Followers

15 November 2015

Tips Menjaga Orang Yang Sakit / Uzur

Assalammualaikum,

Apa khabar anda? Dimana sahaja anda berada, moga anda dalam keadaan sihat, ceria dan segala anda dipermudahkan serta diberkati oleh Allah SWT.

Lama rasanya tak berceloteh dalam blog ni, walaupun kadang-kadang idea yang mencurah-curah bila tak diterjemahkan di atas kertas, biasanya berkemungkinan besar untuk hilang.

Ok, tutup cerita update blog.
Hari ni nadia lebih kepada nak share benda yang nadia pon baru tahu dan belajar,
sikit sebanyak ditambah juga dengan pengalaman diri yang sangat sedikit.
Semoga ada manfaat untuk kalian dan diri nadia jugak.

SAKIT.
Ada ke orang nak yang nak sakit ye?
Rasanya semua orang tak lalui pengalaman sakit ni. Sebutan sakit tu pon dah cukup untuk mengerutkan kening-kening dan mengedutkan dahi kita.

Tetapi Allah berikan sakit sebagai satu ujian. Satu cubaan.
Namun yang pasti  Allah tidak menjadikan sesuatu kejadian / perkara itu sia - sia.
Hikmahnya pasti akan terselit jua.

Sakit yang Allah SWT berikan bukan sahaja menguji sang pesakit, malahan menguji jugak insan-insan terdekat dengan si pesakit. Seperti mak ayah, suami atau isteri, adik beradik ataupun kawan-kawan.




Nadia dan keluarga kerap kali diuji Allah dengan situasi ini. Alhamdulillah, sebesar mana pun cabaran yang kami lalui, belum lagi sampai tahap merasakan ia beban dan alangkah untuk menyerahkan tanggungjawab itu kepada pihak lain.

Arwah Along pernah menetap di hospital sehingga 3 bulan.
Ayah dan mak juga kerap kali dimasukkan wad atas kondisi kesihatan yang tidak menentu.
Nadia sendiri pernah masuk wad disebabkan slip disc beberapa bulan lepas.

Alkisahnya, bukan berkisar tentang pesakit, tetapi berkisar dengan orang yang menjaga pesakit. Seperti yang kita tahu, menjaga orang sakit bukanlah satu tanggungjawab yang mudah dan senang. Ia sangat memerlukan kesabaran dan ketabahan yang tinggi. 

Dan tidak dinafikan juga, ia memerlukan kemahiran2 tertentu seperti menukar lampin, menyalin pakaian dan sebagainya ~ dan perihal ni kita boleh belajar daripada pihak hospital dan jua dalam internet je. Cek jangan tak cek.

Ini mak nadia, Januari 2015 ni genap 2 tahun mak lebih banyak habiskan masanya di atas katil.
Beberapa bulan lepas, ingatan mak makin lama makin lemah. Dia hanya ingat orang yang selalu ada dengan dia sahaja. Doakan mak nadia moga sembuh ye? 

Jadi, sekiranya kita berperanan untuk menjadi penjaga orang sakit, tidak kisahlah kepada mak ayah , suami / isteri atau anak - anak bahkan sesiapa sahaja. Jom cuba amalkan2 tips tips dibawah -

1. Ubah cara berfikir
Yakin bahawa semua penyakit bukanlah sebagai musibah kepada pesakit. Perbanyakkan berdoa supaya penyakit yang ditimpakan kepada pesakit adalah kafarah dari Allah SWT.
Ia bukan setakat mencuci dosa pesakit, bahkan kita juga yang menjaganya.

Dan sekali sekala, jika berasa tertekan. Cuba meletakkan diri kita pada orang yang sakit. 
Jadi kita akan lebih bertolak ansur dan sabar dalam melaksanakan tugas-tugas.

2. Jangan berputus asa mancari penawar kepada penyakit

Yakin bahawa setiap penyakit pasti ada ubatnya. Sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud:


"Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua" 

Macam nadia sendiri, buat masa sekarang nadia ~ kami sekeluarga tengah berusaha untuk sembuhkan mak dengan pengambilan Vivix Shaklee. Mak ada kencing manis dan darah tinggi sebelum ni, dan ambil Vivix dalam tempoh 2 - 3 bulan. Kencing manis mak stable.
Alhamdulillah.

3. Perbanyakkan berdoa, bersihkan hati dan perkukuhkan amalan
Berdoa agar Allah SWT mengembalikan nikmat kesihatan kepada pesakit yang dijaga. Berdoalah juga agar Allah SWT kurniakan kita kekuatan dan kesabaran yang berterusan sepanjang menjaga pesakit. Hanya dengan mengingati Allah SWT hati kita akan menjadi gembira dan ikhlas dalam memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

4. Sesekali tukar suasana untuk menceriakan pesakit
Tempatkan pesakit di bilik yang mempunyai pengudaraan dan pencahayaan baik. Hiasi bilik dengan pokok atau bunga yang menjadi kegemaran pesakit. Anda juga boleh memakaikan mereka dengan pakaian kegemaran atau lain-lain aksesori yang boleh menceriakan mereka. 


Mak semasa raya 2015, raya tahun ni kali pertama mak tak keluar bilik.
Masa ni mak boleh duduk je kat katil. Tapi masa ni mak masih ingat, masik boleh berborak.
Sayang mak <3

5. Senyumlah dengan ikhlas
Tentu akan meningkatkan mood pesakit bila melihat sekuntum senyuman manis dan ikhlas dari anda. Senyum juga dengan ikhlas kerana ganjaran menjaga orang sakit sangat besar. Kalau ziarah pun, ada hadis mengatakan 7000 malaikat mendoakan kita, inikan pula saat kita menjaga mereka, kan kan ? Lebih2 lagi kalau mak dan ayah ! 


6. Membuat lawak dan banyakkan berbual-bual tentang benda yang gembira
Amat sukar untuk membuat lawak kepada pesakit yang sedang bersedih, marah yatau tertekan. Cuba gunakan cara lain seperti menonton video kelakar atau membuka youtubeceramah yang kelakar.  

Berbual tentang perkara2 atau isu2 kesukaan pesakit. Macam mak nadia, suka sangat
cerita pasal bunga, masak dan macam2 lagi. Bila kacau mak dan senyuman terindah terukir di bibir mak. Allah, manisnya ! nikmatnya. 

7. Cari dan selongkar barangan lama
Tunjukkan kepada pesakit kejayaan yang pernah mereka raih satu ketika dulu melalui gambar lama atau muzik. Ini dapat menaikkan semangat mereka. 

Kalau bab ni, ayah la win nak ingatkan pada mak. Nak2 lagu P.Ramlee. hehe.

8. Sentuhan
Belailah pesakit dengan penuh kasih sayang. Berikan sokongan dan perhatian kepada mereka kerana mungkin emosi mereka menjadi lemah ketika sakit. 


Kredit - FatehatulKashifa
Olahan - Nadia Syakila

Selamat mencuba kepada semua,
termasuk kepada diri nadia sendiri.

InshaaAllah, nanti ada masa nadia akan kongsi lagi cerita macam mana kedua2 abang 
nadia menjaga mak, ayah dan seorang mak sedara yang ada strok di rumah. Dan nadia membantu mereka yang mana termampu. Moga dapat memberi manfaat :)

Tunggu tau !
Wallahua'lam.


Doakan mak nadia sembuh seperti sediakala macam ni.
Rindu masakan dia, rindu celoteh dia. Rindu.

Moga Allah mudahkan urusan mak dunia dan akhirat,
ameen ya Allah.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign