Followers

28 March 2017

Keputusan

Assalammualaikum, 
selamat petang dan salam sejahtera untuk semua pembaca blog nadia.
Nadia doakan kalian dalam keadaan sihat dan ceria.

Alkisahnya,
hari ini nadia ingin menulis dan bercerita,
bercerita tentang satu keputusan yang nadia tak jangka-kan.

Sebelum tu, boleh nadia minta doa semua?
Doakan nadia sihat ya.


















Sebenarnya, asbab masalah kesihatan yang begitu merundum selama sebulan ni menyebabkan beberapa orang penting dalam kehidupan nadia bersuara.

Bersuara demi kebaikan diri dan masa hadapan.
Dan orang yang perlu ambil keputusan itu adalah nadia sendiri. 

Pening.

Dalam fikiran rasional sekarang ni pendapat mereka tu tak logik pon actually.
Nadia cuba cakap pada diri yang aku boleh buat, aku boleh pergi tapi suara hati dan refleksi badan dan otak menunjukkan kesan yang berlainan.

Keputusan.

Yes. I made my decision walaupun nadia rasa nadia sangat teruk. Apa yang nadia janjikan, yang nadia canangkan tidak menjadi seperti yang dirancang. Rasa bersalah pada mereka yang terlibat. Rasa malu pada mereka yang telah mendengar cerita dan anganan nadia.

Seteruk-teruknya nadia rasakan sekarang, tapi nadia masih kena buat keputusan dan mengakui kesalahan.

Semoga Allah mudahkan urusan-urusan yang berbaki.
Mudahkan ya Allah.

Jumpa lagi,
Nadia Syakila.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign