain.


Membakar kalori – Proses berpeluh mengunakan banyak tenaga. Tenaga ini diperolehi daripada penukaran lemak dan karbohidrat sewaktu proses pembakaran kalori. Penyelidikan perubatan mendapati seseorang itu boleh dengan mudahnya berpeluh sebanyak 500 gram dalam dalam satu sesi sauna, membakar hampir 300-400 kalori.






Sungguhpun macam tu, ada beberapa langkah-langkah keselamatan yang perlu dijaga,
seperti :-

+ Jangan duduk dalam bilik sauna lebih daripada 45 minit.
+ Selepas meninggalkan sauna, pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya.
+ Minum air yang mencukupi untuk menggantikan cecair dan mineral yang hilang semasa bersauna.
+ Tanggalkan kanta lekap (contact lense) sebelum memasuki sauna.
+ Wanita hamil tidak boleh sama sekali bersauna.

--------------------------------------------------------------

Dan alang2 ni nadia nak bagitahu jugak,
khas untuk bakal2 customer spa nadia, atau mereka yang berdekatan dengan nadia nak bersauna, nadia buat promosi tau. PERCUMA SAUNA !

Datang berfacial je, lepas tu terus sauna k.
Sauna herba lagi tau.

Kalau nak info lebih atau nak booking slot, 
boleh contact nadia atau terus like page TIPS SPA DARI RUMAH ni.
Macam2 tips menanti korang tau.





Baiklah, sehingga kita bertemu lagi tau.
Tengoklah gambar bawah ni, customer kita yang pertama.
Tuannya pun tak try lagi. hehehe.

























Wallahua'alam, barakallahulakum.
Bai bai ;)

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

10 October 2015

Saya Percaya, Saya Cantik

Assalammualaikum,

Nadia doakan sesiapa sahaja yang datang melawat blog nadia syakila ni agar senantiasa sihat, ceria serta diberkati dan dilimpahi rahmat Allah dunia dan akhirat.

SAYA PERCAYA , SAYA CANTIK

Adik kakak nadia yang kat luar sana percaya tak?
Anda percaya anda cantik? Mesti ada yang eh, macam nak percaya, tapi tengok cermin macam tak, eh. ye tak ye tak ?
















Macam nadia, 
nadia selalu tau fikir macam tu, nak2 bila kita ni tergolong dalam orang yang tidak memiliki bentuk tubuh yang ideal, huhuhuk !

Bila nak cerita , komen , tulis or borak pasal kecantikan rasa macam diri ni tak layak sangat sebab ye la, dah la tak cantik (perasaan sendiri) lepas tu tak pandai nak mekap2 ke atau bergaya so terus la berhuhu huhu menyepi bila kengkawan cerita pasal semua tu.

Tipulah kalau cakap yang tak teringin nak bergaya, nak bermake up semua,
ada je kot orang yang comel2 tapi bergaya. Tengok macam Sherry Al Hadad tu, kan comey je, tapi still rasa tak yakin. Risau dan seriau.




















Sampai lah..
Sampai satu masa yang tiba-tiba rasa yakin.
Eh, nadia rasa macam yes. Aku percaya, aku cantik sebenarnya.
Kita semua cantik tau , cantik sangat !

Sebab apa ?
Sebab Allah SWT dah cakap yang kita - manusia ni sebaik2 ciptaan Dia. betul kan?
Dan dalam diri kita adalah yang juara dan berjaya serta terpilih.

Antara percaya atau tidak,
sebenarnya kita ni secantik cantik ciptaan Allah,
cantik tu ada je pada setiap diri kita ni,
tak semestinya tang muka or kulit or saiz badan.

Personaliti kita, keluarga kita, hubungan kita,
percakapan dan akhlak kita does reflect our beauty !!
Pernah kan kita cakap walaupun orang tu tak putih ke licin kulit muka keee,
kita kata diaaa ni manisss sangat !

Haaa, ala2 skrip cerita P Ramlee,
hensem tiada, manis ada. hehe !

















Projek THE WALKING BEAUTY - SPA BERGERAK inilah titik mula nadia,
memang serius, awal2 masa Kak Tiera dan Farah bagitahu nadia untuk join projek ni,
terus tanya pada diri sindiri - layakkah aku?

Dan tanya juga pada diorang dan beberapa kawan lain,
boleh ke? layak ke? bukan projek cantik ni nak orang cantik je ke?

TIDAK SAMA SEKALI tau,
projek ni sebenarnya memang nak bantu adik kakak yang rasa tak yakin,
yang rasa macam eh nak cantik tapi tak berani nak cakap apa semua untuk kita semua jadi cantik, yakin dan sihat.

3 ni penting tau.

Then, barulah nadia faham.
Bila nadia buka bisnes ni, nadia dapat bantu wanita2 terutamanya suri rumah yang tiada masa nak pergi spa untuk dapatkan rawatan spa kat rumah.

Kemudian bantu juga mereka untuk jana pendapatan dari rumah dengan buka bisnes spa mereka sendiri dan ajar serta bantu mereka dari zero tu.

Dan bermula dari situ, berkembanglah kecantikan2 yang ada.
Kan seronok tu kan?


















Dengan projek ni, nadia dapat jadi lebih cantik , lebih sihat dan lebih berkeyakinan.
Bukan setakat cantik luaran, tapi dalaman.

Ingat lagi kata2 ayah,
Nak cantik kulit muka, nak kecikkan badan sekarang macam2 ada,
ada duit boleh buat. Tapi yang paling susah nak kasi cantik ialah hati tu, sikap, iman.

InshaaAllah,
time to time kita akan jadi lebih cantik dengan adanya kita sebelum ni tau.
Nadia bangga dapat join dis projek , asbab dis projek nadia tahu macam2 lagi pasal kecantikan tau, nak jaga itu, tips kecantikan ini.

Yang paling best ,
nadia YAKIN ! Even berbadan besar dan walaupun muka tidak sepersis ratu cantik malaysia ke apa , nadia cantik dengan cara nadia dan akan selalu cantik bersama anda di The Walking Beauty team , love u olss !

Dan nadia akan cuba juga untuk jadi sihat, 
taklah nak kurus betul asalkan BMI ideal dah cukup da, fighting nadia !









I am not a beauty queen,
I am just beautiful me !
Nadia Syakila the pretty <3










-----------------------------------------------------------------------------

Berminat untuk memiliki BISNES SPA BERGERAK anda sendiri?

Jika anda berminat untuk buka spa bergerak di kawasan anda, 
anda boleh menghubungi / whatsapp / mesej NADIA SYAKILA di +60132408600

Tawaran istimewa untuk anda termasuk :-

i. Dapat training facial + face massage secara PERCUMA. 

Biasanya di luar kursus macam ni kos RM500-RM1000 ke atas.

ii. Produk dan buku manual DISEDIAKAN

iii. Dapat akses kepada SECRET GROUP untuk bantu dari segi marketing dan konsultasi

iv. Mengetahui rahsia BALIK MODAL  dan jana pendapatan 4 ANGKA dalam masa sebulan



Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign