Followers

13 August 2017

A Walk to Remember

Assalammualaikum Warahamatullahi Wabarakatuh,
Selamat hari cuti dan salam hari ahad 😉

Hari ini nadia kena on call untuk ke pejabat,
selain kursus untuk organisasi dan program atau seminar untuk pelajar peperiksaan UPSR / PT3 / SPM - syarikat yang nadia bekerja ni pun buat sewaan bilik seminar di Melaka.

Disebabkan tiada kakitangan lain bertugas, jadi kita kenalah bertugas 😍 Its okay its alright sebab dapatlah kita rezeki lebih.

Walaupun mata memang mengantuk sangat ni, tapi kita kuatkan diri kita dan untuk cuba hilangkan mengantuk tu - mari kita berblogging.

Lama betul tak tulis post pada diri sendiri dan dalam erti kata lain aktif kat blog ni ha. Meh hari ini, nadia nak cerita pasal nadia - alah macam laporan terkini dan sensasi lah.

AKU TANYA APA KHABAR
Alhamdulillah, nadia dalam keadaan sihat dalam masa setahun dua ni. Banyak benda yang berlaku tapi Alhamdulillah tahap kesihatan dalam keadaan baik. Cumanya sekarang ni dalam usaha untuk turunkan berat LAGI dan berusaha untuk dapatkan anugerah zuriat.

Tahun 2016 berlalu dengan baik walaupun pada awal tahun - tarikh keramat 2 Januari 2016, mak nadia yang tercinta telah pulang ke pangkuan Ilahi.

Kemudian, nadia menyambungkan pelajaran untuk ambil Sijil Kemahiran Malaysia tahap 2 di dalam bidang Solekan dan Terapi Kecantikan selama 6 bulan.

Selepas habis pengajian, nadia ambil keputusan untuk bekerja kembali makan gaji dengan syarikat pertama nadia bekerja --- well, sebenarnya kalau difikirkan kembali sekarang ini rasanya pilihan nadia waktu itu agak kurang tepat -- takpelah, kita kena teruskan apa yang kita dah kita putus kan  😉

Dan di penghujung tahun 2016 pula ditutup dengan kisah tuan suami yang telah tamat perkhidmatan sebagai tentera yang mana - InshaaAllah - nadia akan kongsi perasaan dan perancangan kami berkenaan ini.

Sebelum Tahun 2017 masuk menjengah, nadia dah pasakkan dalam minda nadia bahawa tahun 2017 dan tahun 2018 adalah tahun struggle dan bekerja kuat untuk kami suami isteri bagi menstabilkan kehidupan kami.

Banyak sangat impian kami untuk 3 tahun akan datang, dan usaha itu akan kami mulakan dari sekarang. Boleh awak doakan untuk kami ? Alhamdulillah. Dan sekarang kami sedang berusaha sesungguhnya 😍

APA YANG NADIA BUAT SEKARANG ?
Okey, sekarang ni nadia memegang jawatan sebagai Eksekutif Operasi dan Pemasaran di JRS Training and Event Management PLT di Ayer Keroh Melaka. Bidang tugas memang banyak sebab ianya syarikat kecil yang sedang membesar. Penat? Mestilah tetapi kena selalu positif dan pasak dalam minda yang ini semua adalah pengalaman yang sangat berguna untuk nadia di masa hadapan nanti.

Dalam masa yang sama sedang mengembangkan Projek Kursus Spa Bergerak -- korang boleh tengok blog ini  PROJEK SPA BERGERAK by The Walking Beauty -- dan juga menjadi trainer bagi negeri Melaka.

Dan lagi sedang mengembangkan perniagaan Shaklee nadia yang nadia join sejak tahun 2014 lagi, inshaaAllah. Nak order produk Shaklee boleh la roger nadia ye, hihi.

Ini lah kehidupan nadia sekarang ini, menggunakan semua medium di atas untuk cari rezeki yang halal, membantu tambah nilai pada kehidupan orang lain dan bekerja untuk mendapat rahmat daripada Allah SWT - mudah mudahan, amin ya Allah.


PERANCANGAN MASA HADAPAN
Nadia merancang (dengan izin Allah) beginilah kehidupan nadia dalam masa 2 tahun lagi sebelum menjadi WORKING AT HOME MUMMY yang solehah dan kaya. Itu memang impian nadia lah. InshaAllah ya.

Nak mengembangkan organisasi Shaklee,
nak besarkan lagi empayar NS Home Mobile Spa,
nak beli rumah - rumah,
nak travel bersama keluarga,
dan banyak lagi.

Doakan yah?
Terima kasih.

 
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

12 August 2017

Kursus Spa Termurah di Malaysia


PEMBABITAN AWAL
Ini gambar lama,
gambar lama yang mengubah kehidupan saya sejak 2 tahun yang lalu.
Inilah gambar saya tika mana pertama kali menghadiri training bagi projek The Walking Beauty sekitar bulan Mei tahun 2015.

Bermula saat ini,
saya mula membina spa bergerak tanpa kedai saya dengan modal yang tak sampai RM1000 pun dan dalam masa beberapa bulan ia mampu memberi semula modal yang saya gunakan. Dengan ilmu facial dan urutan wajah yang saya ada waktu - saya mampu dan boleh menjana pendapatan sebanyak RM45 dalam masa 1 jam.

1 jam ye sahabat semua.
Baiklah, katakan kita tolak kos barang mungkin untung bersih sekitar RM 25 / sejam.
Kalau 2 jam? RM 50 dan seterusnya. Kos diatas tidak termasuk dengan kos pengangkutan yang akan dibayar oleh pelanggan sendiri.


NAMPAK PELUANG
Semakin hari, saya semakin jelas dan nampak peluang yang ada di bawah projek TWB ini, dan mengambil keputusan dengan inisiatif sendiri untuk menyambung pembelajaran di dalam Sijil Kemahiran Malaysia di Giatmara dalam bidang Solekan dan Terapi Kecantikan.

Sesungguhnya, sekiranya saudari di luar sana mempunyai kekangan masa - pembelajaran yang melibatkan kelas sepenuh masa amatlah tidak sesuai. Ia memakan masa 6 bulan dan dalam masa yang sama banyak komitmen yang perlu kita berikan.

Peluang menjana pendapatan melalui perkhidmatan spa ini sebenarnya menguntungkan, mempunyai kebebasan masa mengikut fleksibiliti. Bermula dari anak/adik remaja kepada suri rumah, pelajar universiti dan kolej mahupun wanita yang berkerjaya.

Cuma anda perlu cari kursus yang betul, kemahiran yang tepat dan yang pasti modal yang tidak membebankan. Dan selepas itu, anda sudah bersedia untuk memulakan SPA BERGERAK TANPA KEDAI ANDA dimana sahaja anda berada.


KURSUS SPA TERMURAH DI MALAYSIA

Setelah hamper 2 tahun selepas projek SPA BERGERAK - THE WALKING BEAUTY dilancarkan, ia mendapat sambutan yang sangat menghangatkan. Boleh dikatakan hampir di setiap negeri mempunyai agen TWB sendiri.

Selain sistem sokongan yang sangat padu, kos atau modal yang diperlukan untuk menjadi pemilik spa dan belajar kemahiran spa ini sangat - sangat murah !

Beraninya saya?
Ya, saya berani mengatakan kos untuk pakej TWB murah adalah kerana setelah membuat sedikit survey ketika mana semasa belajar di Giatmara, kos kos untuk mendalami kemahiran spa seperti rawatan wajah, rawatan badan boleh mencecah kepada ratusan hingga ke ribuan ringgit. Tambahan lagi, biasanya para peserta tidak akan dibekalkan dengan produk ataupun alatan.


Anda boleh cuba cari mana-mana kelas atau kursus SPA di Malaysia ini yang menawarkan harga serendah kami bersama kelebihan dan manfaat yang kami berikan. Kami JAMIN tiada yang lebih murah berbanding kami.


Semak pakej terbaru kami sekarang.
Tak rugi untuk anda mengetahuinya --- KURSUS SPA BERGERAK TERMURAH 2017


BERTINDAK CEPAT

Kenapa anda perlu bertindak cepat?
Saya akan bagitahu sebabnya.

Bermula pada tahun 2015 modal kursus spa ini hanyalah RM250 - RM300
Dan seterusnya meningkat mengekori peredaran ekonomi semasa di Malaysia.

Pakej RM 399
Pakej RM 600
Pakej RM 750
(* Pakej pakej di atas dibuat mengikut kemahiran yang dibekalkan)

Dan kini RM 899 untuk 4 kemahiran asas spa bagi wajah dan badan, produk, kit percubaan dan alatan spa. Siap semua !!

Dan saya pasti harganya akan lebih tinggi lagi mengikut pasaran semasa.
Bertindak sekarang ! Anda akan merasai kelegaan saya apabila saya memikirkan semula saat saya melaburkan RM 350 pada 2 tahun lepas.

Apa-apa pun,
BETTER LATE THAN NEVER kesayangan semua.


WELCOME TO THE WALKING BEAUTY FAMILY

Dan kami disini menantikan anda untuk bersama-sama mencipta legasi dan fenomen spa bergerak tanpa kedai ke seluruh Malaysia. Rebut harga yang masih MAMPU milik ini bersama 4 kemahiran spa yang mampu menjana income tepi tepi sebanyak RM 1600 sebulan ! Tak nak ke nak?


Berminat ? Nak tahu lebih lanjut ?

Terus WhatsApp selaju-lajunya ke 013-2408600

Lebih mudah,
klik sahaja www.wasap.my/60132408600


PERLUKAN TESTIMONI --- INI KATA MEREKA
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

10 August 2017

Pakej Terbaru Projek Spa Bergerak TWB

Assalammualaikum, salam sejahtera untuk wanita cantik didunia.
Alhamdulillah, bulan Ogos 2017 sudah menjengah!
Bulan baru, buku baru, semangat baru 😘

Dan sekali dengan kedatangan bulan baru ni.
Projek Spa Bergerak dibawah THE WALKING BEAUTY PROJECT juga telah diberikan nafas baru dan penambahbaikan yang sangat-sangat best !!

Kalau sebelum ini, pelbagai pakej yang ditawarkan seperti pengasingan MOBILE SPA dan SELF SPA & BEAUTY PLUS tapi kali ini pakej terbaru yang ditawarkan meliputi keduanya dan lebih terbaik untuk mereka yang ingin memulakan perniagaan spa diatas nama sendiri dengan modal yang mampu milik dan boleh dikatakan sangat rendah !

Iya, SANGAT RENDAH !

4 DALAM 1
Kemahiran terapi kecantikan akan diajarkan secara teori dan praktikal kepada anda,
ia meliputi 4 jenis kemahiran spa iaitu ---

1) Rawatan wajah termasuk kaedah pengewapan, masker, scrub, urutan 
2) Rawatan badan - scrub 
3) Rawatan badan - mandian
4) Rawatan badan - sauna

Dan yang paling istimewa ialah ilmu dan alatan untuk menganalisa kulit muka pelanggan.
Kesemua ilmu ini anda akan belajar dalam modal yang sangat rendah. 

Masih rasa tak berbaloi?
Sabar. Ada lagi yang anda akan dapat selain ilmu iaitu TRIAL KIT SPA dalam kotak The Walking Beauty yang sangat eksklusif !


















APA YANG ADA DI DALAM KIT EKSKLUSIF INI ?
Headband x 1
Span muka x 2
Berus muka x 1
Mangkuk kecil x 1

Dan tambahan produk penjagaan kulit muka (luar dan dalam) daripada rangkaian produk Shaklee yang pasti selamat, berkesan dan semulajadi. Jangan risau ya.

Cleanser
Make-up Remover
Skrub Herba
Masker Protien
Vivix
Collagen Powder
SR Vita-C Plus




Contoh SKIN ANALYZER yang akan diberikan pada anda secara PERCUMA !
Diulangi, PERCUMA !

APA YANG PERLU SAYA BUAT SETELAH HADIRI KELAS / TRAINING ?
Pada kebanyakkan kelas atau kursus, selepas tamat proses belajar terpulang kepada anda bagaimana anda menyusun pelan tindakan dan strategi anda dengan sendiri. 

Tetapi jangan risau sekiranya anda join projek TWB ini, sebab apa?
Kami takkan biarkan anda terkontang kanting dan hilang arah tuju dalam bisnes spa anda ini -- kami akan beri tunjuk ajar bagaimana anda mampu balik modal dalam masa sebulan sahaja 💏

Anda LAYAK untuk masuk ke dalam group sokongan komuniti TWB bersama tokey tokey spa bergerak yang lain dan berkongsi pelbagai tips, petua dan macam - macam lagi. 

EXTRA benefit (1) anda juga akan didedahkan dengan pelbagai ilmu kesihatan dan nutrisi berkenaan kulit wajah, kecantikan dan kesihatan secara menyeluruh !!

EXTRA benefit (2) perbincangan, perjumpaan santai dan mesyuarat secara berkala akan diadakan untuk berkongsi progres masing-masing.

EXTRA benefit (3) percutian bersama tokey - tokey spa dibawah The Walking Beauty ke luar negara, hasil duit spa tau ! Kami sudah ke Perth (album) dan ke Maldives pada September 2017 nanti. 
-----------------------------------

Jadi bagaimana? Teruja?
Jangan tunggu lagi ya -- daftar sekarang dan sertai kami.

Kami dah dapat menjana pendapatan RM 165 dalam masa 3 jam sahaja dari rumah.
Tak seronok sekiranya kami tak kongsi pengalaman ini kepada anda semua yang mana memang sedang mencari-cari medium untuk menjana pendapatan.

Alang-alang jana pendapatan,
boleh jadi cantik untuk diri sendiri dan suami juga !!

Nadia menanti 10 ORANG sahaja untuk bulan Ogos 2017 ini.
10 ORANG untuk dapatkan ilmu ini pada bulan ini.

Untuk pertanyaan dan pendaftaran ---
www.wasap.my/60132408600


Kami tunggu,

Nadia Syakila 
Pemilik NS Home Mobile Spa
TWB Beautician & Trainer
013-2408600

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign