Followers

6 November 2016

Bahaya B-Complex Shaklee !

Assalammualaikum,
Whoa ! Menakutkan betul tajuk kat atas tu sampai penulis entri ni sendiri takut juga.
Tapi nadia nak bagitahu kat semua ni, janganlah risau. Itu sekadar tajuk entri.

Sebelum tu,
kalau nadia agak - yang akan buka entri ni mesti korang ambil produk Shaklee kan?
Jangan risau tau. InshaaAllah - produk Shaklee ni selamat. Sebelum ianya sampai kepada kita banyak kajian yang dijalankan. Bukan setakat kajian gitu-gitu je tetapi ianya dibuktikan melalui kajian saintifik dan keluar dalam jurnal okey. 

[ Nanti nadia akan kongsikan kajian-kajian tersebut ] 

Dan sekarang nak kongsi berkenaan B-Complex Shaklee kesayangan daku ni.
Kalau anda pengguna B-Complex Shaklee, cuba perhati lepas ambil vitamin ni,
pergi buang air dan anda akan lihat urin anda lebih kuning warnanya berbanding biasa.

Kenapa?
Kenapa?

Mungkinkah sebab ianya ada bahan berwarna?
Ahhhh sudah.



















,Okeylah. Jangan panik. Jangan risau.
Meh nadia nak kongsikan persoalan yang bermain difikiran anda tu.
Kebetulan memang ada perbincangan dan perkongsian diantara keluarga Shaklee kami.
Nadia kongsikan pada semua ;)

Kenapa air kencing jadi kuning ?

B-complex yang bewarna kuning tu lah penyebabnya. Kalau kita ingat balik, masa belajar subjek Sains (tingkatan 2 kot kalau tak silap) 

Kita ada belajar tentang jenis2 vitamin. Ada vitamin larut air dan ada vitamin larut lemak (A, D, E dan K). Betul?

B-complex adalah termasuk dalam vitamin larut air dan ia tidak disimpan di dalam badan, seperti beta-karotena dan vitamin E. Disebabkan sifatnya yang larut air, maka ianya akan dikeluarkan bersama urin apabila tidak diperlukan oleh tubuh. Rite?

Perubahan warna urin bergantung kepada jenis Vitamin B yang anda ambil, tak kiralah apa2 brand sekalipun, termasuklah Shaklee. Vitamin seperti Vitamin B1 (thiamine), Vitamin B3 (niacin) dan juga Vitamin B6 (Pyridoxine) dikenali sebagai berwarna putih dalam bentuk semula jadi mereka. Oleh itu, tiada perubahan ketara dalam warna urin anda. 


Tapi, Vitamin B2 (Riboflavin) adalah berwarna jingga dan oleh itu, ia juga mungkin menjadikan urin anda berwarna jingga / kuning terang.

Jadi tak perlu risau, okay. 

It’s normal. 

Kalau urin korang tak bertukar warna, itu patut korang risau. Maknanya vitamin B korang tak larut air. Tak larut air, macam mana sel2 nak serap? Tapi, kalau korang tak nak warna urin jadi kuning terang, korang minumlah air putih banyak2. Confirm urin korang jadi tiada warna. 

Tak percaya? Sila cuba.

Terjawab sudah.

Semoga memberi manfaat pada semua.
Sehingga kita ketemu lagi.


Nadia Syakila 
0132408600
nornadiasyakila90@gmail.com


Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

17 September 2016

BAHAYA !! Jangan abaikan pemakanan anak-anak anda !

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Selamat pagi dan salam hari Sabtu untuk semua.

Takut kan tengok tajuk? 
Walaupun nadia masih ontheway menanti Allah kurniakan anugerah anak sendiri ni, 
tapi nadia wajib ambil tahu pasal isu ni. Sebab apa? Sebab inshaaAllah nadia akan ada anak sendiri kan? Soon - doakan tau.


Mendapat anak-anak yang pintar dan sihat adalah impian setiap ibubapa kan.
Banyak sebenarnya TIPS dan PETUA untuk merangsang dan membentuk anak-anak kita supaya sihat dan aktif. Antaranya ialah melalui FAKTOR MAKANAN. setuju ??

Cer check semula cara pemakanan untuk anak-anak kita.
Kalau macam nadia akan check je la pemakanan sendiri. heheeheh.
Sebab masih dalam fasa membetulkan dan mendapatkan diet yang seimbang.
(Itu nanti kita cerita kat entry lain ye. hehehe)


Kanak-kanak biasanya susah nak makan sayur. 
Ada yang berpendapat, ia bermula dari didikan ibu bapa.
Ada ibubapa mengajar anak-anak makan sayur sejak dari kecil. 
Malah, boleh dikatakan - sayur dijadikan finger food buat mereka. Best kan?

Ibu bapa prihatin hendaklah menjaga pemakanan anak-anak.
Memberikan anak-anak makanan yang sihat dan berkhasiat menjadi salah satu aspek dalam menyediakan kehidupan yang baik pada mereka.

Anak-anak perlukan makanan yang sihat dan berkhasiat.
Kerana ia memberi tenaga bagi mereka bergerak aktif , memberi tenaga kepada sel dan organ mereka untuk berfungsi dengan betul , pembinaan dan penggantian sel-sel tubuh mereka , menguatkan imuniti tubuh mereka melawan penyakit sel-sel badan.

Melalui pemakanan juga, kita dapat melindungi anak-anak kita daripada terkena penyakit atau virus yang tidak sihat.




Tips Pemakanan Untuk Membina Imuniti Anak-Anak 

1) Makan makanan yang disarankan oleh piramid makanan. Sekiranya anak suka makan bubur, campurkan sayur, daging, ayam, ikan dan sebagainya dalam buburnya, agar anak-anak mendapat semua khasiat makanan. 

Dapatkan >>>>> SET LENGKAP KESIHATAN ANAK SIHAT & BIJAK
Dapatkan >>>>> SET LENGKAP KESIHATAN ANAK SIHAT & BIJAK
Dapatkan >>>>> SET LENGKAP KESIHATAN ANAK SIHAT & BIJAK

2) Pengambilan vitamin membantu menguatkan imuniti anak2, terutama multivitamin dan vitamin C. Anak2 yang kurang selera makan terutamanya, berikan multivitamin lengkap dengan soya (Mealshake) kerana 2 sebab: 

-------------------------------
(1) Kurang selera makannya mungkin disebabkan oleh kekurangan vitamin/mineral tertentu, dan 

(2) Bila dia taknak makan, dia kurang zat dari makanan, jadi Mealshake ni boleh membantu 'support' keperluan badannya. 
------------------------------

>>>>> VITAMIN C yang sedap dan mudah dikunyah untuk kanak - kanak <<<<<
>>>>> VITAMIN C yang sedap dan mudah dikunyah untuk kanak - kanak <<<<<
>>>>> VITAMIN C yang sedap dan mudah dikunyah untuk kanak - kanak <<<<<

3) Madu lebah boleh diberikan kepada anak yang melebihi usia 2 tahun (putus susu). Madu lebah mengandungi agen yang membantu menghalang pembiakan bakteria jahat, serta tinggi kalori yang perlu untuk tenaga sel. 


4) Probiotik adalah bakteria baik yang sangat bagus untuk pertahanan badan. Sistem pertahahan badan kita terdiri daripada 2: 

-------------------------------
(1) sel darah putih
(2) bakteria baik dalam usus
-------------------------------

Jadi bekalkan probiotik (fiber) untuk anak-anak adalah sangat bagus bagi menguatkan sistem pertahanan badannya. 

Semoga ilmu yang disampai - sampai ini bermanfaat.
Ni nadia nak share sikit dengan semua TESTIMONI seorang ibu dengan perubahan anaknya.
Minta izin tau.

























Dapatkan >>>>> SET LENGKAP KESIHATAN ANAK SIHAT & BIJAK
Dapatkan >>>>> SET LENGKAP KESIHATAN ANAK SIHAT & BIJAK
Dapatkan >>>>> SET LENGKAP KESIHATAN ANAK SIHAT & BIJAK

Bersama konsultasi percuma inshaaAllah.
Kalau ada ibu-ibu terutamanya yang nak survey dan nak info lanjut berkenaan rangkaian produk Shaklee untuk anak-anak dan keluarga - boleh je terus hubungi nadia okey.

Nor Nadia Syakila 
Whatsapp  :  013 240 8600
Email  :  nornadiasyakila90@gmail.com

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

11 September 2016

CINCH VS ESP | YANG MANA SATU LEBIH SESUAI UNTUK KURUS?

Assalammualaikum,
Salam Aidiladha buat semua - terutamanya untuk pembaca-pembaca tersayang.
Okey, hari ni nadia nak share dengan semua with short dan precise berkenaan perbezaan CINCH dan ESP.

Korang pernah cuba ? Pernah tengok ?
Haaaa, pada siapa yang belum tu, meh nadia share.




ESP (Energizing Soy Protein) 

ESP adalah sumber protin soya non-GMO yang mengandungi 9 asid amino penting(histidine, isoleucine, leucine, lysine, methionine, phenylalanine, threonine, tryptophan and valine) yang diperlukan badan. Badan kita tak menghasilkan asid amino tau, jadi kita kena ambil dari sumber luaran - dan pastikan sumber luaran tu benar2 berkualiti. Sep sikit okey !!

Kenapa asid amino penting? Dan kenapa kena cukup 9? Untuk info, asid amino ni adalah unit asas bagi protin. Semua asid amino ni ada tugasnya masing-masing. Pembentukan sel, hemoglobin, perlindungan otot, pemulihan tisu, pembentukan kolagen dan elastin kulit, peningkatan daya tumpuan adalah antara fungsi asid amino.

Untuk kurus dan turunkan berat badan, protin memainkan peranan yang penting kerana proses pembakaran lemak memerlukan protin dan karbohidrat. Tak cukup protin, bukan lemak yang dibakar, tapi anda bakal kehilangan jisim otot yang lebih penting untuk nak dapatkan shape yang cantik. Mana nak cun kalau kurus sebab tak makan nasi tapi otot-otot menggeleber kan. 





Cinch Shake 

Cinch Shake adalah 'meal replacement' dan memang merupakan sebahagian dari program diet sihat shaklee. Maknanya bila tiba waktu makan, boleh gantikan Cinch Shake instead of makan nasi sebab setiap hidangan Cinch Shake menyumbang sebanyak kira-kira 270 kalori, 35 gram karbohidrat, 24 gram protein, 3 gram lemak dan 6 gram serat makanan larut. Nah, lengkap seperti 1 hidangan nasi dan lauk.

Cinch diperkaya dengan LEUCINE. Apa kepentingan leucine untuk kurus? 
Fungsi utama leucine adalah mengekalkan otot semasa berdiet. Bila otot kekal, metabolisme kita tinggi, jadi kita boleh maintain berat badan sebab otot sentiasa bekerja untuk bakar lemak. Kalau otot hilang, nak bakar lemak dengan apa? Itu yang terjadinya Yo-Yo Effect. Turun berat badan tapi lepas tu cepat je nak naik balik. Lepas tu kita usahalah semula nak kurus, penat la kan ! Pening kepala kalau gitu jadinya.

Jadi memang boleh kurus bila amik Cinch?

Jawapan yang ini pun mudah juga. YA. Dengan syarat, konsisten, disiplin dan lakukan pergerakan otot kerana leucine lebih berkesan bila bertindak dalam keadaan otot sedang bekerja, jadi proses pembuangan lemak akan lebih efisien. Jangan lah minum CInch Shake lepas tu gi bantai nasi 2 pinggan.

Dan benda yang paling asas dalam menurunkan berat badan adalah bersenam. Bersenam lah sekurang-kurangnya 3x seminggu. Takde istilah kurus tanpa senaman dan jaga pemakanan. Kurus bukan semata untuk cantik tapi apa yang penting untuk sihat sebab kegemukan boleh mengundang banyak penyakit bahaya yang boleh membawa maut.

Diringkaskan beza di antara ESP dan Cinch dalam gambar diatas.
Sekali dengan Mealshake tu perbandingan dia, hehehe !

 Jadi mana yang sebetulnya diambil untuk kurus, ESP atau CINCH SHAKE?

Jawapannya adalah berdasarkan kepada perbandingan kandungan dan fungsi bagi keduanya, CINCH SHAKE adalah pilihan yang lebih baik jika betul anda SERIUS nak kurus. Cuma jika anda merupakan ibu yang menyusu badan, disarankan pengambilan ESP kerana ibu menyusu memerlukan kalori lebih tinggi dari mereka yang tidak menyusu dan juga kandungan kalsium lebih tinggi dalam ESP berbanding Cinch Shake.

Semoga bermanfaat kepada semua ;)
Yang nak terus order dengan nadia pun boleh. Nadia akan berikan konsultasi terbaik.
InshaaAllah - jangan lupa add FB dan follow IG. 

Wassalam.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

22 August 2016

6 Tips Hilangkan Penat Bekerja

Assalammalaikum,
selamat malam awak.

Adakah awak - awak yang buka entri kali ini tergolong di dalam orang yang bekerja macam nadia ni ? Kalau betul, yes ! Minta tangan sep sikit ye.

Percaya atau tidak, 
apa pun kerja yang kita buat, apa pun jawatan yang kita pegang - kita pasti akan letih dan penat secara fizikal (mental jangan kasi koyak tau..hehe) sebab Allah dah siapkan sistem badan kita ni bukan yang boleh berkerja 24 jam. Setuju?

Inilah dia rakan sekerja nadia sekarang kecuali Tuan Fadli Aziz tu ye.
Dari kiri Adillah, Izzati, Puan Rosfazila (MY BOSS), Ain dan Nadia Comel. Eh!

Okey. Okey.
Tak nak bebel panjang. Jom tengok tips hilangkan penat setelah seharian bekerja.
Kredit artikel kepada Pengantin.com 

1. Minum air limau

Dapatkan beberapa biji limau dan perahkannya bersama secawan air putih. Sebaiknya air suam kerana ia akan lebih memberi keselesaan kepada tubuh apabila anda nikmatinya. Jangan campurkan gula, hanya perahan air limau sahaja sudah memadai. Jika tidak suka dengan limau nipis atau limau kasturi, gunakan lemon sebagai alternatif. Amalkan setiap hari, ia bukan sahaja untuk menghilangkan penat badan bahkan untuk mengempiskan perut juga buat anda yang terasa di bahagian perut agak buncit.


2. Mandi air panas

Sediakan air panas suam untuk anda siramkan ke bahagian badan, tidak perlu kuantiti yang banyak. Tetapi pastikan air itu tidak terlampau panas dan sesuai untuk kulit anda. Jika tidak mempunyai alat pemanas air hanya masak air dan campurkan bersama air siraman anda nanti. Selain itu, air panas juga sesuai untuk anda rendamkan ke kaki kerana rasa panasnya akan melegakan sakit kaki anda setelah seharian mengenakan kasut bertumit tinggi atau berdiri. Sedikit sebanyak ia akan melancarkan aliran darah anda ke kepala dan mengurangkan keletihan badan serta sakit kepala.


3. Bersenam

Luangkan sedikit masa untuk bersenam ,jika tidak berkesempatan hanya lakukan aktiviti di rumah seperti mengemas dan juga menanam. Ini kerana pengeluaran peluh ketika melakukan aktiviti seperti ini membantu badan anda untuk berfungsi dengan lebih baik. Dalam masa yang sama memberi otak anda oksigen yang lebih banyak kerana aktiviti kerja di pejabat yang berhawa dingin contohnya boleh mengurangkan penggunaan fungsi otak dengan baik. Jadi dengan cara ini, adalah satu latihan yang baik.


4. Minum air teh hijau

Air teh yang diamalkan oleh masyarakat cina ini sebenarnya amat baik, air teh yang berwarna hijau dan tidak mempunyai gula. Terdapat banyak anti-oksida yang membantu untuk menyegarkan tubuh dan minda dalam masa yang sama. Ia juga dapat mengurangkan kadar gula di dalam darah.





5. Urutan

Urutan untuk seluruh badan adalah sangat penting untuk tubuh anda. Tetapi jangan amalkan urutan seluruh badan dengan kerap kerana akan terdapat kesan negatif terhadap aktiviti itu. Sebaiknya sebulan 2 kali sahaja anda amalkan urutan untuk badan daripada bahagian kepala sehinggalah kepada urutan kaki. Selain melancarkan darah, ia juga menyegarkan tubuh anda.

> Wanita - wanita sekitar MELAKA yang nak dapatkan urutan relaks boleh hubungi Nadia tau. Ha ! Lupa la tu yang nadia ni ada spa bergerak dan lulusan terapi kecantikan. Save no jangan tak save.

6. Nutrisi yang cukup

Nutrisi dan vitamin yang cukup dalam badan sangat penting dalam membolehkan sistem badan kita bekerja dengan efisien dan sihat. Kalau nutrisi tidak mencukupi, badan akan dipenuhi dengan toksik serta tidak mendapat makanan yang ia perlukan. Dah tu macam mana nak recharge tenaga setelah seharian berkerja? Betul?




Wow - banyak betul tips yang kita boleh praktikkan ye dak? Macam nadia sendiri antara tips yang nadia amalkan ialah dengan pengambilan teh hijau (tapi tak original lah, beli yang dalam tin je.. boleh tak?) selain itu pengambilan suplemen tambahan Shaklee macam kat atas ni. 

Haaa, tang tu nadia kena komen lebih sebab testimoni nadia sendiri. Sangat - sangat berbeza bila ambil set vitamin kat atas. Bila nutrisi badan dah cukup - badan akan cergas - mood akan happy dan inshaaAllah kerja akan berjalan dengan LANCAR. 


=================================================
Ok kawan - kawan.
Kalau korang eager gila nak tahu pasal set ni.
KLIK LAJU - LAJU >>>>>> SAYA NAK JADI PEKERJA CEMERLANG
=================================================

Semoga kita dapat menjadi pekerja yang cemerlang, beriman, sihat dan produktif.
Amin ya Allah ;) Jom rehatkan diri, tidur yang cukup pun penting untuk hilangkan penat tau - Bismillah !

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

19 August 2016

Nadia Syakila still here !

Assalammualaikum,
hai semua !

Ada yang merindu coretan nadia tak?
Again - lama betul puan nadia menyepi.
Macam biskut pulak. Tapi takpe, niat untuk terus berblogging tetap ada.

InshaaAllah sampai jadi blogger berjaya, kan kan kan?

Just a quick update,
to inform that im still here.

Still doing Shaklee business,
still a beauty and spa trainer,
and now a career woman.

Stay tuned tau -
Banyakkkk nak share ni.

Wassalam ❤

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign