Followers

28 March 2017

Keputusan

Assalammualaikum, 
selamat petang dan salam sejahtera untuk semua pembaca blog nadia.
Nadia doakan kalian dalam keadaan sihat dan ceria.

Alkisahnya,
hari ini nadia ingin menulis dan bercerita,
bercerita tentang satu keputusan yang nadia tak jangka-kan.

Sebelum tu, boleh nadia minta doa semua?
Doakan nadia sihat ya.


















Sebenarnya, asbab masalah kesihatan yang begitu merundum selama sebulan ni menyebabkan beberapa orang penting dalam kehidupan nadia bersuara.

Bersuara demi kebaikan diri dan masa hadapan.
Dan orang yang perlu ambil keputusan itu adalah nadia sendiri. 

Pening.

Dalam fikiran rasional sekarang ni pendapat mereka tu tak logik pon actually.
Nadia cuba cakap pada diri yang aku boleh buat, aku boleh pergi tapi suara hati dan refleksi badan dan otak menunjukkan kesan yang berlainan.

Keputusan.

Yes. I made my decision walaupun nadia rasa nadia sangat teruk. Apa yang nadia janjikan, yang nadia canangkan tidak menjadi seperti yang dirancang. Rasa bersalah pada mereka yang terlibat. Rasa malu pada mereka yang telah mendengar cerita dan anganan nadia.

Seteruk-teruknya nadia rasakan sekarang, tapi nadia masih kena buat keputusan dan mengakui kesalahan.

Semoga Allah mudahkan urusan-urusan yang berbaki.
Mudahkan ya Allah.

Jumpa lagi,
Nadia Syakila.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

21 February 2017

Testimoni Vivix Membantu Memulihkan Luka

Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Hai pembaca blog nadiasyakila.blogspot.com - semoga anda dalam keadaan sihat dan ceria.

InshaaAllah, hari ni nadia nak share tentang Testimoni Vivix dalam membantu memulihkan luka kencing manis dan pembedahan.

Okey, belum tahu pasal Vivix? 
Jom berkenalan dulu dengan Vivix disini - INFO VIVIX

KISAH SEBENAR

Ini adalah kisah sebenar dan testimoni nadia sendiri. Sebenarnya dah lama nak share berkenaan benda ni tapi rasa segan pada mulanya sebab ia seolah-olah umpama personal life yang mengaitkan nadia dan emak yang mana menghidap kencing manis, mild parkinson (tidak boleh berjalan / aktif) sehingga menyebabkan some blister dan luka-luka.

Tapi, nadia tak boleh berdiam diri. Nadia kena bagitahu juga sebab nadia tahu ramai anak-anak kat luar sana yang sangat sayangkan mak ayah diorang dan mungkin juga sedang mencari - cari alternatif untuk membantu memulihkan kesihatan keramat tercinta mereka.



Disebabkan mak nadia terlalu lama terlantar (lebih kurang 2 tahun) jadi darah tidak berjalan dengan baik. Di akhir-akhir hayat mak masa tu luka-luka menyerang. Mulanya macam gatal-gatal dan ianya semakin membesar.

Nadia akan terus kongsi rentetan gambar yang nadia edit untuk korang melihat sendiri perubahan dan proses yang berlaku.

Yang tak boleh tengok luka-luka, better not okey :)



Kedua-dua luka mak terjadi di kedua-dua belah kaki. Sebelah kanan (tidak silap nadia) luka di sebelah jari kecik dan sebelah kiri luka di bahagian tumit.

Bila ada kencing manis, benda yang kita umum tahu ia akan mematikan tisu dan isi kita, jadinya tu yang macam bernanah dan isi itu membusuk. Untuk mengelakkan kuman dan luka merebak, pembedahan buang isi perlu dilakukan.

Sangat risau sebenarnya sebab mak waktu tu sangat lemah. Mak memang tak boleh bercakap, kurang sedar - jadinya pembedahan itu sangat berisiko. Tapi alhamdulillah, mak stabil selepas pembedahan.



Ini adalah kai sebelah kanan yang mana sedikit tulang juga perlu dibuang sebab sudah dijangkiti kuman. Masa ni memang nadia berikan Vivix pada emak selang sehari melalui tiub. Nak sangat luka mak cepat sembuh samada di bahagian ini ataupun pada bahagian-bahagian lain.

Dan sangat bersyukur masa tu bila setiap hari luka mak sangat cantik (bak kata doktor lah) sampailah minggu yang ke tiga - luka yang sebesar-sebesar tu naik isi keseluruhannya.

Walapun masa tu, mak sebenarnya dalam keadaan lemah tapi progress membaikpulih luka menunjukkan penambahbaikan.

Sampailah saat mak pergi menghadap Ilahi pada 2 Januari 2016, luka di kedua-dua belah kaki rata habis. Allahuakbar ! Mak pergi dengan tanpa luka yang teruk atau berdarah. Kering semuanya. Alhamdulillah !



Bagi nadia, Allah jadikan Vivix sebaik-baik penawar sebenarnya. Hebat sangat ciptaan Allah pad Vivix Shaklee. Nadia memang cadangkan 200% pada anda yang tercari-cari atau nak usaha nak berikan yang terbaik kepada orang-orang yang anda sayang. 

InshaAllah, VIVIX adalah produk premium Shaklee yang selamat, berkesan dan semulajadi. 

Nadia sangat berbesar hati menanti anda sekiranya terdapat apa-apa pertanyaan berkenaan produk Shaklee yang sangat hebat ini dengan izin Allah.

Nadia tunggu okey.
Boleh hubungi nadia melalui WhatsApp (0132408600) 
Semestinya perhatian istimewa dan konsultasi yang terbaik akan diberikan kepada para pelanggan nadia ;)


Boleh kalau nadia nak minta juga jasa baik pembaca blog nadia ni?
Doakan semoga emak nadia ditempatkan dikalangan golongan orang yang beriman.
InshaaAllah - Al Fatihah.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

8 February 2017

Si Pencuri Masa Bekerja

Assalammualaikum dan hai hai hello untuk semua !
Apa khabar hari ini ? Nadia harap dalam saat anda semua membaca blog ini anda dalam keadaan positif dan tersenyum. Senyum tige tau!

Baiklah, nadia nak ajak buat survey ringkas sikit ni.

Kalau boleh tolong tolong tolong tinggalkan komen pada entri dibawah jikalau anda tergolong dalam golongan yang nadia akan nyatakan ini.

Anda bekerja? Anda makan gaji?
Anda juga berniaga? (Tidak kisahlah secara part time atau full time)

Jika jawapan anda ya. Boleh tolong hulur tangan pada sahabat sejantina?
Nak salam sebab kita sama. Yeay ! Yeay ! Yeay !

Kita sekategori dan sama.
Nadia juga seorang pekerja yang masih bekerja di bawah majikan.
Dan dalam masa yang sama menjalankan perniagaan Shaklee nadia ni.




Tak kisahlah apa pun senarai alasan yang kita ada untuk bekerja dan berniaga dalam masa yang sama, nadia pasti salah satunya adalah sebab untuk menaikkan taraf kehidupan dan ekonomi kita, setuju?


Bagi nadia, bekerja dan dalam masa yang sama berniaga bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita buat. Tapi nadia juga percaya yang ianya tidak susah. Cumanya SANGAT MENCABAR. Dalam pencarian rezeki ni, sebagai orang Islam kita sememangnya sangat bergantung pada KAF BA RA TA ALIF NUN ~ ingat?

Nadia tulis entry ini adalah sebagai muhasabah untuk nadia sendiri dan dalam masa yang sama untuk saling ingat mengingatkan pada anda yang mungkin juga memerlukan peringatan ini.




Menjaga hak sebagai pekerja dan tidak menggunakan masa bekerja untuk berniaga adalah salah satu tanggungjawab kita pekerja. Setuju?

Nadia masa awal-awal dulu masuk kerja, buat juga kesilapan yang sama. Yelah, macam nadia 2 tahun berniaga Shaklee dari rumah masa ikut suami posting then balik semula ke Melaka kerja pulak kan. Jadi ikut suka hati je promosi sana sini kat medium sosial (astaghfirullah) sampailah bos tegur dengan baik. 

Mula-mula tu macam zap! dan sentap tapi bila kita fikirkan semula, one day aku akan jadi bos pada perniagaan aku sendiri, so kita juga taknak pekerja kita buat macam tu kan? Siapa je yang nak. Ha, silakanlah terus mencuri masa dan keberkatan ye !

Jadi cuba dari hari ke sehari untuk belajar membahagikan masa serta cari penyelesaian untuk buat dua benda ni dalam masa yang sama.

Ini adalah CARA DAN TIPS yang nadia sedang guna pakai sekarang.
Mungkin anda boleh follow dan modify yang mana patut dan boleh komen pada nadia untuk penambahbaikan atau ada strategi lagi best okey?




JADUAL WAKTU @ TO DO LIST

Yesza, bagi nadia benda ni adalah core dalam melancarkan urusan kerja dan perniagaan anda. Nadia ada planner yang cantik (custom made by staff tempat kerja untuk semua) yang mana dalam tu ada MONTHLY PLANNER, WEEKLY PLANNER dan DAILY PLANNER. 

Jadinya, memang kita sebagai pekerja cemerlang dan peniaga berjaya kena fulli utilize benda ni. Catat setiap hari apa yang kita perlu buat untuk kerja di waktu pejabat dan apa yang kita kena buat untuk bisnes kita.



BURUNG HANTU BERDISIPLIN

Apa kena mengena dengan burung hantu daaa. Sebenarnya nadia nak cakap, kerja kerja bisnes kita macam nak promosi, nak pm orang, nak tulis blog, nak setel order (yang bukan urgent) semua perlu dilakukan pada waktu malam.

Balik je rumah , tinggalkan semua hal pejabat (AMARAN KERAS DISINI kenalah pastikan dulu semua kerja pejabat selesai kalau boleh dan pastikan masa dipejabat adalah untuk kerja sahajaa) then barulah boleh tinggalkan ye.

Kita je tahu yang kita ni betul 200% tumpu pada hal kerja di pejabat ketika di pejabat tau kalian, so tepuk dada tanya iman ;)
BUFFER SYSTEM

Pergh, ini part paling best. Korang berniaga online? Ada page? Ada instagram?
Ada group yang ada agen or dropship yang korang kena jaga dan motivate selalu. Gunakanlah BUFFER ni untuk korang post macam-macam di medan sosial. Serius ! Sangat membantu !

Nadia memang sangat rely on Buffer ni. Setiap malam nadia akan setup minimum 7 post untuk fb personal nadia. Even ada yang cakap, fb macam akan hide post daripada Buffer, tapi nadia memang gunakan juga. 

Keberkatan tu lebih penting beb.
Mana tahu bila kita jaga keberkatan Allah bagi berganda-ganda order dan beratus customer untuk kita? Allahumma Ameen.
Kalau kat page fb dah memang ada schedule post jadi dah takda masalah, rite?


Dan akhir sekali, nadia bawakan pesanan daripada Optimus Prime.




No sacrifice
No victory

Baiklah, semoga ingatan untuk nadia ini juga menjadi ingatan untuk semua.
Jom kita bekerja keras dari sekarang untuk masa hadapan yang lebih baik.

Nadia doakan anda yang sama macam nadia ni lebih berjaya, kaya dan beriman. Semoga kerja kita terus cemerlang dan bisnes kita terus maju jaya!

Oh ya, tinggalkan komen / link fb bisnes anda.
Mana tahu kalau-kalau nadia perlukan apa yang anda niagakan.

Jangan lupa ADD nadia di FB.
Ingat ya. Ingat SHAKLEE ingat NADIA SYAKILA.

Wassalam ~

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

6 February 2017

Nadia Syakila in 2017



























Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, hai hai dan hello untuk semua 

 dan hai hai untuk sahabat blogger dan pembaca yang sudah lama nadia tak ketemu. Apa khabar? Semoga kalian sihat, sentiasa ceria dan bahagia bersama yang tersayang.

Rindu nak berblog weyh !
Rindu nak share dan mencoret pasal kehidupan, info dan paling penting rindu nak kongsi dengan korang pasal Shaklee ! Banyak benda-benda baru yang nadia belajar dan baru tahu yang nadia nak share dengan korang kat sini.

Banyakkkk yang nak !
Tapi memang kena berperang dan curi masa yang nadia tak dan nak buat.
Salah satunya macam contoh ni. Dah sebulan lebih masuk tahun 2017 tapi baru nak buat post welcoming pasal tahun 2107.

Okaylah kan?
Better late than never. 
Sayang gila nadia biarkan blog ni terbiar je, penat upah buat cecantik kan kan kan.

Okey then.
 Nadia Syakila in 2017 ~ still the same person 
Yet, want to be better and better !

 Masih menjadi PENGEDAR SAH SHAKLEE bagi negeri Melaka dan seluruh Malaysia
 Masih #SayaMakanShaklee dan #SayaJualShaklee dengan setia nak masuk tahun ke 4
 Masih berdua bersama suami tercinta (soon to have baby) doakan ya 
 Masih menjawat jawatan sebagai Pegawai Operasi di syarikat pertama nadia kerja
 Masih comel ~ itu yang pasti, heheheheh

Itulah serba sedikit perkembangan diri nadia untuk / buat masa ini.
Nadia berazam dan akan cuba sungguh2 untuk cari masa mencoret dan share dengan korang macam2 tentang my life, Shaklee, Beauty and Spa dan projek kucing nadia tu.

Okeylah. 
Nak berblog walking jap, lama dah tak exercise. Yeah yeah  

Ps : 
Untuk sahabat blogger, boleh la add nadia di Facebook ye.
Just add friend je kat my personal FB di sini Nadia Syakila 

Sehingga kita berjumpa lagi semua, Assalammualaikum 
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign