Followers

16 July 2017

Masalah Jerawat Belakang Badan & Cara Mengatasinya
























Masalah jerawat pada bahagian belakang badan mungkin remeh bagi sesetengah orang akan tetapi ianya serius kerana boleh menimbulkan ketidak selesaan kepada mereka yang mempunyai masalah ini.

Okey, jerawat adalah tindak balas ataupun reaksi yang timbul akibat daripada akar bulu roma tersumbat dan meradang akibat pengeluaran minyak yang berlebihan.

Pelbagai faktor dikaitkan dengan kehadiran jerawat di belakang badan,
antara faktor yang sering dikaitkan ialah ;

1. Banyak berpeluh

Antara faktor yang sering dikaitkan adalah berpeluh dengan banyak dan kemudian tidak mengambil berat mengenai kebersihan seperti terus tidur tanpa mandi atau tidak mengelap peluh dengan bersih.

2. Resdung 

Seringkali kita mendengar bahawa kebanyakkan mereka yang tidak tumbuh jerawat pada bahagian muka tetapi mempunyai resdung akan tumbuh di belakang badan. 

3. Pemakanan yang tidak sihat

Terlalu banyak pemakanan yang pedas dan berlemak juga boleh menggalakkan pertumbuhan jerawat.

4. Faktor Hormon

Dan ianya kebanyakkan berlaku kepada kaum wanita yang mana pada belasan tahun. Kerana masih subur dan perubahan hormon yang drastik telah berlaku.



Secara semulajadi, masalah ini dapat diatasi dengan ;

1. Mandi dengan sabun dan gosok kulit dengan lembut menggunakan sabun.

2. Kerap menukar baju lebih-lebih lagi pada mereka yang sering berpeluh dengan banyak.
3. Kurangkan atau hindari makanan pedas dan berlemak.

4. Banyakkan makan buah dan sayur-sayuran.

5. Jangan picit jerawat yang ada.

6. Kurangkan stress dan tekanan.

7. Bersenam

8. Menggunakan produk yang sesuai dengan kulit. Dan pastikan anda kenal pasti jenis kulit anda sebelum membuat keputusan untuk memakai apa-apa produk penjagaan kulit.


Atau,
anda juga boleh cuba selesaikan masalah jerawat pada belakang anda dengan rangkaian produk Shaklee iaitu Alfafa Complex dan SR Vita C !!


 

Alfafa Complex membantu mengeluarkan dan mengurangkan toksid di dalam badan, manakala SR Vita C membantu mengawal dan mengurangkan minyak pada kawasan permukaan kulit. 

SR Vita C juga membantu melindungi kulit dan memberikan nutrisi yang diperlukan oleh kulit dan badan. 

Rangkaian ini sangat menjimatkan kerana mampu digunakan selama 2 bulan ke atas dengan hanya sekali pembelian. 


Semoga bermanfaat. 

--------------------------------------------------

--------------------------------------------------
Untuk apa-apa pertanyaan, hubungi saya ;

Nadia Syakila 

013-2408600
Pengedar Sah Shaklee Melaka & Malaysia
Pemilik Spa Bergerak Melaka

## Dengan setiap pembelian produk Shaklee disini anda layak untuk mendapatkan JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN - TIPS EKSKLUSIF - KONSULTASI PERCUMA - LAYAK DIJEMPUT KE WHATSAPP GROUP NUTRISI KAMI ☺

--------------------------------------------------
--------------------------------------------------

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

10 July 2017

Awas ! Kenalpasti Tanda-tanda Keracunan Makanan


Antara kata hikmah yang boleh menyentapkan jiwa berkenaan makanan adalah yang sering kita dengar iaitu perut adalah tempat bermulanya penyakit. Pernah dengar? Kata-kata ini sebenarnya menyentap jiwa nadia juga. Iyalah, saya seorang pencinta makanan. 

Bermacam jenis makanan yang ada, dari makanan Melayu, India, Cina - dari dalam ke luar negara. Macam-macam ada. Ada makanan yang sesuai dengan rasa dan perut kita, manakala ada yang tidak. 

Dan ada kala, makanan itu baik - baik sahaja, tetapi mungkin pembuatan dan pemprosesannya menyebabkan ianya menjadi penyakit kepada kita.

Mungkin kerana ubat macam bahan pengawet, pewarna dan sebagainya.
Antara lain pula mungkin makanan yang kita makan tu telah tercemar dengan bakteria atau virus-virus. 

Jadi, mari kita cuba kenalpasti apakah tanda dan gejala keracunan makanan yang selalu ada pada kebanyakkan orang, termasuk nadia sendiri ☺

1. Sakit kepala 

2. Perut memulas dan kejang
3. Cirit birit
4. Mual dan muntah
5. Rasa haus
6. Berpeluh-peluh
7. Rasa senak dan angin


Ini antaranyalah. 
Ada pun lagi yang lebih serius berkemungkinan sehingga ada alergik pada kulit, tiba-tiba pitam atau tidak sedar dan sampai tahap keluar cecair or lendir dari mulut.


.


Dan seterusnya bagaimana cara untuk mengurangkan rasa sakit daripada keracunan makanan tu? Antara cara yang boleh diguna pakai gabungan daripada petua dan nasihat doktor ialah ; 


1. Muntahkan apa yang dah dimakan.

2. Bernafas dengan ''deep'' dan perlahan-lahan.
3. Bersihkan mulut sebersihnya.
4. Minum air secukupnya agar tidak terhidrasi.

Dan sekiranya ianya berterusan dan lebih teruk, segera berjumpa dengan doktor ya. Jangan tunggu-tunggu lagi. Macam yang nadia selalu alami ialah doktor akan berikan ubat sakit perut dan keracunan makanan.


Dan paling teruk, kalau betul-betul sakit - doktor akan berikan suntikan tahan sakit dan inshaaAllah selang 2-3 jam ianya akan lega.


Semoga perkongsian ini bermanfaat. 
Pesanan daripada pesakit sakit perut tegar akibat suka makan apa sahaja ;)
Wassalam.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

9 July 2017

Pengambilan Vitamin C Berlebihan Mengundang Maut



Antara vitamin yang penting diperlukan oleh badan kita adalah vitamin C.
Vitamin C diguna pakai bagi melancarkan proses pertumbuhan tubuh, dan dalam masa yang sama ia adalah salah satu vitamin yang penting dalam membina pertahanan dan imun badan. 

Dan yang palik menarik, untuk mendapatkan kulit yang fresh, cantik dan flawless, vitamin C juga menyumbang kepada tekstur kulit yang sihat dan muda.

Sungguhpun begitu, pengambilan / dos vitamin C yang berlebihan membahayakan ! Ia boleh membawa maut. 

Apakah bahayanya?






## Sakit Buah Pinggang ##

Akibat daripada berlebihan vitamin C (yang mana bukan sahaja vitamin C malahan vitamin lain) dan kurang air secukupnya menyebabkan buah pinggang menanggung beban berlebihan. 

## Penyakit jantung ##

## Penyakit diabetes ##

## Cirit - birit dan muntah – muntah

## Tubuh menjadi mudah lemah ##

## Kulit menjadi kemerahan ##


Bahaya bukan?

Jadi, sebelum anda mengambil vitamin C untuk apa - apa tujuan pastikan dos yang diperlukan oleh badan dan pilih vitamin C yang berkualiti, selamat dan semulajadi. 

Terima kasih.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign